The Lion Guard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Lion Guard
Juga dikenali sebagai
Hulubalang Singa
GenrePengembaraan kanak-kanak
Dibangunkan oleh
Ford Riley
PengarahHowy Parkins
Pelakon suara
Lagu pembukaan"Call of the Guard" dipersembahkan oleh Koir The Lion Guard
Lagu penutup"Here Comes the Lion Guard" dipersembahkan oleh Beau Black
Penggubah
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod33 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifFord Riley
Tempoh siaransekitar 22 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal22 November 2015 (2015-11-22) – kini (kini)
Pautan luar
Laman sesawang

The Lion Guard ("Hulubalang Singa") ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang dikembangkan oleh Ford Riley[3] yang berdasarkan filem 1994 Disney, The Lion King. Siri ini pertama kali disiarkan dengan filem televisyen yang berjudulkan Hulubalang Singa: Kembalinya Ngauman (Bahasa Inggeris: The Lion Guard: Return of the Roar) di Disney Channel pada 22 November 2015[4] dan mula disiarkan sebagai siri TV pada 15 Januari 2016 di Disney Junior dan di Disney Channel.[5] Siri ini merupakan siri televisyen kedua yang berdasarkan The Lion King dengan Timon & Pumbaa sebagai yang pertama (1995–1999). Hulubalang Singa merupakan susulan kepada The Lion King dan berlaku semasa jurang masa dalam filem 1998, The Lion King II: Simba's Pride.[6]

Siri ini diperbaharu untuk musim kedua pada Mac 2016,[7] dan musim ketiga ditempah pada setahun kemudian.[8]

Plot[sunting | sunting sumber]

Siri ini berpusat sekitar Kion, anak jantan kepada Raja Simba dan Ratu Nala, adik kepada Kiara dan putera Tanah Megah, yang, sebagai anak kedua kepada Raja Singa, menjadi ketua bagi pasukan Hulubalang Singa, sekumpulan haiwan yang melindungi Tanah Megah dan mempertahankan Lingkaran Kehidupan. Kion, bersama dengan sahabat-sahabatnya Bunga si bejar madu, Beshte si badak air, Fuli si citah, dan Ono si bangau, menjaga keselamatan dan perlindungan Tanah Megah dengan selamat dan daripada haiwan yang tidak menghormati Lingkaran Kehidupan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Senarai watak dalam The Lion King

Hulubalang Singa[sunting | sunting sumber]

  • Kion (Kayon) (disuarakan oleh Max Charles[1]): Seekor anak singa yang merupakan anak kepada Simba dan Nala, cucu kepada Mufasa, adik kepada Kiara, Putera Tanah Megah, dan ketua bagi Hulubalang Singa serta anggota paling digeruni baginya. Ia merupakan protagonis utama bagi siri ini.
  • Bunga (Bangga) (disuarakan oleh Joshua Rush[1]): Seekor bejar madu yang merupakan anggota paling berani bagi Hulubalang Singa. Dia merupakan anak saudara angkat kepada Timon dan Pumbaa dan sahabat baik kepada Kion.[9]
  • Beshte (Bésyti) (disuarakan oleh Dusan Brown[1]): Seekor badak air yang merupakan anggota paling kuat bagi Hulubalang Singa.
  • Fuli (disuarakan oleh Diamond White[1]): Seekor citah raja (juga dirujuk sebagai "harimau bintang") yang merupakan anggota paling pantas bagi Hulubalang Singa dan satu-satunya anggota yang merupakan betina.
  • Ono (disuarakan oleh Atticus Shaffer[1]): Seekor bangau kerbau yang merupakan anggota paling tajam penglihatan bagi Hulubalang Singa.

