The Last Princess

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Last Princess
PengarahHur Jin-ho
Lakon layar
  • Hur Jin-ho
  • Lee Han-eol
  • Seo Yoo-min
BerdasarkanPrincess Deokhye oleh
Kwon Bi-young
Dihasilkan olehKim Jung-hwa
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Hofilm
Diedarkan olehLotte Entertainment
Tarikh tayangan
  • 3 Ogos 2016
    (Korea Selatan)
Masa tayangan
127 minit
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$40.35 juta[1]

The Last Princess (Hangul덕혜옹주; Hanja德惠翁主; RRDeokhye-ongju; lit. Princess Deokhye) ialah sebuah filem drama sejarah Korea Selatan tahun 2016 diarahkan Hur Jin-ho berdasarkan novel oleh Kwon Bi-young. Filem ini dibintangi oleh Son Ye-jin sebagai Puteri Deokhye, puteri terakhir Dinasti Joseon. Filem ini menggambarkan kehidupan Puteri Deokhye di Jepun selepas beliau dipaksa untuk berpindah ke sana ketika berumur 13 tahun oleh kerajaan Imperial Jepun dan percubaannya untuk kembali ke Korea.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1925, Korea diperintah oleh Jepun dan Puteri Deokhye yang berumur 13 tahun pada ketika itu – puteri terakhir Dinasti Joseon – dipaksa berpindah ke Jepun untuk menghadiri sekolah di sana. Beliau merindui rumahnya dan selepas menamatkan persekolahan, beliau membuat beberapa percubaan untuk kembali ke Korea tetapi dihalang oleh jeneral pro-Jepun, Han Taek-soo. Pada satu hari, beliau bertemu semula bersama seorang rakan sewaktu zaman kanak-kanaknya, Kim Jang-han, seorang pegawai tentera Jepun yang juga merupakan sebahagian daripada gerakan kemerdekaan Korea. Kim merancang satu operasi rahsia untuk memindahkan Deokhye dan abangnya, Yi Un ke Shanghai, lokasi Kerajaan Sementara Republik Korea. Percubaan ini gagal setelah Han Taek-soo mendapat tahu rancangan tersebut. Deokhye dan Kim terpisah dan terputus hubungan di antara satu sama lain. Beliau dipaksa untuk berkahwin dengan Count Takeyuki So pada tahun 1931 dan mula mengalami skizofrenia selepas melahirkan anak perempuan mereka pada tahun berikutnya. Kim menjadi seorang pemberita akhbar dan akhirnya menemui Deokhye di dalam sebuah hospital mental Jepun, berdekad-dekad selepas mereka terpisah. Kim kemudiannya memujuk kerajaan Korea Selatan untuk membenarkannya memasuki negara itu dan pada tahun 1962, Deokhye akhirnya dapat kembali ke tanah airnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Son Ye-jin sebagai Puteri Deokhye
    • Kim So-hyun sebagai Deokhye (remaja)
    • Shin Rin-ah sebagai Deokhye (kanak-kanak)
  • Park Hae-il sebagai Kim Jang-han
    • Yeo Hoe-hyun sebagai Jang-han (remaja)
    • Lee Hyo-je sebagai Jang-han (kanak-kanak)
  • Yoon Je-moon sebagai Han Taek-soo
  • Ra Mi-ran sebagai Bok-soon
  • Jung Sang-hoon sebagai Bok-dong
  • Park Joo-mi sebagai Yang Gwi-in
  • Ahn Nae-sang sebagai Kim Hwang-jin
  • Kim Dae-myung sebagai Kim Bong-guk
  • Baek Yoon-sik sebagai Gojong dari Korea
  • Park Soo-young sebagai Yi Un
  • Kim Jae-wook sebagai Takeyuki So
  • Ko Soo sebagai Yi Wu
  • Lee Chae-eun sebagai Jung-hye
  • Naho Toda sebagai Yi Bang-ja
  • Lee Se-na sebagai Seo Kyung-shin
  • Jung Se-hyung sebagai Lee Gun
  • Kim Seung-hoon sebagai Pengerusi Park
  • Do Yong-gu sebagai Yoshida
  • Ahn Sang-woo sebagai Raja Sunjong
  • Kwak Ja-Hyoung sebagai pemeriksa ID bagi mereka menaiki kapal ke Korea

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pengarah, Hur Jin-ho mengambil keputusan untuk membuat filem tentang Puteri Deokhye selepas menonton sebuah dokumentari tentang beliau dalam televisyen; Kim tidak dapat melupakan babak yang menunjukkan puteri itu bersatu kembali bersama istanawatinya di Lapangan Terbang Gimpo selepas beliau akhirnya dibenarkan untuk kembali ke Korea selepas 38 tahun di Jepun.[3] Lakon layar filem ini ditulis oleh Hur, Lee Han-eol dan Seo Yoo-min berdasarkan novel Princess Deokhye (2009) oleh Kwon Bi-young.[4] Cerita filem ini adalah campuran di antara fakta dan fiksyen dimana Kim Jang-han ialah seorang watak fiksyen. Cerita Puteri Deokhye tidak pernah dijadikan kepada sebuah filem sebelum ini.[5]

