Tatacara perundangan Kesatuan Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tatacara perundangan Kesatuan Eropah ialah proses mengambil keputusan dalam membentuk dan menerima pakai undang-undang bagi peringkat Kesatuan Eropah (EU). Perjanjian Lisbon menetapkan dua tatacara perundangan bagi EU iaitu tatacara piawai yang dikenali sebagai tatacara perundangan biasa (TPB) atau codecision dan tatacara perundangan khas (TPK).[1] Sebahagian besar penggubalan undang-undang mengguna pakai tatacara TPB.[2] Badan-badan EU yang berperanan dalam penggubalan perundangan ialah Suruhanjaya Eropah sebagai pengusul, manakala Parlimen Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah bertanggungjawab dalam meluluskan suatu undang-undang.[3]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Parlimen Eropah (2017b), m/s. 11: "Sejak berlakunya Perjanjian Lisbon, terdapat dua jenis tatacara yang dapat dilakukan dalam menerima pakai undang-undang, iaitu tatacara perundangan biasa dan tatacara perundangan khas (untuk kes-kes tertentu yang ada dalam Perjanjian)."
  2. ^ Kesatuan Eropah (2018); FCA (2011), p. 21.
  3. ^ Kesatuan Eropah (2018).

Rujukan[sunting | sunting sumber]