Pengimbas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengimbas atas meja

Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.

Teknologi imbasan[sunting | sunting sumber]

Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu sama ada Charge-Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin fotokopi manakala CIS adalah teknologi baru yang menggunakan penderia sebagai perantara tangkapan imej.

Namun begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan. Manakala teknologi CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik dan cantik walaupun ia berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga pula CIS adalah mahal berbanding dengan CCD.

Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam penggunaannya iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia memberikan kemudahan sebuah mesin fotokopi kepada pengimbas dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada PC.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]