Tapai pulut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tapai pulut diperbuat daripada beras pulut.

Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia dan amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu, dan Kelantan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam.

Di Terengganu khasnya, tapai pulut seringkali dihidangkan di musim perayaan.

Selain tapai pulut, terdapat juga tapai ubi.