Templat:Glosari ketagihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Glosari ketagihan dan kebergantungan[1][2][3]
  • ketagihan – kecelaruan biopsikososial yang mana seseorang terus menggunakan dadah (termasuk alkohol) walaupun ia banyak membahayakan dan mendatangkan akibat buruk terhadap mereka
  • dadah penagih – bahan psikoaktif yang apabila digunakan berulang kali boleh menyebabkan risiko penyalahgunaan bahan yang jauh lebih tinggi, biasanya kerana dadah menjejaskan sistem ganjaran otak
  • kebergantungan – keadaan apabila tubuh menjadi mangli atau terbiasa kepada rangsangan (cth., dadah) dan mengalami sindrom cerai dadah apabila ia diberhentikan
  • kepekaan dadah atau tolerans songsang – kesan dadah menjadi lebih kuat apabila diambil berkali-kali pada dos yang sama
  • cerai dadah – gejala-gejala yang muncul apabila dadah yang digunakan berkali-kali diberhentikan
  • kebergantungan fizikal – kebergantungan yang menimbulkan gejala-gejala fizikal apabila dadah diberhentikan (cth., keletihan dan racauan tremens)
  • kebergantungan psikologikal – kebergantungan yang dianggap tidak seteruk kebergantungan fizikal (cth., dengan azam dan tekad ia boleh diatasi)
  • rangsangan pengukuh – rangsangan yang meningkatkan kemungkinan tingkah laku yang dikaitkan dengannya diulangi
  • rangsangan ganjaran – rangsangan yang otak anggap sebagai positif dan disukai atau sesuatu yang menarik
  • pemekaan – reaksi yang lebih kuat terhadap rangsangan kerana telah terdedah kepadanya berulang kali
  • kecelaruan penggunaan bahan – apabila penggunaan bahan menyebabkan masalah atau gawat yang ketara dari segi kesihatan dan fungsi
  • mangli – kesan dadah yang semakin lemah apabila diambil berulang kali pada dos yang sama
Pendokumenan templat

Templat ini menggunakan takrifan istilah-istilah ini daripada rujukan berikut (catatan: rujukan-rujukan telah diubah suai sedikit untuk keringkasan):

Senarai rujukan templat; untuk mengembangkan, klik butang buka di sebelah kanan →

Rujukan

  1. ^ Malenka RC, Nestler EJ, Hyman SE (2009). "Chapter 15: Reinforcement and Addictive Disorders". Dalam Sydor A, Brown RY (penyunting). Molecular Neuropharmacology: A Foundation for Clinical Neuroscience (ed. ke-2). New York: McGraw-Hill Medical. m/s. 364–375. ISBN 9780071481274.
  2. ^ Nestler EJ (Disember 2013). "Cellular basis of memory for addiction". Dialogues in Clinical Neuroscience. 15 (4): 431–443. PMC 3898681. PMID 24459410. Walaupun faktor-faktor psikososial juga penting, pangkalnya ialah ketagihan dadah merupakan satu proses biologi: penyalahgunaan dadah yang berulang kali menyebabkan otak berubah, membuatkan keinginan dadah yang kompulsif dan hilang kawalan menggunakannya. terhadap penggunaan dadah, yang mentakrifkan keadaan ketagihan. ... Banyak kajian menunjukkan aruhan ΔFosB dalam neuron jenis D1 [nucleus accumbens] meningkatkan kesensitifan haiwan terhadap dadah serta ganjaran semula jadi dan menggalakkan dadah diambil oleh individu itu sendiri, berkemungkinan dengan proses pengukuhan positif ... Satu lagi sasaran ΔFosB ialah cFos: apabila ΔFosB terkumpul selepas berkali-kali dadah diambil, ia menindas c-Fos dan menghidupkan ΔFosB khususnya pada orang yang telah lama menggunakan dadah.41 ... Selain itu, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa walaupun terdapat pelbagai risiko genetik untuk ketagihan merentas populasi, terdedah dos dadah yang cukup tinggi untuk jangka masa yang panjang boleh mengubah seseorang yang mempunyai beban genetik yang agak rendah menjadi seorang penagih.
  3. ^ Volkow ND, Koob GF, McLellan AT (Januari 2016). "Neurobiologic Advances from the Brain Disease Model of Addiction". New England Journal of Medicine. 374 (4): 363–371. doi:10.1056/NEJMra1511480. PMC 6135257. PMID 26816013. Kecelaruan penggunaan bahan: Istilah diagnostik dalam edisi kelima Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5) merujuk kepada penggunaan alkohol atau dadah lain secara berulang kali sehingga menjejaskan kesihatan, keupayaan untuk melakukan sesuatu dan tanggungjawab seperti kerja, sekolah atau rumah. Bergantung pada betapa teruknya, kecelaruan ini dikelaskan sebagai ringan, sederhana atau teruk.
    Ketagihan: Istilah yang digunakan bagi tahap kecelaruan penggunaan bahan yang paling teruk dan kronik, yang mana individu hilang kawalan dan terus mengambil dadah walaupun mereka mahu berhenti. Dalam DSM-5, ketagihan adalah sinonim untuk kecelaruan penggunaan bahan yang teruk.

Kegunaan

Cara mengguna asas

Untuk menyelitkan glosari ini ke halaman lain seperti yang dipaparkan di atas, tambahkan yang berikut pada kod sumber halaman yang diingini:

{{Glosari ketagihan}}

Parameter tidak wajib

Templat dengan semua parameter tidak wajib
{{Glosari ketagihan | width= | align= | collapse= | reverse citation order= }}
Takrifan parameter-parameter tidak wajib
  • |width= – menentukan lebar jadual (cth., dalam piksel, 400px).
  • |collapse= – menentukan jika jadual diruntuhkan (cth., yes)
  • |align= – menentukan penjajaran jadual pada halaman sasaran. Penjajaran lalai ialah |align=right; satu-satunya pilihan penjajaran alternatif ialah |align=left.
  • |reverse citation order= – membalikkan susunan 2 petikan pertama dalam templat ini jika |reverse citation order=yes. Parameter ini hanya berguna pada halaman tertentu yang memetik 2 rujukan ini dalam susunan terbalik daripada yang digunakan dalam templat ini.