The Great Exhibition

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Expo 1851 atau The Great Exhibition

The Great Exhibition atau nama formal Inggerisnya, Great Exhibition of the Works of Industry of all Nations (Pameran Agung Kerja-kerja Industri setiap Bangsa), kadang kala dikenali sebagai Crystal Palace Exhibition (Pameran Crystal Palace) yang merujuk kepada binaan sementara yang dijadikan tapak pameran, ialah sebuah pameran antarabangsa yang berlangsung di Hyde Park, London, dari 1 Mei hingga 11 Oktober 1851. Pameran ini merupakan pameran pertama siri Pameran Dunia yang mengetengahkan budaya dan industri yang menjadi popular dalam abad ke-19. The Great Exhibition diatur Henry Cole dan Putera Albert, suami Ratu Victoria. Pameran ini dihadiri beberapa tokoh zaman itu, termasuk Charles Darwin, Samuel Colt, ahli kerabat Orléans dan para penulis Charlotte Brontë, Charles Dickens, Lewis Carroll, George Eliot dan Alfred Tennyson.