The Happening (filem 2008)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Happening
Fail:Happening poster.jpg
Poster
PengarahM. Night Shyamalan
Penerbit
PenulisM. Night Shyamalan
Dibintangi oleh
Muzik olehJames Newton Howard
SinematografiTak Fujimoto
Disunting olehConrad Buff
Syarikat
penerbitan
Pengedar20th Century Fox[1]
Mula ditayangkan
10 Jun 2008 (2008-06-10)(New York City)
Jun 13, 2008 (United States)
Tempoh tayangan
90 minit[2]
NegaraAmerika Syarikat
India[3]
BahasaInggeris
Perbelanjaan$48 juta[4]
Pecah panggung$163.4 juta[4]

The Happening merupakan filem seram Amerika Syarikat[5] yang ditulis, diarah, dan diterbit bersama oleh M. Night Shyamalan. Ia dibintangi oleh Mark Wahlberg, Zooey Deschanel, John Leguizamo, dan Betty Buckley.

Filem ini menerima ulasan negarif dari Metacritic[6] dan mendapat kutipan $163 juta seluruh dunia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Di Central Park, Bandar Raya New York orang mula membunuh diri secara beramai-ramai. Pada mulanya dipercayai berpunca dari serangan bio-pengganas dengan menggunakan neurotoksin bawaan udara, dan merebak dengan cepat di timur laut Amerika Syarikat. Elliot Moore, seorang guru sains sekolah tinggi di Philadelphia, mendengar tentang serangan tersebut lalu memutuskan untuk pergi ke Harrisburg dengan kereta api bersama isterinya, Alma. Mereka ditemani oleh rakannya, Julian dan anak perempuannya, Jess yang berusia lapan tahun. Isteri Julian yang terperangkap di Philadelphia, dijangka bertemu dengan mereka di Harrisburg. Kereta api yang membawa mereka telah kehilangan hubungan radio dan telah berhenti di sebuah pekan kecil. Mereka menerima perkhabaran bahawa Philadelphia telah diserang toksin dan isteri Julian tidak berjaya mendapatkan kereta api ke Harrisburg, sebaliknya mendapatkan bas ke Princeton. Julian memutuskan untuk mencari isterinya, dan meninggalkan anaknya bersama Elliot and Alma. Walau bagaimanapun, setibanya di Princeton, kawasan tersebut telah dilanda toksin. Akibat terdedah dengan toksin, pemandu kereta yang dinaiki Jullian merempuh pokok dan mereka terbunuh.

Elliot, Alma dan Jess menumpang kenderaan sepasang suami isteri yang mempunyai tamak semaian mereka sendiri. Suami isteri tersebut percaya tumbuh-tumbuhan bertanggungjawab membebaskan bahan kimia untuk mempertahankan diri mereka daripada ancaman. Elliot bersama beberapa mangsa lain bergerak sekali sebelum menyedari bahawa ancaman akan berlaku kepada kumpulan besar sahaja. Mereka berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Akhirnya, Elliot, Alma dan Jess menumpang di sebuah rumah terpencil milik Mrs. Jones, wanita tua aneh yang mengasingkan dirinya dari masyarakat luar dan tidak menyedari bencana yang sedang berlaku. Keesokan harinya, Mrs. Jones menjadi mangsa terbaharu. Menyedari ancaman tumbuhan berlaku pada individu, Elliot bertindak mengurung dirinya di ruang bawah tanah, sebelum menyedari Alma dan Jess berada di dalam sebuah rumah lain di laman belakang. Mereka berhubung dengan menggunakan tiub lama yang menghubungan antara dua rumah tersebut. Elliot telah menyatakan cintanya kepada Alma sebelum dia memutuskan jika ditakdirkan dia mati, dia mahu meluangkan masa yang tinggal bersama Alma. Mereka bertiga memutuskan untuk keluar dari persembunyian dan terperanjat apabila mengetahui bahawa mereka tiada apa-apa yang berlaku terhadap mereka. Hal ini disebabkan wabak tersebut telah reda terlebih dahulu.

Tiga bulan kemudian, Elliot, Alma dan Jess membina kehidupan baharu. Alma telah disahkan hamil. Menerusi televisyen, seorang pakar menyatakan epidemik merupakan amaran awal kepada manusia kerana manusia menjadi ancaman kepada planet dan kerana itu tumbuh-tumbuhan bertindak agresif.

Di Tuileries Gardens, Louvre Palace di Paris, Perancis, satu jerikan kedengaran dan semua orang mejadi kaku sementara apabila angin bertiupan, menandakan serangan berulang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The Happening". American Film Institute. Dicapai 2017-03-25. 
  2. ^ "THE HAPPENING (15)". 20th Century Fox. British Board of Film Classification. May 13, 2008. Dicapai April 25, 2014. 
  3. ^ "The Happening". British Film Institute. London. Dicapai November 10, 2012. 
  4. ^ a b "The Happening (2008)". Box Office Mojo. 2008-09-18. Dicapai 2011-09-20. 
  5. ^ Buchanan, Jason. "The Happening". Allmovie. Dicapai November 10, 2012. 
  6. ^ "Happening, The (2008): Reviews". Metacritic. CNET Networks, Inc. Dicapai 2008-10-07. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]