The Daily Show

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Daily Show
Genre
Pencipta
Ditulis olehSee List of The Daily Show writers
Pengarah
  • Paul Pennolino (2017–kini)
Other directors:
    • Andy Barsh (1996–1997)
    • Scott Preston (1997–2000)
    • Chuck O'Neil (2000–2017)
Pengacara
Dibintangi oleh
See Lists of The Daily Show correspondents
Penggubah lagu tema
Bob Mould
Lagu pembukaan"Dog on Fire", performed by They Might Be Giants, arranged by Timbaland and King Logan
Negara asalUnited States
Bilangan episod3,765 (setakat 8 Disember 2022) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Trevor Noah (2015–2022)
  • Jill Katz (2015–kini)
  • Jennifer Flanz (2013–kini)
Other producers:
LokasiNEP Studio 52, New York City
Noah's apartment (COVID-19 pandemic)
Tempoh siaran
  • 22 minit (1996–2020)
  • 45 minit (2020–kini)
Syarikat penerbitan
  • Ark Angel (2015–present)
  • Comedy Partners (1996–present)
  • MTV Entertainment Studios (2021–kini)
Other studios:
Syarikat pengedaran
ViacomCBS Domestic Media Networks
Penyiaran
Saluran asalComedy Central
Format gambar
Siaran asal22 Julai 1996 (1996-07-22) – kini (kini)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Pautan luar
Laman sesawang

The Daily Show ("Rancangan Harian") adalah sebuah program televisyen satira berformat berita lewat malam dari Amerika Syarikat dihasilkan Comedy Central; ia ditayangkan Isnin hingga Khamis di saluran tersebut. Rancangan ini memaparkan satira berdasarkan liputan berita mengenai isu semasa, tokoh politik dan media massa.[1]

Rancangan ini dilancarkan pada 22 Julai 1996 dengan pengacaraan Craig Kilborn (sebagai The Daily Show with Craig Kilborn) hingga 17 Disember 1998. Peranan Kilborn diambil alih Jon Stewart (sebagai The Daily Show with Jon Stewart) dari 11 Januari 1999 hingga 6 Ogos 2015 di mana rancangan ini semakin menumpu dari budaya popular kepada isu politik. Stewart digantikan pelawak Afrika Selatan Trevor Noah (sebagai The Daily Show with Trevor Noah) dari 28 September 2015 sehingga 8 Disember 2022.

Siri ini adalah program paling lama bersiaran di Comedy Central serta telah memenangi 24 Anugerah Emmy Primetime.[2] Ia turut menjadi inspirasi pencetusan banyak program televisyen satira berbentuk berita seumpamanya seluruh dunia dari Jerman dan Kanada sampai ke Mesir dan Israel.

Format[sunting | sunting sumber]

Setiap episod dimulakan dengan pengumuman oleh pengumum acara Drew Birns mengumumkan tarikh dan pengenalan rancangan.[3][4] Pengacara kemudian membuka rancangan dengan monolog ringkasan laporan berita dan isu semasa.

Segmen seterusnya menampilkan "koresponden-koresponden" baik di meja sendiri mahupun bersama pengacara ataupun di hadapan latar hijau menyampaikan peristiwa semasa secara melebih-lebih kepada pengacara yang menganggap ia disampaikan dengan serius; malah ada juga koresponden yang pergi ke lokasi yang berbeza untuk membuat "laporan" melalui wawancara dengan orang yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan.

