Tentera Darat Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Prusia
Panji perang Prusia
Aktif1701–1919
NegaraPrusia Kerajaan Prusia
KesetiaanKerabat Hohenzollern
CawanganTentera darat
JenisTentera darat, Tentera laut
SaizBermula antara 70,000 dan 700,000 anggota semasa tempoh itu.
PangkalanPotsdam
PenaungRaja Prusia
PertempuranPerang Warisan Sepanyol
Perang Besar Utara
Perang Warisan Austria

Perang Tujuh Tahun
Perang Warisan Bavaria
Perang Revolusi Perancis

Perang Napoleon

Perang Schleswig Pertama
Perang Schleswig Kedua
Perang Austria-Prusia
Perang Perancis-Prusia
Perang Dunia I
Komander
Komander
terkenal
Frederick William I
Frederick Agung
Friedrich Wilhelm von Seydlitz
Gerhard von Scharnhorst
Gebhard Leberecht von Blücher
Ludwig Yorck von Wartenburg
Carl von Clausewitz
Moltke the Elder
Albrecht von Roon
Friedrich Karl
Paul von Hindenburg
Erich Ludendorff
Erich von Falkenhayn
Pertempuran HohenfriedbergSerangan Infantri Prusia, 4 Jun 1745, oleh Carl Röchling.

Tentera Darat Diraja Prusia (Jerman: Königlich Preußische Armee) bertindak sebagai tentera darat Kerajaan Prusia. Ia menjadi penting kepada pembangunan Brandenburg-Prusia sebagai sebuah kuasa Eropah.

Tentera Darat Prusia berasal dari teras pasukan askar upahan Brandenburg semasa Perang Tiga Puluh Tahun dari 1618-1648. Putera Frederick William membangunkan ia menjadi sebuah tentera tetap berdaya maju, manakala Raja Frederick William I dari Prusia secara mendadak meningkatkan saiz dan memperbaikkan doktrinnya. Raja Frederick Agung, seorang komander perang yang hebat, memimpin askar-askar Prusia yang berdisiplin sehingga menang semasa Perang Silesia abad ke-18 dan banyak meningkatkan martabat Kerajaan Prusia.

Tentera Prusia menjadi lapuk oleh permulaan Perang Napoleon, dan Perancis mengalahkan Prusia dalam Perang Perikatan Keempat. Walaubagaimanapun, dibawah kepimpinan Gerhard von Scharnhorst, puak reformis Prusia mula memodenkan Tentera Darat Prusia, yang banyak menyumbang kepada kekalahan Napoleon Bonaparte semasa Perang Perikatan Keenam. Puak konservatif menghentikan beberapa pembaharuan, namun, dan Tentera Darat Prusia kemudiannya menjadi benteng kepada kerajaan konservatif Prusia.

Pada abad ke-19 Tentera Darat Prusia berjuang dengan jayanya terhadap Denmark, Austria dan Perancis, membolehkan Prusia menyatukan Jerman dan menubuhkan Empayar Jerman pada tahun 1871. Tentera Darat Prusia membentuk teras Tentera Darat Imperial Jerman, yang kemudiannya digantikan oleh Reichswehr selepas Perang Dunia I.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Blackbourn, David (2003). History of Germany, 1780–1918: The Long Nineteenth Century. Blackwell Publishing. m/s. 544. ISBN 0-631-23196-X.
  • Citino, Robert M. (2005). The German Way of War: From the Thirty Years' War to the Third Reich. University Press of Kansas. m/s. 428. ISBN 0-7006-1410-9.
  • Clark, Christopher (2006). Iron Kingdom: The Rise and Downfall of Prussia 1600–1947. Cambridge: Belknap Press of Harvard. m/s. 776. ISBN 0-674-02385-4.
  • Clemente, Steven E. For King and Kaiser!: The making of the Prussian Army officer, 1860–1914 (Greenwood, 1992)
  • Craig, Gordon A. (1964). The Politics of the Prussian Army: 1640–1945. London: Oxford University Press. m/s. 538. ISBN 0-19-500257-1.
  • Fulbrook, Mary (1983). Piety and Politics: Religion and the Rise of Absolutism in England, Wurttemberg and Prussia. Cambridge University Press. m/s. 223. ISBN 0-521-27633-0.
  • MacDonogh, Giles (2001). Frederick the Great: A Life in Deed and Letters. New York: St. Martin's Griffin. m/s. 436. ISBN 0-312-27266-9.
  • Nash, David. The Prussian Army, 1808–1815 (Almark Publishing, 1972)
  • Reiners, Ludwig (1960). Frederick the Great: A Biography. New York: G. P. Putnam & Sons. m/s. 304. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Ritter, Gerhard (1974). Frederick the Great: A Historical Profile. Berkeley: University of California Press. m/s. 207. ISBN 0-520-02775-2.
  • Showalter, Dennis E. "Hubertusburg to Auerstädt: The Prussian Army in Decline." German History (1994) 12#3 pp : 308–333.
  • Summerfield, Stephen (2009) Prussian Infantry 1808-1840: Volume 1 Line and Guard 1808–1814, Partizan Press, ISBN 978-1-85818-583-5; (2009) Prussian Infantry 1808–1840: Volume 2 Jager, Reserve, Freikorps and New Regiments, Partizan Press, ISBN 978-1-85818-584-2
  • Trumpener, Ulrich. "Junkers and Others: The Rise of Commoners in the Prussian Army, 1871–1914." Canadian Journal of History (1979). 14#1
  • White, Jonathan Randall. The Prussian Army, 1640–1871 (University Press of America, 1996)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]