Di Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) 2012, projek filem Hur telah dipilih untuk menerima sokongan pembangunan penerbitan bersama dari Majlis Filem Korea. Pra-penerbitan untuk The Last Princess bermula pada tahun 2014. Pada bulan Ogos 2015, Son Ye-jin dan Park Hae-il telah diumumkan akan membintangi filem ini. Son sebelum ini telah bekerja bersama Hur untuk filem tahun 2005, April Snow.[6] The Last Princess dilancarkan pada bulan Oktober 2015 di Pasaran Filem Asia BIFF.[7] Fotografi utama bermula pada 30 November dan selesai pada 23 Mac 2016 dengan penggambaran berlangsung di Jepun dan Korea Selatan.[8][9] Filem ini pada mulanya dibiayai sebanyak AS$8.6 juta[10] dan Son melabur sebanyak ₩1 bilion (AS$886,500) untuk filem ini selepas kos penerbitan meningkat supaya staf dapat mempunyai "persekitaran tempat kerja yang lebih selesa".[11]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

The Last Princess menduduki tempat ketiga dalam box office pada 3 Ogos dan naik ke tempat pertama semasa hujung minggu 5–7 Ogos.[12] Sepanjang hujung minggu tersebut, 1.2 juta tiket terjual di 961 panggung wayang.[13] Filem ini membuat kutipan AS$12.4 juta dalam tempoh lima hari (3–7 Ogos) dengan 1.7 juta tiket terjual.[14] Filem ini mengutip AS$35.4 juta di Korea Selatan dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak AS$40.35 juta.[15][1]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Sung So-young dari Korea JoongAng Daily memuji filem ini kerana "cukup menarik untuk mengekalkan minat penonton daripada mula sehingga akhir" tetapi merasakan imaginasi Hur pergi terlalu jauh dalam beberapa babak. Beliau berkata peristiwa penting dalam kehidupan Puteri Deokhye digambarkan dengan baik dan kebaikan terbesar filem ini adalah bagaimana ia membuatkan penonton untuk mengetahui lebih lanjut tentang puteri tersebut.[4]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 Pelakon Wanita Terbaik Son Ye-jin Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ra Mi-ran Tercalon
Anugerah Populariti Son Ye-jin Menang
Anugerah Grand Bell ke–53 Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Hur Jin-ho Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Son Ye-jin Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ra Mi-ran Menang
Rekaan Kostum Terbaik Kwon Yoo-jin, Im Seung-hee Menang
Muzik Terbaik Choi Yong-rak, Jo Sung-woo Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Yoon Je-moon Tercalon
2017 Anugerah Filem Asia ke–11 Pelakon Wanita Terbaik Son Ye-jin Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The Last Princess (2016)". The Numbers. Dicapai pada 2016-12-30.
  2. ^ Lee Ji-hae (2016-06-30). "Son to portray Korea's last princess". K-Pop Herald. Dicapai pada 2016-07-29.
  3. ^ Sung So-young (2016-08-05). "Hur Jin-ho talks finding muse other than heartbreak: Director says life of the 'Last Princess' was too emotional not to tell". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2016-08-05.
  4. ^ a b Sung So-young (2016-07-29). "Korea's 'Last Princess' comes alive in new film". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2016-07-29.
  5. ^ Doo, Rumy (2016-08-03). "'Last Princess' is career-defining film, says actress Son Ye-jin". K-Pop Herald. Dicapai pada 2016-08-06.
  6. ^ Conran, Pierce (2015-08-27). "Son Ye-jin to Play Hur Jin-ho's The Last Princess". KoBiz. Dicapai pada 2016-07-29.
  7. ^ Kil, Sonia (2016-03-14). "FilMart: Lotte Launches Kim Han-min's 'The Hunt'". Variety. Dicapai pada 2016-07-30.
  8. ^ Conran, Pierce (2016-04-06). "Son Ye-jin Wraps Colonial Era Drama 'The Last Princess'". KoBiz. Korean Film Council. Dicapai pada 2016-08-06.
  9. ^ Ahn Sung-mi (2016-03-28). "'The Last Princess' wraps up filming". K-Pop Herald. Dicapai pada 2016-04-13.
  10. ^ Park Sae-jin (2015-11-19). "Son Ye-jin to return to screen as 'Princess Deokhye'". Aju Business Daily. Dicapai pada 2016-08-06.
  11. ^ Woo Jae-yeon; Koo Jung-mo (2016-07-29). "(Yonhap Interview) Son Ye-jin says she gave her all as Princess Deokhye". Yonhap News Agency. Dicapai pada 2016-07-29. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ Sung So-youn (2016-08-09). "Korean films top the local box office: 'Princess' and 'Chromite' lead way; 'Busan' sells 10M tickets". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2016-08-09.
  13. ^ "'The Last Princess' dethrones 'Operation Chromite' at box office". Yonhap News Agency. 2016-08-08. Dicapai pada 2016-08-09. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ Kil, Sonia (2016-08-07). "Korea Box Office: 'Princess' Reigns Over Weekend, 'Squad' Opens Third". Variety. Dicapai pada 2016-08-09.
  15. ^ "The Last Princess (2016)". KoBiz. Korean Film Council. Dicapai pada 2016-07-29. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]