Teluk Aden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Teluk Aden
تلوق عدن
Gulf of Aden map.png
Teluk Aden
LokasiLaut Arab
Jenis Teluk
Kedalaman purata500 m (1,600 ka)
Kedalaman maks2,700 m (8,900 ka)
Suhu maks28°C
Suhu min15°C
Peta Teluk Aden pada tahun 1860

Teluk Aden (Jawi: تلوق عدن; Bahasa Arab: خليج عدن, translit. Khalīj `Adn, Bahasa Somali: Gacanka Cadmeed 𐒌𐒖𐒋𐒖𐒒𐒏𐒖 𐒋𐒖𐒆𐒑𐒜𐒆 atau Khaliig Caden 𐒅𐒖𐒐𐒕𐒌 𐒋𐒖𐒆𐒗𐒒) terletak di Lautan Hindi antara Yaman di Semenanjung Arab bahagian selatan dan Somalia di kawasan Tanduk benua Afrika.[1] Di barat laut dia berhubungan dengan Laut Merah melalui Selat Bab-el-Mandeb.

Teluk Aden merupakan lalu lintas air yang penting bagi penggerudian minyak Teluk Parsi serta sebahagian daripada laluan menuju Terusan Suez - sebanyak 21,000 buah kapal dagang melaluinya setahun[2] - membuatnya sangat penting bagi ekonomi dunia.[3][4] Teluk ini juga mempunyai banyak variasi ikan, batu karang dan haiwan lain kerana sedikit pencemaran. Pelabuhan utama di sekitar sini adalah kota Aden di Yaman (yang memberi nama kepada teluk ini) dan Berbera di Somalia.

Keselamatan di sini sangat berbahaya kerana Yaman dan Somalia keduanya sangat tidak stabil. Teluk Aden merupakan tempat utama kegiatan pelanunan, membuatnya sangat berbahaya untuk pelayaran di sini. Selain itu, Teluk Aden juga terdedah kepada pengganas kerana pengeboman USS Cole dan tangki minyak Perancis juga terdedah kepada serangan oleh pengganas di sini.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa mentakrifkan batasan teluk ini seperti berikut:[5]

Di barat – batas sempadan Laut Merah [Garisan menghubungkan Hisn Murad (12°40′N 43°30′E / 12.667°N 43.500°E / 12.667; 43.500) dan Ras Siyyan (12°29′N 43°20′E / 12.483°N 43.333°E / 12.483; 43.333)].
Di barat – batas timur Teluk Tadjoura (Garisan menghubungkan Obock dan Lawyacado).
Di timurLaut Arab.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lytle, Ephraim. "Early Greek and Latin Sources on the Indian Ocean and Eastern Africa." Early Exchange between Africa and the Wider Indian Ocean World. Palgrave Macmillan, Cham, 2016. 113-134.
  2. ^ "Pirates fire on US cruise ship in hijack attempt: Yahoo! News". Yahoo!. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2008. Dicapai pada 2008-12-04.
  3. ^ "Earth from Space: The Gulf of Aden – the gateway to Persian oil". European Space Agency. 2005-03-01. Dicapai pada 2008-04-04.
  4. ^ "Red Sea and the Gulf of Aden" (PDF). International Tanker Owners Pollution Federation (ITOPF). 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-16. Dicapai pada 2008-04-04.
  5. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Oktober 2011. Dicapai pada 28 Disember 2020.