Alumni The Lion King[sunting | sunting sumber]

Watak-watak daripada filem-filem The Lion King berikut muncul dalam siri ini:

  • Simba (disuarakan oleh Rob Lowe[1]): Seekor singa yang merupakan anak kepada Mufasa, pasangan kepada Nala, anak saudara kepada Scar, dan bapa kepada Kion dan Kiara. Ia merupakan Raja Tanah Megah. Simba dan Bunga mengongsi sejarah mengenai hidup dengan Timon dan Pumbaa.[10]
  • Nala (disuarakan oleh Gabrielle Union[1]): Seekor singa betina yang merupakan pasangan kepada Simba dan ibu kepada Kion dan Kiara. Ia merupakan Ratu Tanah Megah.[10]
  • Kiara (disuarakan oleh Eden Riegel[1]): Seekor anak singa yang merupakan anak kepada Simba dan Nala, cucu kepada Mufasa, kakak kepada Kion, Puteri Tanah Megah, dan bakal ratu.
  • Timon (disuarakan oleh Kevin Schon[1]): Sahabat meerkat penggurau kepada Simba dan Pumbaa.[9] Timon merupakan bapa saudara angkat kepada Bunga. Schon dahulunya menyuarakan Timon dalam Timon & Pumbaa.[10]
  • Pumbaa (Pumba) (disuarakan oleh Ernie Sabella[1]): Sahabat babi hutan baik hati kepada Simba dan Timon.[9] Pumbaa merupakan bapa saudara angkat kepada Bunga. Sabella kembali dengan peranannya daripada The Lion King dan terbitan-terbitan turunannya.
  • Rafiki (disuarakan oleh Khary Payton[11]): Seekor mandril tua bijaksana yang berkhidmat sebagai pawang untuk singa-singa Batu Megah.[10]
  • Zazu (disuarakan oleh Jeff Bennett[1]): Enggang paruh merah dan majordomo Simba yang membekalkan berita melalui laporan pagi tentang Tanah Megah.
  • Mufasa (disuarakan oleh James Earl Jones dalam "Hulubalang Singa: Kembalinya Ngauman", Gary Anthony Williams dalam episod-episod ikutan[1]): Bapa kepada Simba dan datuk sebelah bapa kepada Kion dan Kiara yang terbunuh dalam filem asli oleh rempuhan gnu yang dirancang oleh adiknya Scar. Sejak kematiannya, ia terus hidup sebagai semangat yang memberi Kion nasihat mengenai cara untuk mengharungi sebarang kesusahan. Jones kembali memainkan peranannya daripada The Lion King.
  • Scar (disuarakan oleh David Oyelowo[12]): Bapa saudara Simba yang telah tiada, datuk saudara kepada Kion dan Kiara, dan adik kepada Mufasa. Scar pernah menjadi ketua Hulubalang Singa, sehingga dia menyalahgunakan kuasanya. Kion tanpa sengaja menyeru Scar, yang muncul sebagai nyalaan daripada gunung berapi selepas Kion menggunakan Ngauman Pusaka dengan kemarahan.
  • Singa Tanah Luar: Sekumpulan singa yang setia kepada Scar. Selepas rancangan perampasan yang gagal oleh Singa Tanah Luar ikutan kematian Scar, Simba mengusir mereka ke Tanah Luar, ke tempat mereka mencuba merampas wilayah tempat tinggal kawanan Jasiri. Kion mengalahkan mereka dengan Ngauman Pusaka yang mencampak mereka ke kawasan busut anai-anai Tanah Luar, tempat asal mereka.
    • Zira (disuarakan oleh Nika Futterman): Seekor singa betina yang merupakan ibu kepada Kovu, Nuka, dan Vitani dan ketua Singa Tanah Luar. Ia merupakan pengikut setia dan sekutu rapat Scar. Selepas rancangan perampasan yang gagal ikutan kematian Scar, Zira dan mereka yang terlibat diusir ke Tanah Luar dengan keluarga oleh Simba.
    • Kovu (disuarakan oleh Jason Marsden): Seekor anak singa yang merupakan pengganti terpilih bagi Scar, anak jantan bongsu kepada Zira, sahabat dan bakal pasangan kepada Kiara, bakal menantu kepada Simba, bakal ipar kepada Kion, dan adik kepada Nuka dan Vitani. Marsden dahulunya menyuarakan Kovu remaja dalam The Lion King II: Simba's Pride.
    • Nuka (disuarakan oleh Andy Dick): Seekor singa remaja yang merupakan anak sulung kepada Zira, abang kepada Kovu dan Vitani, dan anggota Singa Tanah Luar. Dick kembali dengan peranannya daripada The Lion King II: Simba's Pride.
    • Vitani (disuarakan oleh Lacey Chabert): Anak singa betina yang merupakan anak kepada Zira dan saudari kepada Nuka dan Kovu. Chabert kembali dengan peranannya daripada The Lion King II: Simba's Pride.

