Pekan Kota Belud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kota Belud)
Pekan Kota Belud
Transkripsi lain
 • Cina古打毛律
Pekan Kota Belud
Pekan Kota Belud
Etimologi: Kota yang bermaksud kubu pertahanan manakala Belud bermaksud bukit
Lokasi bandar dan daerah Kota Belud
Lokasi bandar dan daerah Kota Belud
Lokasi daerah Kota Belud dan pekan Kota Belud
Pekan Kota Belud is located in Bumi
Pekan Kota Belud
Pekan Kota Belud (Bumi)
Koordinat: 6°21′N 116°26′E / 6.350°N 116.433°E / 6.350; 116.433Koordinat: 6°21′N 116°26′E / 6.350°N 116.433°E / 6.350; 116.433
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahKota Belud
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Kota Belud
 • Pegawai DaerahPuan Hajah Diyanah Abdullah
 • MP•Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis
(WARISAN) (Kota Belud) [1] •Yang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO) (Tuaran)
Keluasan
 • Jumlah1,385.6 km2 (535.0 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah8,392
 Populasi di sekitar Kota Belud sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Kota Belud.
Zon waktuMST
Kod kawasan088
Tamu MingguanAhad
Nombor pendaftaran kenderaanSA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)
SK
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/pdkb/

Pekan Kota Belud ialah satu pekan dekat Bahagian Pantai Barat, Sabah. Daerah Kota Belud mempunyai sebuah pentadbiran terawal di negeri Sabah semasa pendudukan kerajaan British. Jarak Kota Belud ke bandar Kota Kinabalu kira-kira 77 kilometer dengan mengambil masa sejam, dan Kota Belud juga merupakan laluan utama ke Bahagian Kudat.[2] Pada tahun 2010, daerah Kota Belud dianggarkan seramai 91,272 jumlah penduduk, kebanyakannya dipercayai berasal dari suku kaum terbesar iaitu Bajau (termasuk Irranun) serta Dusun.[3] Terdapat juga minoriti kaum Cina, terutama yang terdiri daripada suku kaum Hakka. Kota Belud juga menjadi latar belakang sebagai tempat melihat keindahan landskap Gunung Kinabalu.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal-usul Kota Belud[sunting | sunting sumber]

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, iaitu "Kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "Belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit". Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tempasuk[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Sultan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Tempasuk (Kini Kota Belud) telah wujud sejak sekitar tahun 1700-an yang dikuasai oleh masyarakat Iranun.[4] Pada tahun 1781, kawasan Tempasuk diperintah sepenuhnya oleh Raja Ismail sebagai ketua kawasan tersebut dan pemerintahan berikutnya digantikan oleh anaknya iaitu Raja Tebuk.[4] Pada waktu yang sama, kawasan Tempasuk juga menarik perhatian Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei untuk menduduki kawasan Tempasuk.[5] Pada sekitar tahun 1850, kawasan tempatan di Pandasan diperintah oleh Sultan Sulu iaitu Datu Sri Raja Dinda. Namun, kuasa ini juga adalah tertakluk dalam kawasan Tempasuk iaitu Raja Tebuk selepas bapanya Raja Ismail. Pada tahun berikutnya, pemerintahan tersebut telah diambil alih oleh Datu Rambangan bin Datu Baskal dan Datu Amirbahal yang diiktiraf oleh Kesultanan Brunei sekitar tahun 1870.[5] Semasa pemerintahan kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei, Tempasuk sering kali menjadi tempat perbalahan dalam sebuah masyarakat setempat.[5] Perbalahan ini berlaku seperti kejadian rompakan, pembunuhan, dan pencurian oleh beberapa suku kaum di daerah tersebut.[5] Kegiatan lanun juga turut dilakukan secara berleluasa di daerah Tempasuk.[5]

Pendudukan British di Tempasuk[sunting | sunting sumber]

