Cerai dadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cerai dadah
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
PengkhususanPsikiatri
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sindrom cerai dadah, sarak atau bahan,[1] ialah gejala-gejala yang berlaku apabila ubat atau dadah diberhentikan atau dikurangkan secara mengejut.

Sebelum gejala sarak berlaku, seseorang itu mesti telah menjadi bergantung kepada dadah itu dahulu. Ini boleh berlaku akibat kebergantungan fizikal, kebergantungan psikologi atau kedua-duanya. Kebergantungan pada dadah terjadi apabila bahan itu kerap diambil dalam satu tempoh yang agak lama.

Kebergantungan menjadi apabila individu perlukan lebih banyak dadah atau ubat untuk merasakan kesan yang sama. Gejala sarak berbeza mengikut jenis dadah. Contohnya, ubat antimurung yang lama digunakan mungkin menyebabkan reaksi yang agak berbeza apabila dihentikan berbanding dengan dadah jenis opioid seperti heroin. Antara gejala sarak jenis opiat ialah lekas marah, berpeluh, muntah dan cirit-birit. Antara gejala cerai arak ialah lekas marah, keletihan, gemetar, berpeluh dan loya. Cerai nikotin boleh menyebabkan lekas marah, keletihan, insomnia, sakit kepala,dan sukar menumpukan perhatian. Banyak ubat dan bahan, walaupun dipreskripsikan oleh doktor, boleh menyebabkan gejala sarak apabila individu berhenti mengambilnya.

Cara pengambilan, seperti melalui suntikan intravena, intraotot, mulut atau lain-lain, boleh mempengaruhi gejala sarak.[perlu rujukan] Ada beberapa peringkat cerai dadah; secara amnya, individu akan mula berasa tidak cergas (lembam), kemudian menjadi semakin teruk, mula menstabil, lalu gejala mula menghilang. Walau bagaimanapun, menghentikan ubat atau dadah tertentu (barbiturat, benzodiazepin, alkohol, glukokortikoid) boleh membawa maut.[perlu rujukan] Walaupun jarang orang yang menggunakan dadah mati kerana cerai dadah, menghentikan opiat (dan beberapa dadah lain) boleh menyebabkan keguguran kerana janin juga boleh mengalami sarak.

Apabila seseorang berhenti mengambil dadah atau ubat yang telah lama digunakan, mereka mungkin mengalami gejala yang kuat jika ia menutupi masalah kesihatan lain seperti malnutrisi, penyakit, sakit kronik, jangkitan (biasa berlaku pada orang yang menyuntik dadah), atau kurang tidur. Masalah-masalah ini boleh timbul semula apabila dadah itu tiada lagi dalam badan, dan ia mungkin disalah anggap sebagai gejala sarak. Gen yang mengekod reseptor asetilkolin nikotinik alpha5 mempengaruhi gejala sarak nikotin dan alkohol.

Kesan terhadap homeostasis[sunting | sunting sumber]

Homeostasis ialah keupayaan tubuh memastikan kimia tertentu di dalam otak dan di seluruh badan stabil dan seimbang. Contohnya, apabila sejuk badan menggigil untuk menghasilkan haba dan mengekalkan suhu dalaman 37 °C. Homeostasis boleh terjejas dengan penggunaan dan pemberhentian dadah. Tubuh akan cuba menyeimbangkan diri dengan mengubah suai paras kimia apabila dadah atau ubat hadir di dalam tubuh.[2] Cara ia melakukannya termasuk menyelaraskan paras neurotransmiter, hormon dan bahan-bahan lain untuk menyesuaikan diri dengan dadah atau ubat itu di dalam badan.[3]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Glosari ketagihan dan kebergantungan[4][5][6]
  • ketagihan – kecelaruan biopsikososial yang mana seseorang terus menggunakan dadah (termasuk alkohol) walaupun ia banyak membahayakan dan mendatangkan akibat buruk terhadap mereka
  • dadah penagih – bahan psikoaktif yang apabila digunakan berulang kali boleh menyebabkan risiko penyalahgunaan bahan yang jauh lebih tinggi, biasanya kerana dadah menjejaskan sistem ganjaran otak
  • kebergantungan – keadaan apabila tubuh menjadi mangli atau terbiasa kepada rangsangan (cth., dadah) dan mengalami sindrom cerai dadah apabila ia diberhentikan
  • kepekaan dadah atau tolerans songsang – kesan dadah menjadi lebih kuat apabila diambil berkali-kali pada dos yang sama
  • cerai dadah – gejala-gejala yang muncul apabila dadah yang digunakan berkali-kali diberhentikan
  • kebergantungan fizikal – kebergantungan yang menimbulkan gejala-gejala fizikal apabila dadah diberhentikan (cth., keletihan dan racauan tremens)
  • kebergantungan psikologikal – kebergantungan yang dianggap tidak seteruk kebergantungan fizikal (cth., dengan azam dan tekad ia boleh diatasi)
  • rangsangan pengukuh – rangsangan yang meningkatkan kemungkinan tingkah laku yang dikaitkan dengannya diulangi
  • rangsangan ganjaran – rangsangan yang otak anggap sebagai positif dan disukai atau sesuatu yang menarik
  • pemekaan – reaksi yang lebih kuat terhadap rangsangan kerana telah terdedah kepadanya berulang kali
  • kecelaruan penggunaan bahan – apabila penggunaan bahan menyebabkan masalah atau gawat yang ketara dari segi kesihatan dan fungsi
  • mangli – kesan dadah yang semakin lemah apabila diambil berulang kali pada dos yang sama