Watak sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Tiifu (Tifu) (disuarakan oleh Sarah Hyland[11]): Seekor sahabat singa kepada Kiara yang boleh dikatakan lebih bijak daripada teman rapatnya, Zuri.
  • Zuri (disuarakan oleh Madison Pettis[11]): Seekor lagi sahabat singa kepada Kiara yang agak bermegah diri dan benci menjadi kotor.
  • Kawanan Jasiri: Sekawan dubuk berbintik yang hidup di Tanah Luar dan menghormati Lingkaran Kehidupan.
    • Jasiri (disuarakan oleh Maia Mitchell[5]): Seekor dubuk berbintik betina yang ramah yang tinggal di Tanah Luar yang bersekutu dengan Kion. Tidak seperti kawanan Janja, Jasiri dan kawanan dubuknya menghormati Lingkaran Kehidupan dan kerap memakan bangkai pula.
    • Madoa (disuarakan oleh Maisie Klompus): Seekor dubuk berbintik yang merupakan saudari kepada Jasiri dan sebahagian kawanannya.
    • Tunu (kesan suara disediakan oleh Crimson Hart): Seekor anak dubuk berbintik dan saudara kepada Wema yang merupakan sebahagian daripada kawanan Jasiri.
    • Wema (Wéma) (kesan suara disediakan oleh Fiona Hart): Seekor anak dubuk berbintik dan saudari kepada Tunu yang merupakan sebahagian daripada kawanan Jasiri.
  • Ushari (Usyari) (disuarakan oleh Christian Slater): Seekor ular tedung Mesir yang kerap berkonflik dengan Bunga.
  • Basi (Basi atau Bési) (disuarakan oleh Kevin Michael Richardson): Seekor badak air yang merupakan bapa kepada Beshte dan ketua sekawan badak air.
  • Pua (disuarakan oleh Gerald C. Rivers): Bekas ketua kepada kawanan tempatan buaya Nil. Ia diganti oleh Makuu setelah dikalahkan olehnya dan hasilnya yang kalah meninggalkan kawanan itu.
  • Thurston (disuarakan oleh Kevin Schon): Seekor kuda belang dataran kacak tetapi pelupa yang merupakan ketua kawanannya.
  • Pemimpin Babun (disuarakan oleh Dee Bradley Baker): Seekor babun Anubis yang merupakan pemimpin sekawan babun di Dusun Nyani.
  • Mbeya (Embéya) (disuarakan oleh Howy Parkins): Seekor badak sumbu hitam tua.
  • Shingo (Syinggo) (disuarakan oleh Phil LaMarr): Seekor zirafah Masai.
  • Ma Tembo (Ma Témbo) (disuarakan oleh Lynette DuPree): Seekor gajah semak Afrika yang merupakan anak kepada Amanifu, teman lama Simba yang telah pergi awal dalam siri.
  • Twiga (Tuiga) (disuarakan oleh Alex Cartana): Seekor zirafah Masai.
  • Mbuni (Embuni) (disuarakan oleh Russi Taylor): Seekor burung unta riang.
  • Muhanga (Muhangga) (disuarakan oleh Russi Taylor): Seekor babi tanah (dirujuk sebagai "khinzir tanah") yang meminta Beshte dan Bunga memindahkan anak-anak jakal.
  • Muhangus (Muhanggus) (disuarakan oleh Khary Payton): Seekor babi tanah yang merupakan pasangan kepada Muhanga.
  • Mtoto (Metoto) (disuarakan oleh Justin Felbinger): Seekor anak gajah semak Afrika muda.
  • Kambuni (disuarakan oleh Mckenna Grace): Seekor anak burung unta muda.
  • Shauku (Syauku) (disuarakan oleh Jacob Guenther): Seekor anak cerpelai berjalur muda.
  • Kwato (Kuato) (disuarakan oleh Lyons Luke Mathias): Seekor anak kuda belang dataran muda.
