Mustafa Kemal Atatürk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mustafa Kemal Atatürk
Ataturk1930s.jpg
Presiden Republik Turki
Dalam jawatan
29 Oktober 1923 – 10 November 1938
Digantikan olehİsmet İnönü
Perdana Menteri Republik Turki
Dalam jawatan
3 Mei 1920 – 24 Januari 1921
Digantikan olehFevzi Çakmak
Ahli Speaker Parlimen Republik Turki
Dalam jawatan
1920 – 1923
Digantikan olehAli Fethi Okyar
Pemimpin Parti Republikan Rakyat Turki
Dalam jawatan
1923 – 1938
Digantikan olehİsmet İnönü
Butiran peribadi
Lahir12 Mac 1881
Empayar Uthmaniyah Selânik, Empayar Uthmaniyah
Meninggal dunia10 November 1938
Turki Istana Dolmabahçe, Istanbul, Turki
KerakyatanTurki
Parti politikParti Republikan Rakyat Turki
PasanganLâtife Uşaklıgil (192325)
Tandatangan

Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 1881 - 10 November 1938), sehingga 1934 namanya Gazi Mustafa Kemal Paşa, adalah pengasas Republik Turki. Dia merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama. Atatürk memerintah dari tahun 1923 sehingga tahun 1938. Dia telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Dia membuktikan dirinya sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I.

Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki.

Mustafa Kemal Atatürk kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, dia telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Selepas menjatuhkan khalifah (1924), Atatürk telah melaksanakan polisi kebangsaan dan sistem sekular.

Beberapa perkara yang dijalankan semasa pemerintahannya seperti membaharui semula sistem perundangan Turki dengan undang-undang berdasarkan sistem perundangan Barat, mengharamkan pemakaian tarbush (fez), dan tulisan Arab ditukarkan ke Latin.

Polisinya menukar abjad Turki kepada tulisan rumi membuahkan hasil yang positif, kerana abjad Arab dikatakan kurang sesuai dengan bahasa Turki yang mengandungi beberapa bunyi yang tidak didapati dalam bahasa Arab.

Namun begitu, polisi menukar azan ke bahasa Turki hanya bertahan beberapa tahun sahaja kerana mendapat bantahan rakyat Turki.[1]

Dia meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal dia adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah dia bersara dari Tentera Uthmaniyah.

Semasa Perang Kemerdekaan Turki, dia dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'.

Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, dia diberi nama 'Atatürk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mustafa Kemal dan kawannya İzzeddin (1910)

Mustafa Kemal Atatürk dilahirkan pada tahun 1881 di Selânik, Empayar Uthmaniyah (hari ini Thessaloniki, Yunani).

Bapanya, Ali Rıza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak.

Mustafa Kemal Atatürk berusia 7 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Dia kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.

Apabila berusia 12 tahun, dia dihantar ke sekolah tentera Selânik dan Manastır (kini Bitola, Republik Macedonia). Mustafa Kemal Atatürk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyah di Manastır pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik.

Dia kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan).

Gerakan sulit ini aktif menentang Empayar Uthmaniyah yang dipimpin oleh autoritarian Abdul Hamid II.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]