Contoh-contoh (dan kod ICD-10) sindrom sarak:

Ubat preskripsi[sunting | sunting sumber]

Seperti dinyatakan di atas, banyak ubat tidak boleh dihentikan secara mengejut[8] tanpa nasihat dan pengawasan doktor, terutamanya jika ubat tersebut menyebabkan kebergantungan atau jika masalah kesihatan yang dirawatnya boleh menjadi berbahaya dan mungkin kembali apabila ubat dihentikan, seperti diabetes, asma, penyakit jantung dan banyak masalah jiwa atau saraf, seperti sawan, kemurungan, darah tinggi, skizofrenia dan psikosis. Penghentian ubat antipsikotik untuk skizofrenia dan psikosis memerlukan pemantauan.[9] Penghentian ubat antimurung contohnya, boleh menyebabkan sindrom penghentian antimurung. Namun dengan perhatian doktor yang teliti, pengutamaan dan pemberhentian ubat boleh mengurangkan kos, meringkaskan rejimen ubat-ubatan, mengurangkan risiko kesan buruk ubat dan penggunaan beraneka ubat, rawatan yang memfokuskan tempat yang paling berkesan, dan memastikan kos itu tidak menghalang orang ramai daripada mendapat ubat yang diperlukan.[10]

Alat Kesesuaian Ubat untuk Keadaan Kesihatan Komorbid dalam Demensia[11] (MATCH-D) memberi amaran bahawa penghidap demensia lebih berkemungkinan akan mengalami kesan buruk daripada ubat. Jika mereka berhenti mengambil ubat, mereka perlu dipantau untuk simptom-simptom sarak. Penghidap dimensia mungkin sukar melaporkan gejala-gejala mereka dengan pasti, jadi kita mesti berhati-hati.[12]

Ubat antidarah tinggi[sunting | sunting sumber]

