Tapak Pelupusan Sanitari Jeram
Tapak Pelupusan Sanitari Jeram terletak di daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia merupakan tapak pelupusan sampah dan bahan buangan domestik terjadual yang menggunakan kaedah pelupusan sampah secara sanitari dan terurus. Tapak pelupusan sanitari ini telah diurus dan dikendalikan oleh syarikat Worldwide Landfills Sdn. Bhd, yang merupakan anak syarikat kepada Worldwide Holdings Berhad.
Templat:Infobox Tapak Pelupusan Sanitari Jeram
Pengoperasian pelupusan sampah
[sunting | sunting sumber]Semua lori sampah yang sampai ke pusat pelupusan ini akan didaftarkan dalam sistem komputer timbang. Seterusnya lori sampah akan diperiksa dan ditimbang berat setiap kali masuk dan keluar dari tapak pembungan sisa.
Kemudian lori-lori sampah akan menuju ke platform pembuangan sampah seperti yang diarah oleh pengawal lalu lintas. Sebaik sampai ke sel pembuangan, sampah akan dimasukkan kedalam sel lalu diurus rata dan dimampatkan dengan bantuan jentolak, jengkaut, lori tanah dan kompaktor. Lapisan mampatan tanah dan sampah perlu dipastikan berada diantara 300mm-500mm.
Selepas lori sampah selesai memunggahkan sampahnya, lori akan kembali ke stesen pemeriksaan dan timbangan dengan terlebih dahulu melalui “washing pond” bagi mencuci tayar mereka sebelum dibenarkan keluar dari kompleks tapak pelupusan sanitari sampah ini. Ketika di stesen pemeriksaan dan timbangan, lori sampah akan ditimbang untuk menentukan jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada pengendali tapak pelupusan ini. Cara pengiraan bayaran adalah seperti:
Kitar semula
[sunting | sunting sumber]Tapak pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor juga ada menjalankan beberapa inisiatif atau pendekatan kitar semula dalam operasi tapak pelupusannya, sebagai contoh, setiap lori yang masuk kedalam komplekspembuangan sampah akan diminta singgah sebentar ke stesen kitar semula, dimana lori-lori tersebut akan dibenarkan untuk menjual beberapa bahan terbuang seperti tin, kertas, plastik dan banyak lagi barangan terbuang yang boleh dikitar semula kepada pihak pengurusan landfill. Selain itu, pihak pengurusan landfill juga turut mengupah beberapa pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh untuk mencari baberapa yang boleh bahan buangan yang boleh dikitar semula diseluruh kompleks pelupusan sampah untuk dikumpul, diikat dan seterusnya dijual kepada kilang pemprosesan bahan kitar semula.
Timbusan harian
[sunting | sunting sumber]Pihak pengurusan tapak pelupusan juga menjalankan timbusan harian setiap hari untuk mengawal air larian ke permukaan, penghasilan leachate, limpahan leachate hakisan, bau dan gas merbahaya.
Maka, tanah liat diperlukan untuk menutup lapisan sel teratas bagi mengawal masalah-masalah tersebut dari terjadi. Ketebalan tanah liat litupan adalah diantara 150-300 mm.
Timbusan harian sementara
[sunting | sunting sumber]Timbusan harian sementara turut dijalankan setiap hari bagi mengawal air larian ke permukaan, penghasilan leachate, limpahan leachate hakisan, bau dan gas merbahaya.
Maka, PPW Woven Geotextile diperlukan untuk menutup lapisan sel teratas bagi mengawal masalah-masalah tersebut dari terjadi. 15000 -30 000 m persegi diperlukan untuk tujuan tersebut.
Loji rawatan leachate
[sunting | sunting sumber]Merupakan komponen terpenting dalam system pengurusan tapak pelupusan sanitari yang bersih dan sistematik. Pihak landfill telah menggunakan system “ Sequential Batch Treatment (SBR)” untuk rawatan biologikalnya. Terdiri dari 5 kolam rawatan dan 2 buah kolam takungan.
Turut dilengkapi unit DAF, “SAND FILTER”, dan “ACTIVATED CARBON FILTER” bagi melancarkan urusan “Advance and Polishing Treatment”.
Purata rawatan air leachate sehari adalah: 450 m3.
Piawai untuk leachate yang sedia dirawat adalah mengikut 18 parameter seperti yang ditetapkan oleh JAS mengikut garis panduan EIA Malaysia.
Leachate yang sudah terawat akan dilepaskan ke Sungai Sembilang dan baki air mentah darinya akan digunakan untuk tujuan pembersihan dikawasan kompleks pelupusan sampah. Enap cemar (sludge) yang terhasil dari proses pembersihan leachate tidak digunakan bagi tujuan pembajaan tumbuhan kerana enap cemar yang terhasil mempunyai kadar kepekatan bahan kimia yang tinggi dan enap cemar terbut akan ditanam semula kedalam “Secured Landfill Cell”.
