Cap jari
Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari [1]. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis" atau "papila dermis". Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air) dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari [2].
Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang pasti benar bagi mengenal pasti individual secara unik, tetapi ia lebih kepada seni berbanding sains: kebanyakan makmal negeri dan kebangsaan tidak akan melapurkan padanan cap jari sehingga dua pakar merumuskan sedemikian secara bebas.[3]
Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan tidak bertukar.[3] Secara pratikal, parut dan ketuat mampu mengubah sedikit cap jari.[3] Secara popular, tiada dua individual, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama.[3] Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia (2006) [4] 6.5 bilion individual (dan dengan itu 65 bilion cap jari), ia mustahil bagi kesemuanya berbeza.[5] Secara pratikal, bagaimanapun, pengenalan biasanya dilakukan berdasarkan 8 hingga 12 minutiae.[6] Menggunakan hanya satu perlima minutae akan mengurangkan potensi jumlah cap jari yang berbeza.
Cap jari biasa terdiri dari peluh, sebum, kekotoran, dan kulit tercemar yang dikenali sebagai cap jari latent, bagi membezakannya dengan cap bandingan yang sengaja diambil dengan jari berdakwat pada "kad cap jari".[3]
Hujung jari bukannya satu-satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges). Ia juga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan kaki[7] dan ia turut juga digunakan sebagai pengenalan forsenik.[8]
Mengenal pasti cap jari
[sunting | sunting sumber]Mengenal pasti cap jari (kadang kala dikenali sebagai daktyloscopi) adalah proses membandingkan kesan kulit timbul antara yang diketahui dengan yang ingin diketahui (lihat minutiae) dari jari, tapak tangan, dan jari kaki untuk menentukan samada kesan itu berasal dari jari yang sama (atau tapak tangan, jari kaki, dll.). Kelenturan garis yang terdapat pada kulit menjadikan ia tidak akan ssma tepat (sama dalam setiap perincian), walaupun kesan cap jari yang di ambil secara berturutan. Pengenalpasti cap jari (juga dikenali sebagai individualization) berlaku apabila seorang pakar (atau sistem komputer pakar beroperasi di bawah peraturan pemberian markah minima (threshold scoring rules)) menentukan bahawa kesan timbul berasal dari jari yang sama, atau tapak tangan (atau jari kaki, tumut) sehingga menyingkarkan yang lain.
Cap tak kelihatan (Latent)
[sunting | sunting sumber]Walaupun perkataan latent bererti tersembunyi atau tak kelihatan, dalam penggunaan moden bagi sains forsenik istilah cap tak kelihatan (latent prints) bererti sebarang cara atau peluang tau kesan tidak sengaja yang ditinggalkan oleh kulit timbul pada permukaan, tanpa mengira samaada ia kelihatan atau tidak kelihatan ketika ia ditinggalkan. Teknik pemprosesan eletronik, kimia, dan fizikal membenarkan kesan cap tak kelihatan dilihat samaada akibat pengeluaran (kelenjar eccrine)semulajadi yang terdapat pada kulit timbul (yang menghasilkan peluh, tanpa minyak), atau samada kesan tersebut dalam pencemaran seperti minyak, darah, dakwat, dll.
Cap terpelihara (Patent prints)
[sunting | sunting sumber]Ini merupakan cap yang jelas pada penglihatan manusia dan disebabkan oleh pemindahan bahan asing pada jari, pada permukaan. Oleh kerana ia sudahpun dapat dilihat ia tidak perlu diperjelaskan lagi, dan dirakamkan dan bukannya diambil. Sekiranya mungkin, bahan yang terdapat cap jari itu diambil dan dikaji oleh pakar sains forsenik.
Kesan plastik
[sunting | sunting sumber]Kesan plastik merujuk kepada kesan rabung dermis dari jari atau tapak tangan (atau jari kaki/tapak kaki) yang terlekat pada bahan yang mengekalkan bentuk rabung dengan terperinci. Contoh ynag biasa didapati adalah lilin cair, bahan lembut dari keliling tinmgkap dan lapisan minyak gris tebal pada bahagian kereta. Kesan sedemikian telahpun kelihatan jelas dan tidak memerlukan peningkatan, tetapi para penyiasat tidak seharusnya melupakan potensi bahawa kesan tak kelihatan yang ditinggalkan oleh yang bersubahat mungin turut terdapat pada permukaan. Selepas gambar kesan sedemikian dirakam, cubaan harus dilakukan bagi mendapatkan kesan bukan plastik yang tertinggal oleh kelenjar peluh semulajadi jari/tapak tangan (pengeluaran kelenjar eccrine) atau pencemaran.
Mengelaskan cap jari
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga jenis pola asas cap jari: Gerbang, Membulat (Loop) dan Pusaran (Whorl). Terdapat juga sistem pengelassan yang lebih rumit yang memecahkan pola kepada gerbang asas atau gerbang berkhemah (tented arches). Membulah mungkin radial atau ulnar. Pusaran Whorls juga mempunyai pengelasan kumpulan kecil termasuk pusaran asas, whorls tidak sengaja ('accidental '), whorls membulat berkembar, dan whorls membulat poket tengah.
