Tamu Mingguan Kota Belud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tamu Kota Belud 2023
Map

Terletak di Kampung Siasai Jalan Tamu, merupakan tamu tertua di Negeri Sabah yang berusia 145 tahun yang diasaskan oleh William Prettyman pada tahun 1878. Tamu ini pada awalnya menjadi penggerak dalam penyatuan suku kaum yang terdapat di Daerah Kota Belud ini, termasuklah kaum Bajau Sama, Kadazandusun dan Iranun dalam menjual barangan jualan mereka kepada pembeli. Pelbagai jenis barangan yang dijual termasuklah Kraftangan, Makanan Tradisi, Sayur-sayuran, Peralatan dan sebagainya. Tamu ini beroperasi setiap hari Ahad bermula dari 6 pagi hingga 2 petang , yang pastinya masih menarik para pengunjung untuk berkunjung sehingga ke hari ini.

Tamu Besar[sunting | sunting sumber]

Kota Belud akan menjadi tuan rumah dan Tamu Besar merupakan sambutan tahunan yang akan dijalankan di tapak Tamu Mingguan ini, yang akan dilaksanakan pada hujung bulan Oktober. Sambutan ini akan melaksanakan pelbagai pertandingan termasuklah pertandingan Ratu Serimpak, acara mempergayakan busana etnik Bajau Sama bagi kaum wanita, dan Tanjak Pahlawan bagi peserta lelaki. Selain itu, pelbagai lagi acara yang dilaksanakan yang menjadi salah satu budaya buat acara Tamu Besar ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/11/97019/uniknya-tamu-kota-belud-bukan-sekadar-pasar-minggu

https://www.dailyexpress.com.my/read/5227/145-yr-old-kota-belud-tamu-sabah-s-oldest-/

http://www.sta.my/infoview.cfm?THE_ID=75