Telefon bimbit berkamera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telefon bimbit berkamera Nokia E-70.

Nama telefon kamera atau camphone diberikan kerana telefon berkenaan didatangkan bersama kamera dalam satu rekaan. Fungsinya bukan saja untuk menangkap gambar, malahan mampu memindahkan imej berkenaan ke telefon lain.

Sharp Corporation melancarkan telefon kamera pertama seumpamanya di dunia iaitu di Jepun pada November 2000. Model yang dikenali J-SH04, menawarkan mesin pengimbas imej sehingga 110,000 piksel.

Kejayaan camphone mula berkembang selepas itu, khususnya bagi tujuan pengiklanan dan pada hari ini begitu banyak pengeluar telefon bimbit akan mengadakan sekurang-kurangnya satu camphone dalam setiap rekaan.