Terapi oksigen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Terapi oksigen
Data klinikal
AHFS/Drugs.comFDA Professional Drug Information
Kaedah
pemberian
Sedutan
Kelas dadahGas perubatan
Kod ATC
Pengecam
Nombor CAS
ChemSpider
  • Tiada
UNII
Data kimia dan fizikal
FormulaO2

Terapi oksigen, merujuk kepada penggunaan gas oksigen sebagai rawatan perubatan.[1] Keperluan akut bagi terapi ini termasuk hipoksemia (kekurangan jumlah oksigen badan), keracunan karbon monoksida dan sakit kepala kluster. Ia juga diberikan untuk menjamin tahap oksigen badan yang sekata dalam proses anestesia.[2] Terapi oksigen lazimnya berguna dalam isu hipoksemia kronik akibat penyakit-penyakit seperti COPD dan fibrosis sista.[3][1] Oksigen boleh disalurkan melalui kanula hidung atau topeng oksigen, ataupun melalui cara bertekanan tinggi seperti intubasi endotrakea atau oksigen hiperbarik.[4][5] Terapi ini juga boleh memintas laluan pernafasan.

Oksigen secara umumnya diperlukan dalam metabolisme sel.[6] Namun begitu, kepekatan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ketoksikan oksigen yang membawa kepada kerosakan peparu dan kegagalan pernafasan.[2][7] Kepekatan yang melampau juga boleh meningkatkan risiko kebakaran saluran pernafasan, terutamanya ketika merokok.[1] Terapi oksigen juga boleh mengeringkan mukus hidung tanpa pelembapan.[1] Dalam kebanyakan keadaan, kepekatan oksigen sebanyak 94–96% adalah mencukupi, sementara bagi mereka dengan risiko retensi karbon dioksida, kepekatan 88–92% dicadangkan.[1][8] Dalam kes-kes keracunan karbon monoksida atau serangan jantung, kepekatan sepatutnya setinggi mungkin.[1][8] Walaupun udara terdiri daripada kira-kira 21% oksigen berdasarkan isi padu, terapi ini dapat meningkatkan jumlah itu mencecah 100%.[7]

Kegunaan oksigen dalam perubatan menjadi meluas sejak sekitar 1917, dan kini merupakan rawatan paling lazim di negara-negara maju.[1][9][10][11] Kini, ia termasuk dalam Senarai Ubat-Ubatan Perlu Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[11] Terapi oksigen di rumah boleh diberi melalui tangki oksigen atau pemekat oksigen.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h British national formulary : BNF 69 (ed. 69). British Medical Association. 2015. m/s. 217–218, 302. ISBN 9780857111562.
  2. ^ a b World Health Organization (2009). Stuart MC, Kouimtzi M, Hill SR (penyunting). WHO Model Formulary 2008. World Health Organization. m/s. 20. hdl:10665/44053. ISBN 9789241547659.
  3. ^ Jamison DT, Breman JG, Measham AR, Alleyne G, Claeson M, Evans DB, Jha P, Mills A, Musgrove P, penyunting (2006). Disease Control Priorities in Developing Countries (dalam bahasa Inggeris). World Bank Publications. m/s. 689. ISBN 9780821361801. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-10.
  4. ^ Macintosh M, Moore T (1999). Caring for the Seriously Ill Patient 2E (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). CRC Press. m/s. 57. ISBN 9780340705827. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18.
  5. ^ Dart RC (2004). Medical Toxicology (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 217–219. ISBN 9780781728454. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18.
  6. ^ Peate I, Wild K, Nair M (2014). Nursing Practice: Knowledge and Care (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 572. ISBN 9781118481363. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18.
  7. ^ a b Martin L (1997). Scuba Diving Explained: Questions and Answers on Physiology and Medical Aspects of Scuba Diving (dalam bahasa Inggeris). Lawrence Martin. m/s. H-1. ISBN 9780941332569. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18.
  8. ^ a b Chu DK, Kim LH, Young PJ, Zamiri N, Almenawer SA, Jaeschke R, dll. (April 2018). "Mortality and morbidity in acutely ill adults treated with liberal versus conservative oxygen therapy (IOTA): a systematic review and meta-analysis". Lancet. 391 (10131): 1693–1705. doi:10.1016/S0140-6736(18)30479-3. PMID 29726345. S2CID 19162595.
  9. ^ Agasti TK (2010). Textbook of Anesthesia for Postgraduates (dalam bahasa Inggeris). JP Medical Ltd. m/s. 398. ISBN 9789380704944. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-10.
  10. ^ Rushman GB, Davies NJ, Atkinson RS (1996). A Short History of Anaesthesia: The First 150 Years (dalam bahasa Inggeris). Butterworth-Heinemann. m/s. 39. ISBN 9780750630665. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-10.
  11. ^ a b Wyatt JP, Illingworth RN, Graham CA, Hogg K, Robertson C, Clancy M (2012). Oxford Handbook of Emergency Medicine (dalam bahasa Inggeris). OUP Oxford. m/s. 95. ISBN 9780191016059. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18.