Residen British yang pertama di Tempasuk iaitu William Pretyman

Semasa pendudukan British sekitar tahun 1878, raja Tebuk sudah pun diganti oleh anaknya Datu Komidal yang digelar sebagai Sultan Sa Tebuk.[4] Pemerintahan kuasa Sultan Sa Tebuk pada waktu itu adalah terhad dan mendapat tekanan daripada kedatangan British.[4] Ini kerana, pendudukan British telah mengambil ahli pemerintahan sepenuhnya di kawasan Tempasuk.[4] Sultan Sa Tebuk dan Datu Rambangan hanya diberi tanggungjawab untuk mengurus kawasan pentadbiran di peringkat Mukim.[4] Legasi Datu Komidal (Sultan Se Tebok) kemudiannya diteruskan oleh iparnya Datu Rambangan bin Datu Baskal sebagai Raja Tempasuk disebabkan campur tangan British dan sama seperti Miharaja Dinda yang berkuasa di Pandasan.[4]

Menurut pegawai British iaitu F.G Whelan, K.G Tregonning dan William Pretyman, keamanan di Tempasuk telah pulih semula seperti biasa apabila pendudukan British, serta perlantikan William Pretyman sebagai Residen Inggeris yang pertama pada 2 Mei 1878.[5] [6] Kehadiran William Pretymen sebagai residen Tempasuk memberi kesan yang amat besar terhadap Sultan Sa Tebuk yang telah kehilangan kuasa sepenuhnya ke atas Tempasuk diwarisinya daripada bapanya Raja Tebuk.[4] Sultan Sa Tebuk juga tidak dapat melawan tindakan W. Pretyman kerana beliau dipengaruhi oleh iparnya iaitu Datu Rambangan yang telah berkahwin dengan adiknya Bai Pandaupan.[4] Sejarah kewujudan Tempasuk sebagai satu entiti bagi masyarakat setempat pada waktu itu dan kuasa Sultan Sa Tebuk yang berakhir begitu sahaja apabila kuasa barat datang menjajah Tempasuk sekitar 1878, serta pemajakan ke atas Borneo oleh SBBUB pada tahun 1881.[4]

William Pretyman[sunting | sunting sumber]

William Pretyman merupakan Residen Inggeris yang pertama di Tempasuk bermula dari tahun 1878 hingga 1880.[7] Beliau tiba di kawasan Tempasuk dengan mengikuti laluan dari Kuala Abai pada 2 Mei 1878.[7] Terdapat banyak sumbangan yang beliau lakukan untuk membangunkan kawasan Tempasuk, serta memberi keamanan dalam permusuhan bagi ketiga-tiga suku kaum utama iaitu Suku kaum Bajau, Dusun, Irranun.[7]

Berikut merupakan sumbangan yang dilakukan oleh William Pretyman;[7]

  1. Melaksanakan aktiviti perniagaan dalam sistem tukar barang.
  2. Mewujudkan Tamu Kota Belud yang kekal sehingga hari ini. Tamu yang diwujudkan merupakan Tamu terawal di Negeri Sabah.
  3. Membentuk pasukan polis yang pertama di negeri Sabah yang dipimpin oleh Kapten Witte pada 6 September 1878. Uniknya, pasukan tersebut menggunakan Kerbau sebagai pengangkutan untuk bertugas. Pasukan tersebut dikenali sebagai ‘‘Skuad Polis Terbang dan Berkerbau’’.
  4. Menubuhkan sebuah Mahkamah Awam untuk menguruskan permasalahan, kesalahan terhadap orang awam.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pejabat Majlis Daerah Kota Belud

Majlis Daerah Kota Belud[sunting | sunting sumber]

Pejabat Daerah Kota Belud merupakan sebuah pentadbiran tertua yang ditubuhkan di negeri Sabah, dan Majlis Daerah Kota Belud juga ditubuhkan dibawah Pejabat Daerah Kota Belud pada tahun 1952.[8] Semasa pendudukan Kerajaan Kolonial, daerah kecil Ranau pernah dibawah naungan pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud sebelum tahun 1953.[8] Pekan Tenghilan juga pernah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud sebelum berlakunya perang Jepun.[9]

Demografi penduduk[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Kota Belud[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan statistik penduduk pada tahun 2010 menunjukkan jumlah populasi penduduk di sekitar Kota Belud mempunyai penduduk seramai 8,392 dan sebilangan besar daripada etnik Bajau Samah.