  • Gumba (disuarakan oleh Jacquez Swanigan): Seekor babun Anubis muda.
  • Tamaa (Tama) (disuarakan oleh CJ Byrnes): Seekor serigunting yang boleh mengajuk suara mana-mana haiwan.
  • Muhimu (disuarakan oleh Kari Wahlgren dalam versi Amerika Syarikat, Emma Bunton dalam versi United Kingdom[13]): Seekor kuda belang dataran yang merupakan ketua kepada sekawan kuda belang yang diketuai oleh Hulubalang Singa untuk berhijrah ke Padang Mbali. Ia kemudian melahirkan anak yang bernama Hamu yang membantu Hulubalang Singa mengusir dubuk-dubuk Tanah Luar.
  • Swala (Suala) (disuarakan oleh Tunisia Hardison): Seekor gazel Thomson betina yang merupakan ketua sekawan gazel yang diketuai oleh Hulubalang Singa untuk berhijrah ke Padang Mbali.
  • Ajabu (disuarakan oleh Ron Funches): Seekor okapi yang mendatangi Tanah Megah untuk melarikan diri daripada Makucha.
  • Serigala tanah: Sekawan serigala tanah yang tinggal di Tanah Megah dan hanya keluar pada waktu malam. Hulubalang Singa tersalah anggap mereka sebagai dubuk Tanah Luar sehingga Kion menjelaskan semua perkara dan mengusir Reirei dan Goigoi. Serigala tanah diketahui menjaga paras rendah populasi anai-anai.
    • Mjomba (Mejomba) (disuarakan oleh Charlie Adler): Seekor serigala tanah perengus dan tidak sabar.
    • Ogopa (disuarakan oleh Marieve Herington): Seekor serigala tanah yang riang dan ceria.
    • Haya (disuarakan oleh Ogie Banks): Seekor serigala tanah yang gementar dan malu.
  • Laini (Léni atau Laini) (disuarakan oleh Meghan Strange): Seekor galago.
  • Badilli (Badili) (disuarakan oleh Jack McBrayer): Seekor harimau bintang Afrika berwarna krim ramah dari Hutan Mirihi yang dihalau dari wilayahnya oleh Mapigano.
  • Vuruga Vuruga (disuarakan oleh Virginia Watson): Seekor kerbau Afrika yang merupakan ketua kepada kawanannya. Kiara mengetuai Majlis Berkubang Kerbau mereka.
  • Anak Badak Sumbu (disuarakan oleh Kari Wahlgren): Seekor anak badak sumbu hitam muda.
  • Raja Sokwe (Sokué) (disuarakan oleh John Rhys-Davies): Seekor raja gorila gunung yang merupakan bapa kepada Majinuni dan Hafifu.
    • Hafifu (disuarakan oleh Phil Lester): Seekor putera gorila gunung yang datang ke Tanah Megah dengan saudaranya Majinuni untuk mengirimkan pesanan kepada Simba.
    • Majinuni (disuarakan oleh Dan Howell): Seekor putera gorila gunung yang datang ke Tanah Megah dengan saudaranya Hafifu untuk mengirimkan pesanan kepada Simba.
  • Hadithi (disuarakan oleh John O'Hurley): Seekor helang sawah legenda yang berpura-pura mencipta Pusingan Hadithi.
  • Zito (disuarakan oleh Nick Watt): Seekor gajah semak Afrika.
  • Bupu (disuarakan oleh Michael Dorn): Seekor antelop sabel yang degil yang merupakan ketua kawanannya.
  • Boboka (disuarakan oleh Erica Luttrell): Seekor antelop sabel yang merupakan sebahagian daripada kawanan Bupu.
  • Kifaru (disuarakan oleh Maurice LaMarche): Seekor badak sumbu putih berpenglihatan kabur.
  • Mwenzi (disuarakan oleh Rhys Darby): Seekor burung sengkenit paruh merah yang merupakan burung sengkenit dan sahabat baik kepada Kifaru.

