Sayur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sayuran di pasar tani

Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek.[1] Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada.[2]

Isitilah[sunting | sunting sumber]

Definasi sayur (jamak: sayur-sayuran) tak tertumpu kepada kumpulan botani tertentu dan ia merangkumi pelbagai stuktur tumbuhan. Walaupun bagaimanapun, sayur boleh didefinasikan sebagai apa-apa bahagian daripada tumbuhan yang boleh dimakan oleh manusia.[3]

Kumpulan sayur[sunting | sunting sumber]

Sayur dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bahagian tumbuhan yang dimakan seperti sayur daun, buah, dan ubi/bebawang.

Sayur daun[sunting | sunting sumber]

  1. Asparagus
  2. Bayam
  3. Cekur manis
  4. Kangkung
  5. Kailan
  6. Kubis
  7. Kubis bunga
  8. Kubis bunga hijau
  9. Kubis cina
  10. Kucai
  11. Pegaga
  12. Pucuk paku
  13. Remayung
  14. Salad
  15. Sawi

Sayur buah[sunting | sunting sumber]

  1. Bendi
  2. Cili
  3. Kacang botor
  4. Kacang buncis
  5. Kacang manis
  6. Kacang panjang
  7. Kacang parang
  8. Kacang tanah
  9. Kundur
  10. Labu
  11. Labu air
  12. Labu manis
  13. Peria
  14. Petola
  15. Terung
  16. Timun
  17. Tomato

Sayur ubi/bebawang[sunting | sunting sumber]

  1. Bawang besar
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Lobak merah
  6. Lobak putih
  7. Keledek
  8. Kentang
  9. Sengkuang

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Nilai pemakanan sayur berbeza-beza mengikut faktor seperti jenis sayur, kesegaran sayur, baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di mana sayur tumbuh, cara penyediaan sayur untuk dimasak, cara masakan sayur, dan jangka masa sayur dimasak.[1]

Umumnya sayur yang dimakan mentah mengandungi lebih nutrisi dan juga sayaur yang dimasak sekejap atau dicelur sahaja seperti ulam. Manakala sayur yang dimasak terlalu lama atau sayur segar yang dipotong kecil-kecil dan direndam terlalu lama di dalam air, lebih-lebih lagi air yang mengalir, akan mengurangkan nilai nutrisinya.

Banyak kajian telah membuktikan diet yang penuh dengan sayur dan buah dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.[4] Diet tambahan yang hanya bergantung kepada pil dan tablet untuk membekalkan nutrien kepada badan tak sama khasiat kesihatan dengan diet buah dan sayuran. Bahan yang kurang adalah fitokimia, sebatian tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam mencegah penyakit tertentu. Kebanyakan fitokimia adalah bahan antioksida, iaitu bahan kimia yang boleh memusnahkan radikal bebas, molekul reaktif yang merosakkan DNA, protein, dan lemat tak tepu dalam sel. Ahli nutrisi kini giat mengkaji kelebihan fitokimia dan hampir setiap minggu laporan mengenainya diterbitkan.

Buah dan sayur yang mempunyai warna cerah secara amnya mempunyai kandungan fitokimia yang tinggi. Antara fitokimia yang penting adalah karotenoid dan flavonoid. Buah dan sayur yang kaya dengan karotenoid selalunya berwarna kuning, jingga, merah, atau hijau. Kajian menunjukkan diet kaya dengan karatenoid mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, dan angin ahmar. Ia juga mungkin mampu melambatkan kedatangan diabetes dan bantu mengurangkan kesan kerosakan oleh diabetes.

Manakala buah dan sayur yang kaya dengan flavonoid mempunyai warna merah, biru, ungu, atau hitam, amnya. Seperti karatenoid, flavonoid didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, dan masalah kesihatan lain berkaitan penuaan. Dalam satu kajian makmal, beri biru dikaitkan dengan peningkatan tahap pembelajaran dan ingatan.[5]

Maka digalakkan untuk kita memakan pelbagai jenis warna buah dan sayur demi kesihatan yang cemerlang dan sihat.

Isu[sunting | sunting sumber]

Sayur organik vs Sayur konvensional[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa isu mengenai sayur di Malaysia. Kebanyakan sayur untuk penghasilan di Malaysia adalah 80% menggunakan penyemburan racun perosak agak sayur tampak elok sehingga ke tangan pengguna. Manakala sayur organik pula kebanyakannya dihasilkan untuk tujuan eksport ke Singapura.

Walaupun begitu, dilaporkan pendapatan sebulan petani organik boleh mencecah dari RM3,000 hinggala RM4,500.[6] Petani Sabah juga mula ke arah pertanian organik.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Ong, H.C. (2003). Sayuran: Khasiat & Ubatan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 978-9676-113-900
  2. Fadelah, A.A. (2000) Status dan pentingnya pengeluaran sayur-sayuran. Dalam Panduan pengeluaran sayur-sayuran, ed. M.N Ramli, A.A Fadelah, I. Fauziah, M.K Illias, S.Y Mah, R. Melor, N,N Mohamad Roff and H. Rosiah, hlm. 1-5. Kuala Lumpur: Mardi.
  3. Steven, T.K., G. Peter, and O.P. Albert. 2007. Vegetable diseases: a color handbook. Manson Publishing. ISBN 978-1-8407-6075-0.
  4. 2004. Journal of the National Cancer Institute
  5. http://www.naturalnews.com/025866_berries_cholesterol_Amazon.html Blueberries Lower High Cholesterol and Boost Cardiovascular Health
  6. 2,500 tonnes of organic fruits produced yearly
  7. Green group help farmers do away with pesticides

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  1. Ramli, M.N., A.A Fadelah, I. Fauziah, M.K Illias, S.Y Mah, R. Melor, N,N Mohamad Roff and H. Rosiah. 2000. Panduan pengeluaran sayur-sayuran, ed. baru. Kuala Lumpur: Mardi.
  2. Gareth, D. and M. Lennartsson. (2005). Organic Vegetable Production: A Complete Guide. Ramsbury: Henry Doubleday Research Association. ISBN 978-1-86126-788-7

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Jabatan Pertanian Malaysia
  2. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia / Malaysia Agriculture Research and Development Institute (MARDI)