Tandatangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebuah tandatangan adalah tulisan tangan (yang sering diolah) gambaran nama orang atau nama panggilan dalam bentuk tulisan, bahkan semudah tanda "X" sekalipun, yang digunakan sebagai tanda yang ditulis orang pada dokumen sebagai bukti pengenalan dan niat. Seorang penulis tandatangan dikenali sebagai penandatangan. Tandatangan boleh dikelirukan dengan autograf yang secara pokoknya merupakan sebuah tandatangan yang digayakan secara artistik. Hal ini boleh menyebabkan kekeliruan ketika orang-orang yang mempunyai kedua-dua benda ini, oleh itu akan adanya juga segelintir orang yang menyimpan tandatangan peribadi mereka sementara menerbitkan autograf mereka secara terbuka.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Fungsi tandatangan secara asasnya adalah untuk memberikan bukti:

  1. Asal-usul (identiti) sesebuah dokumen
  2. Niat (keinginan) individu terhadap dokumen tersebut

Sebagai contoh, peranan tandatangan dalam banyak kontrak pengguna bukan semata-mata untuk memberikan bukti pengenalan pihak kontrak, tetapi juga untuk memberikan bukti pertimbangan serta izin yang diberikan.

Proses penandatanganan di kebanyakan negara barangkalinya akan disaksikan dan dirakam di hadapan seorang penyaksi awam untuk menekankan penguatkuasaan proses tersebut. Pada dokumen undang-undang, penandatangan yang buta huruf boleh membuat "tanda" (seringkalinya berbentuk pangkah "X" tapi kadangkala juga simbol peribadi), selagi dokumen itu turut ditandatangani oleh seorang saksi yang celik huruf. Di beberapa negara, orang buta huruf meletakkan cap jari mereka pada dokumen undang-undang sebagai ganti tandatangan bertulis mereka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]