-
Arch
-
Right loop
-
Whorl
-
Tented arch
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Tidak terdapat tarikh yang tepat bila kaedah cap jari digunakan. Bagaimanapun, rekod tarikh moden yang penting mengenai penggunaan cap jari bagi padanan positif (positive identification) adalah seperti berikut:
- 1823: Jan Evangelista Purkyne, profesor anatomi dari Universiti Breslau, menerbitkan tesisnya yang membincangkan 9 pola cap jari, tetapi dia tidak menyebut mengenai penggunaan cap jari bagi mengenal pasti individual.
- 1880: Dr Henry Faulds dari Scotland menerbitkan kertas pertama mengenai hal tersebut dalam journal saintifik Nature pada 1880. Apabila dia kembali ke UK pada 1886, dia menawarkan konsep tersebut kepada Metropolitan Police di London tetapi tidak diterima.
- 1892: Sir Francis Galton menerbitkan model statistik terperinci analisa dan padanan cap jari dan menggalakkan penggunaannya dalam sains forsenik dalam bukunya Finger Prints.
- 1892: Juan Vucetich, pegawai polis Argentina yang telah mengkaji jenis pola Galton selama setahun, berjaya mengenal pasti cap jari jenayah yang pertama. Dia berjaya membuktikan Francisca Rojas bersalah kerana membunuh selepas menunjukkan cap jari berdarah yang ditemui di tempat jenayah kepunyaanya, dan hanya miliknya sahaja.
- 1897: Bureau Cap Jari dunia pertama di buka di Calcutta (sekarang Kolkata) India selepas Majlis Jeneral Gabenor (Council of the Governor General) meluluskan lapuran jawatankuasa (pada 12 Jun 1897) bahawa cap jari patut digunakan bagi pengkelassan rekod jenayah. Bekerja dengan Calcutta Anthropometric Bureau (sebelum ia dikenali sebagai Beureau Cap Jari) adalah Azizul Haque dan Hem Chandra Bose. Haque dan Bose adalah pakar cap jari India yang diiktiraf dengan pembangunan awal sistem pengkelassan cap jari yang akhirnya dinamakan sempena penyelia mereka, Sir Edward Richard Henry.
- 1901: Beurau Cap Jari United Kingdom yang pertama diasaskan di Scotland Yard. Sistem Pengelassan Henry, dicipta oleh Sir Edward Richard Henry dengan bantuan Haque dan Bose, diterima di England dan Wales.
- 1902: Dr. Henry P. DeForrest menggunakan cap jari di Perkhidmatan Awam New York.
Kesilapan yang mungkin
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua jenis kesilapan dalam bukti forsenik. Padanan yang silap, atau padanan salah, berlaku apabila kesan yang sepatutnya dipadankan dengan orang yang disyaki tidak berlaku. Kesilapan pengenalpasti kedua, di mana kesan jari dikatakan kepada orang lain selain sumber asal. Ini dianggap sebagai kesilapan lebih serius, sungguhpun begitu tiada cara bagi mengetahui berapa banyak kesilapan sebegini berlaku. Kesilapan lain termasuk kesilapan merakamkan dokumentasi berkait dengan jumpaan kesan pendam (latent print).
Sebagaimana sebarang bidang membabitkan usaha manusia, kesilapan dalam padanan cap jari boleh dan telah berlaku. Apabila kesilapan sedemikian diketahui ia sering kali menjadi tajuk berita sedunia. Salah satu kesilapan padanan cap jari yang paling terkenal dilakukan oleh Makmal FBI pada 2004. Sungguhpun Makmal FBI Laboratory mengakui satu kesilapan padanan cap jari pendam setiap sebelas tahun, kesilapan 2004 adalah kejadian yang pertama diketahui selama 84 tahun Makmal FBI beroperasi di mana kesilapan tidak disedari dan diperbetulkan sebelum ia menyebabkan orang yang tidak bersalah dipenjarakan. Berikutan dengan kesedaran kesilapan tersebut, Makmal FBI melalui penilaian dalaman dan luaran termasuk juga penyiasatan oleh Pejabat Jeneral Inspektor. Keputusan panel penilai termasuk juga OIG adalah analisa cap jari adalah boleh diharap dan kejadian yang disiasat disebabkan oleh kesilapan mereka yang menggunakannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Latent fingerprint
- ^ Olsen, Robert D., Sr. (1972) “The Chemical Composition of Palmar Sweat” Fingerprint and Identification Magazine Vol 53(10)
- ^ a b c d e Fundamentals
- ^ World population
- ^ Fingerprints identical?
- ^ Access control
- ^ Palm print identification
- ^ Palmar Flexion Crease Identification
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sejarah dan perkembangan cap jari
- International Association for Identification - World's largest and oldest professional organization for fingerprint experts.
- Latent Print Certification Board - International Roster of Certified Fingerprint Experts
- The Fingerprint Society - Society for Fingerprint Examiners.
- Scientific Working Group on Friction Ridge Analysis, Study and Technology - US national working group on fingerprint examination.
- Latent Print Examination
- Fingerprint Processing Guide
- Online Fingerprint Dictionary - Definitions, references, and more.
- Online Fingerprint Reference Search Engine
- Biometrics Research Lab
- Galton's Finger Prints
- Henry, Faulds, and Herschel's works on fingerprints
- Fingerprints.tk - Comprehensive site about fingerprints.
- How to fake fingerprints
- Biometrics
- Will West as fable
- Fingerprint research and evaluation at the US National Institute of Standards and Technology
- Fingerprint pattern distribution statistics Diarkibkan 2010-02-06 di Wayback Machine
- Complete Latent Print Examination
- Fingerpass