Antagonis[sunting | sunting sumber]

  • Kawanan Janja: Sekumpulan dubuk berbintik jantan yang tinggal di Tanah Luar dan tidak menghormati Lingkaran Kehidupan.
    • Janja (disuarakan oleh Andrew Kishino[11]): Seekor dubuk berbintik licik yang merupakan ketua kawanannya dan antagonis utama siri ini.
    • Cheezi (Cizi) (disuarakan oleh Vargus Mason[11]): Seekor dubuk berbintik yang mudah teruja dan salah seekor suruhan Janja.
    • Chungu (Canggu atau Cunggu) (disuarakan oleh Kevin Schon[11]): Seekor dubuk berbintik tidak cerdik dengan binaan agak lebih besar daripada dubuk-dubuk lain.
    • Nne (Nené) (disuarakan oleh Beau Black): Seekor dubuk berbintik yang licik dan gempal.
    • Tano (disuarakan oleh Dee Bradley Baker): Seekor dubuk belang licik dan serong.
  • Kawanan Mzingo: Sekawan hering belakang putih yang hidup di Tanah Luar dan bersekutu dengan kawanan Janja.
    • Mzingo (Mezinggo) (disuarakan oleh) Greg Ellis[11]): Seekor hering belakang putih yang merupakan ketua kawanannya. Ia kadang-kadang menjadi pengintip dan peninjau Janja.
    • Mwoga (Muoga) (disuarakan oleh Cam Clarke): Seekor hering berbelakang putih yang agak bodoh dan licik.
  • Makuu (Maku) (disuarakan oleh Blair Underwood[5]): Ketua baharu kawanan buaya Nil selepas mengalahkan Pua.
  • Kawanan Reirei: Sekawan jakal berbelakang hitam (dirujuk sebagai "anjing" atau "serigala") yang hidup di Tanah Luar.
    • Reirei (disuarakan oleh Ana Gasteyer[5]): Seekor jakal berbelakang hitam bijak, licik, dan manipulatif yang merupakan ketua kepada keluarganya.
    • Goigoi (disuarakan oleh Phil LaMarr): Seekor jakal berbelakang hitam tamak dan pendek akal yang merupakan pasangan Reirei.
    • Dogo (disuarakan oleh Jacob Guenther): Seekor anak jakal berbelakang hitam kecil yang merupakan salah seekor anak kepada Reirei dan Goigoi. Ia mempunyai mata biru berbanding dengan anak jakal lain yang mempunyai mata perang.
  • Makucha (Makuca) (disuarakan oleh Steven Blum): Seekor harimau bintang Afrika berwarna krim yang menjejak Ajabu ke Tanah Megah kerana okapi makhluk jarang.
  • Mapigano (disuarakan oleh Jorge Diaz): Seekor harimau bintang Afrika yang membuli Badilli selepas menakluk wilayahnya di Hutan Mirihi dan di Tanah Hulu.

Episod[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan siri[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran asal
Amerika Syarikat Asia Tenggara
Pertama Terakhir Pertama Terakhir
1 28 22 November 2015 (2015-11-22) 21 April 2017 (2017-04-21) 20 Mac 2016 9 Julai 2017
2 30 7 Julai 2017 (2017-07-07) 22 April 2019 (2019-04-22) 3 September 2017 27 Julai 2019
3 20 3 Ogos 2019 (2019-08-03)

Terbitan turunan[sunting | sunting sumber]

Sebuah siri pendek yang dipanggil It's UnBungalievable yang membintangkan Bunga dan Ono ditayangkan pertama kali di Disney Junior dan di Disneynature di 9 Januari 2016. Dalam siri ini, Bunga dan Ono memilih dua haiwan untuk bertanding dalam pertandingan seperti "Who's Quicker?" ("Siapa yang Lebih Pantas?"), "Who Has Better Hair?" ("Siapa yang Mempunyai Bulu Lebih Baik?"), dan "Who's Hungrier?" ("Siapa yang Lebih Lapar?"). Siri ini menonjolkan rakaman haiwan aksi langsung yang disediakan oleh Disneynature.[14]

  1. "Who's Quicker?" ("Siapa yang Lebih Pantas?")
  2. "Who's Mightier?" ("Siapa yang Lebih Kuat?")
  3. "Who Has Better Hair?" ("Siapa yang Mempunyai Bulu Lebih Baik?")
  4. "Who's Hungrier?" ("Siapa yang Lebih Lapar?")
  5. "Who's the Better Babysitter?" ("Siapa Pengasuh Lebih Baik?")
  6. "Who's Cuter?" ("Siapa yang Lebih Comel?")
  7. "Who's Sillier?" ("Siapa yang Lebih Lucu?")
  8. "Who's Louder?" ("Siapa yang Lebih Lantang?")
  9. "Who's Brainier?" ("Siapa yang Lebih Bijak?")
  10. "Who's a Better Flyer?" ("Siapa Penerbang Lebih Baik?")