Pengurusan gas tapak pelupusan
[sunting | sunting sumber]Sampah yang mereput akibat penguraian oleh mikroorganisma secara amnya menghasilkan Gas Metana. Gas Metana dapat diistilahkan sebagai suatu gas yang amat merbahaya lagi beracun, jika pengumpulan gas metana tinggi dalam kawasan tertutup “confine space” yakni di bawah tanah diatas limbungan sampah sarap, maka ia juga boleh menyebabkan berlakunya letupan “explosion” di sel-sel landfill.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, pihak pengurusan landfill Jeram telah menyediakan “gas well” atau telaga gas yang dipasang secara menegak di setiap fasa diantara setiap sel landfill. Gas Metana secara praktikalnya akan dihantar ke “Gas Flaring Unit” di “TNB Substation” melalui sistem paip gas untuk dibakar dan mengurangkan masalah gas terkumpul dan masalah bau.
Kuantiti dan kualiti gas metana yang dihasilkan akan direkodkan sebagai persediaan menjanakan kuasa elektrik alternative di masa hadapan.
Penutupan tapak (keputusan akhir bagi tempoh jangka panjang)
[sunting | sunting sumber]Apabila semua sampah telah ditutup padu, semua sel landfill telah dipenuh sepenuhnya serta segala aktiviti pembuangan sisa pepejal di kompleks ini sudah berakhir, maka aktiviti penutupan perlu dilakukan. Antara aktiviti dikenal pasti adalah (Capping dan Landskap).
Terdapat juga aktiviti rawatan leachate berterusan, pemantauan air bawah tanah, sungai dan pemendapan sampah. Aktiviti jangka panjang ini dikenali sebagai “Post Closure Maintenance”.
Pengurusan gas tapak seperti meletakkan telaga gas pada setiap sel juga dijalankan untuk memastikan kandungan gas metana yang dihasilkan sentiasa berkurangan dan seterusnya mengelakkan sel dari meletup.
Bagi aktiviti “Capping & landscape” terdapat beberapa langkah susulan yang telah dikenal pasti mampu dilakukan antaranya melaksanakan “soil cover” yakni menutup mendapan sampah dengan tanah yang berukuran 300 mm. “Liner” menutup lapisan tanah dengan permaidani khas. Seterusnya, menutup liner dengan lapisan tanah liat setebal 1000 mm. Kemudian, menabur tanah setebal 300 mm untuk tujuan tanaman rumput atau pokok renek. Selain itu system penyaliran juga turut disediakan disisi setiap sel yang sudah ditutup rapat, ini bagi membolehkan leachate dialirkan ke pusat rawatan leachate sebelum bertukar ke air mentah untuk dialirkan ke Sungai Sembilang.
Kejadian tidak diduga
[sunting | sunting sumber]Dalam perancangan teliti oleh pihak pengurusan tapak pelupusan sanitari Jeram bagi memastikan tapak pelupusan ini kekal selamat, bersih dan tidak membahayakan kesihatan dan keselamatan persekitarannya. Terdapat juga beberapa kejadian berbangkit yang tidak diduga hadir di tapak pelupusan sanitari ini. Diantara perkara tersebut adalah:
1. Kehadiran banyak anjing-anjing liar yang berkeliaran didalam dan di sekitar kompleks landfill, anjing-anjing tersebut dikenal pasti datang dari lori-lori sampah yang datang masuk kedalam landfill, lori-lori sampah yang tidak mempunyai mesin kompaktor di belakang, ruang buangan terbuka dan tidak berkanvas merupakan jenis lori yang dikenal pasti mempunyai anjing liar tersesat. Selain itu, anjing liar yang berada di sekitar “buffle zone” yakni anjing liar yang tinggal di dalam ladang kelapa sawit dan hutan berdekatan juga menjadi faktor kewujudan anjing liar di kawasan landfill.
Pihak pengurusan landfill sedar akan masalah tersebut telah bertindak memastikan lori-lori berkenaan tidak lagi membawa bersama anjing liar, selain memagarkan seluruh kompleks sanitari serta memberi suntikan immunisasi kepada anjing-anjing yang berkeliaran supaya kelak tidak penyakit berjangkit kepada masyarakat.
2. Apabila air hujan membasahi kawasan landfill secara berterusan, air leachate yang terhasil dari setiap sel akan meningkat dan mula melimpah, ini sekali gus menyebabkan wujudnya beberapa “air mata air leachate” baru disisi sel, air mata air leachate ini secara zahirnya tidak mengalir memasuki pembuluh paip bawah sel yang terus mengalir ke loji rawatan leachate, maka bagi melangsaikan masalah ini, pihak pengurusan landfill telah bekerja keras membina lebih banyak longkang dan parit diseluruh gigi sel landfill bagi mengalirkan leachate ini , melalui kaedah ini air leachate yang tersasar telah selamat disambungkan dengan loji rawatan leachate bagi tujuan rawatan dan penulenan air.