Kajian terkini tidak menunjukkan jika lebih baik ubat untuk tekanan darah tinggi atau mencegah penyakit jantung diberhentikan atau terus diambil bagi orang dewasa.[13] Penemuan ini menggunakan bukti berkualiti rendah yang mencadangkan mungkin selamat jika ubat antidarah tinggi dihentikan. Akan tetapi, orang dewasa yang lebih tua mesti bertanya dengan doktor sebelum membuat sebarang perubahan pada ubat mereka.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MeSH Browser". meshb.nlm.nih.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2020. Dicapai pada 7 February 2020.
  2. ^ "Drug addiction: the yin and yang of hedonic homeostasis". Neuron. 16 (5): 893–6. May 1996. doi:10.1016/S0896-6273(00)80109-9. PMID 8630244.
  3. ^ "What Causes Drug Withdrawal?". Laguna Treatment Hospital (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-13. Dicapai pada 2018-10-12.
  4. ^ Malenka RC, Nestler EJ, Hyman SE (2009). "Chapter 15: Reinforcement and Addictive Disorders". Dalam Sydor A, Brown RY (penyunting). Molecular Neuropharmacology: A Foundation for Clinical Neuroscience (ed. ke-2). New York: McGraw-Hill Medical. m/s. 364–375. ISBN 9780071481274.
  5. ^ Nestler EJ (Disember 2013). "Cellular basis of memory for addiction". Dialogues in Clinical Neuroscience. 15 (4): 431–443. PMC 3898681. PMID 24459410. Walaupun faktor-faktor psikososial juga penting, pangkalnya ialah ketagihan dadah merupakan satu proses biologi: penyalahgunaan dadah yang berulang kali menyebabkan otak berubah, membuatkan keinginan dadah yang kompulsif dan hilang kawalan menggunakannya. terhadap penggunaan dadah, yang mentakrifkan keadaan ketagihan. ... Banyak kajian menunjukkan aruhan ΔFosB dalam neuron jenis D1 [nucleus accumbens] meningkatkan kesensitifan haiwan terhadap dadah serta ganjaran semula jadi dan menggalakkan dadah diambil oleh individu itu sendiri, berkemungkinan dengan proses pengukuhan positif ... Satu lagi sasaran ΔFosB ialah cFos: apabila ΔFosB terkumpul selepas berkali-kali dadah diambil, ia menindas c-Fos dan menghidupkan ΔFosB khususnya pada orang yang telah lama menggunakan dadah.41 ... Selain itu, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa walaupun terdapat pelbagai risiko genetik untuk ketagihan merentas populasi, terdedah dos dadah yang cukup tinggi untuk jangka masa yang panjang boleh mengubah seseorang yang mempunyai beban genetik yang agak rendah menjadi seorang penagih.
  6. ^ Volkow ND, Koob GF, McLellan AT (Januari 2016). "Neurobiologic Advances from the Brain Disease Model of Addiction". New England Journal of Medicine. 374 (4): 363–371. doi:10.1056/NEJMra1511480. PMC 6135257. PMID 26816013. Kecelaruan penggunaan bahan: Istilah diagnostik dalam edisi kelima Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5) merujuk kepada penggunaan alkohol atau dadah lain secara berulang kali sehingga menjejaskan kesihatan, keupayaan untuk melakukan sesuatu dan tanggungjawab seperti kerja, sekolah atau rumah. Bergantung pada betapa teruknya, kecelaruan ini dikelaskan sebagai ringan, sederhana atau teruk.
    Ketagihan: Istilah yang digunakan bagi tahap kecelaruan penggunaan bahan yang paling teruk dan kronik, yang mana individu hilang kawalan dan terus mengambil dadah walaupun mereka mahu berhenti. Dalam DSM-5, ketagihan adalah sinonim untuk kecelaruan penggunaan bahan yang teruk.
  7. ^ "Opiate and opioid withdrawal". MedlinePlus Medical Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). U.S. National Library of Medicine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-08. Dicapai pada 2019-11-20.
  8. ^ Peter Lehmann, penyunting (2002). Coming off Psychiatric Drugs. Germany: Peter Lehmann Publishing. ISBN 978-1-891408-98-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 2022-05-06.
  9. ^ Joint Formulary Committee, BMJ, penyunting (March 2009). "4.2.1". British National Formulary (ed. 57). United Kingdom: Royal Pharmaceutical Society of Great Britain. m/s. 192. ISBN 978-0-85369-845-6. Withdrawal of antipsychotic drugs after long-term therapy should always be gradual and closely monitored to avoid the risk of acute withdrawal syndromes or rapid relapse.
  10. ^ "Prioritizing and stopping prescription medicines". CMAJ. 174 (8): 1083–4. April 2006. doi:10.1503/cmaj.050837. PMC 1421477. PMID 16606954.
  11. ^ "MATCH-D Medication Appropriateness Tool for Comorbid Health conditions during Dementia". www.match-d.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-18. Dicapai pada 2019-06-01.
  12. ^ "Medication appropriateness tool for co-morbid health conditions in dementia: consensus recommendations from a multidisciplinary expert panel". Internal Medicine Journal. 46 (10): 1189–1197. October 2016. doi:10.1111/imj.13215. PMC 5129475. PMID 27527376.
  13. ^ a b "Withdrawal of antihypertensive drugs in older people". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 2020 (6): CD012572. Jun 2020. doi:10.1002/14651858.cd012572.pub2. PMC 7387859. PMID 32519776.