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kota Belud pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[10]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 265 729 4,047 27 915 781 19 71 1,538 8,392
2020 (Akan Datang)

Jumlah penduduk daerah Kota Belud[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk pada tahun 2012 iaitu sekitar 93,100 orang yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal dan Tobilung), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian.

Penduduk keseluruhan di daerah Kota Belud[10]
Tahun Jumlah
2010 91,272
2012 93,100

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kota Belud pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[10]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 4,474 3,918 8,392

Budaya[sunting | sunting sumber]

Tamu[sunting | sunting sumber]

Tamu Kota Belud telah wujud lebih dari 140 tahun dan menjadi Tamu tertua di negeri Sabah.[11] Pada 13 Disember 1878, Tamu Kota Belud diwujudkan dan dilaksanakan oleh seorang Residen British yang pertama di Tempasuk (Tempasuk dahulunya dikenali Kota Belud) iaitu William Pretyman.[11] Tujuan beliau mewujudkan Tamu ini dapat memudahkan masyarakat setempat untuk bertemu dengan residen dan pegawai daerah, serta dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk berniaga secara tukar barang (sistem barter).[11] Beliau juga telah berjaya menyatukan tiga etnik terbesar daerah Kota Belud iaitu Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang sering berbalah pada ketika itu.[11] Oleh itu, usaha yang dilaksanakan oleh William Pretyman lebih 100 tahun dahulu telah memberi kesan yang besar dengan menyatukan tiga etnik terbesar di daerah berkenaan sehingga Kini.[11] Tapak Tamu ini pada asalnya berada di Kampung Siasai yang masih kekal digunakan sehingga kini dan turut terkenal dengan Tamu Besarnya yang diadakan setiap hujung minggu pada hari ahad.[11]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Pluraliti Etnik Dan Budaya Di Sabah, suntingan Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Suraya Sintang; Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2007.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3694
  2. ^ Kota Belud - Gerbang Ke Kinabalu. Semenanjung Malaysia: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 2016. m/s. 14.
  3. ^ Yakin, H. S. M. (2017). Pengaruh Budaya Tradisi dan Islam dalam Evolusi Adat dan Ritual Kematian Komuniti Bajau (The Influence of Traditional Culture and Islam in Evolutionary Transformation of Death Customs and Rituals among Bajau Community). Akademika, 87 (3): 33-48.
  4. ^ a b c d e f g h i j "Raja Tempasuk". www.abuhilmie.blogspot.com/. 2010-07-05. Dicapai pada 2020-04-13.
  5. ^ a b c d e f Kota Belud - Gerbang Ke Kinabalu. Semenanjung Malaysia: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 2016. m/s. 20.
  6. ^ "SEJARAH SILAM TEMPASUK". www.borneohistory57.blogspot.com. 2015-05-23. Dicapai pada 2020-04-14.
  7. ^ a b c d Kota Belud - Gerbang Ke Kinabalu. Semenanjung Malaysia: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 2016. m/s. 22.
  8. ^ a b "Asal Usul Nama KOTA BELUD". www.windi2u.blogspot.com. 2009-01-17. Dicapai pada 2020-04-12.
  9. ^ I. H. N, Evans (1953). The Religion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo. Cambridge: Evans. m/s. 3.
  10. ^ a b c "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2020-02-25.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  11. ^ a b c d e f Suzianah, Jiffar (2015-11-15). "Uniknya Tamu Kota Belud, bukan sekadar pasar minggu". www.tamparulisabah.com. Dicapai pada 2020-04-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]