Segmen terakhir melibatkan temu ramah dengan tetamu selebriti yang datang dari pelbagai bidang termasuk pelakon, pemuzik, pengarang, atlet, pakar, pakar polisi dan tokoh politik.[5] Hal ini menguat semasa tempoh pengacaraan Jon Stewart yang menumpukan kepada pengarang bukan cereka dan pakar politik, serta banyak pegawai terpilih yang terkenal.[6] terutamanya semasa liputan berlangsungnya pilihan raya presiden di Amerika Syarikat.[7][8]

Barisan pelapor[sunting | sunting sumber]

Koresponden-koresponden (correspondents) rancangan ini mempunyai dua peranan utama: sebagai "pakar" yang ditemuramah oleh pengacara mengenai isu-isu tertentu, atau sebagai pengacara kecil melibatkan pelaporan di padang yang sering kali melibatkan komentar dan wawancara lucu yang berkaitan dengan isu semasa. Barisan "koresponden" terkini merangkumi Ronny Chieng, Michael Kosta, Desi Lydic, Dulcé Sloan, Roy Wood Jr. dan Jaboukie Young-White.[9]

Terdapat juga penyumbang (contributor) yang muncul tidak kerap, selalunya dengan segmen atau topik berulang yang unik; berisan terkini termasuk Lewis Black, Neal Brennan dan Gina Yashere [10]

Pengacara undangan[sunting | sunting sumber]

  • Samantha Bee dan Jason Jones, 1 episod (7 Oktober 2014)
  • Steve Carell, 7 episod (21 Februari 2001, 27-29 Mac 2001, 2 & 4 April 2001, dan 1 Mei 2001)
  • Stephen Colbert, 11 episod (24 Januari 2001, 20 & 22 Februari 2001, 26–27 Mac 2001, 3 & 5 April 2001, 2–3 Mei 2001, 6 Mac 2003, dan 6 Julai 2004 )
  • Rob Corddry, 1 episod (9 Februari 2006)
  • Vance DeGeneres, 2 episod (26-27 Februari 2001)
  • Jordan Klepper, 1 episod (20 Oktober 2016)
  • John Oliver, 33 episod (10 Jun 2013 hingga 15 Ogos 2013, dan 13 November 2014)
  • Mo Rocca, 1 episod (27 Februari 2001)
  • Nancy Walls, 2 episod (21 Februari 2001, dan 29 Mac 2001)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Newman, Michelle C. (Fall 2010). "The Daily Show and Meta-Coverage: How Mock News Covers the Political Communications System" (PDF). The Elon Journal of Undergraduate Research in Communications. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Disember 2019. Dicapai pada 6 Jun 2017.
  2. ^ Barton, Chris (15 Julai 2016). "Emmy nominations: The diminished presence of 'The Daily Show' in the variety/talk series category". Los Angeles Times. Dicapai pada 11 Mac 2017.
  3. ^ Levin, Gary (October 7, 2003). "Fans like their dose of 'Daily' news Stewart dishes some seriously funny stuff". USA Today. ISSN 0734-7456. Diarkibkan daripada yang asal pada November 3, 2012. Dicapai pada July 6, 2008.
  4. ^ "Drew Birns, Voiceover Artist". Back Stage. September 25, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada July 20, 2012. Dicapai pada July 15, 2008.
  5. ^ Staff writer (December 3, 2006). "Executive producer quits The Daily Show, Colbert Report". CBC News. Dicapai pada July 14, 2008.
  6. ^ Kurtz, Howard (October 23, 2004). "The Campaign of a Comedian". The Washington Post. Dicapai pada July 8, 2008.
  7. ^ Dowd, Maureen (31 Oktober 2006). "America's Anchors". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2007. Dicapai pada 26 Ogos 2007.
  8. ^ Kakutani, Michiko (15 Ogos 2008). "The Most Trusted Man in America?". The New York Times. ISSN 0362-4331. OCLC 1645522. Diarkibkan daripada yang asal pada December 11, 2008. Dicapai pada 17 Ogos 2008.
  9. ^ "News Team Correspondents". Comedy Partners. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2014. Dicapai pada January 31, 2014.
  10. ^ Gordon, Devin (May 17, 2016). "'The Daily Show' Adds Eliza Cossio as Its Newest Contributor". Splitsider. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2016. Dicapai pada October 29, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]