Siaran[sunting | sunting sumber]

Seperti di Amerika Syarikat, Hulubalang Singa: Kembalinya Ngauman ditayangkan pertama kali pada 22 November 2015 di Disney Channel di Kanada, sementara siri ditayangkan pertama kali pada 17 Januari 2016 di Disney Junior, dua hari selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat.[15][16] Di United Kingdom dan di Ireland, Hulubalang Singa: Kembalinya Ngauman ditayangkan pertama kali di Disney Junior pada 8 Februari 2016 sementara siri ditayangkan pertama kali pada 13 April 2016.[17][18] Di Australia dan di New Zealand, perintis siri ditayangkan pertama kali pada 6 Februari 2016 dan siri mula disiarkan pada 28 Februari di Disney Junior.[19] Di Asia Tenggara pula, Hulubalang Singa: Kembalinya Ngauman pertama kali ditayangkan pada 20 Mac 2016 di Disney Channel dan pada 11 April 2016 di Disney Junior dan siri ini pula ditayangkan pertama kali pada 17 April 2016 di blok Disney Junior di Disney Channel.[20][21] Siri ini disiarkan di TVNZ di New Zealand dan di 7flix di Australia.

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Keluaran DVD[sunting | sunting sumber]

Diedarkan oleh Walt Disney Studios Home Entertainment.

Judul Tarikh pengeluaran Episod Tambahan
The Lion Guard: Return of the Roar[22] 23 Februari 2016 101–102: "The Lion Guard: Return of the Roar"
  • Video muzik persembahan "Here Comes the Lion Guard" oleh Beau Black
  • Klip beg galas Hulubalang Singa bercakap
The Lion Guard: Unleash the Power[23] 20 September 2016
  • 109: "Fuli's New Family"
  • 104: "Bunga the Wise"
  • 107: "Eye of the Beholder"
  • 111: "Follow That Hippo!"
  • 110: "The Search for Utamu"
  • 105: "Never Judge a Hyena by Its Spots"
Kalung Kuasa Lion Guard
The Lion Guard: Life in the Pride Lands[24] 10 Januari 2017
  • 103: "The Rise of Makuu"
  • 108: "The Kupatana Celebration"
  • 115: "Bunga and the King"
  • 116: "Never Roar Again"
  • 117: "The Imaginary Okapi"
  • Video muzik: "A Trail to Hope", "Teke Ruka Teleza"
  • Tayangan singkat It's UnBungalievable
  • Lima Gelang Tangan Garda Singa

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

The Lion Guard (Music from the TV Series)
Runut bunyi oleh Pelbagai seniman
Dikeluarkan pada8 Januari 2016
GenreKanak-kanak, pop, world, runut bunyi
Masa34:43
SyarikatWalt Disney
The Lion Guard (Music from the TV Series)[25]
No. TajukPerformer(s) Masa
1. "Call of the Guard (The Lion Guard Theme)"  The Lion Guard Chorus 1:03
2. "A Beautiful Day (Ni Siku Nzuri)"  Beau Black 2:16
3. "Zuka Zama"  Bunga 1:57
4. "Tonight We Strike"  Janja, Mzingo & Hyenas 1:56
5. "Kion's Lament"  Kion 3:24
6. "Here Comes the Lion Guard"  Beau Black 2:28
7. "We're the Same (Sisi Ni Sawa)"  Kion & Jasiri 2:33
8. "Outta the Way"  Janja, Cheezi & Chungu 2:00
9. "Duties of the King"  Simba & Zazu 2:01
10. "Bunga the Wise"  Timon, Pumbaa & Bunga 1:41
11. "My Own Way"  Fuli 2:18
12. "Jackal Style"  Reirei 2:10
13. "Panic and Run"  Janja, Cheezi, & Chungu 1:34
14. "It Is Time"  Beau Black 3:01
15. "Call of the Guard (Full Version)"  The Lion Guard Chorus 4:21
16. "Bird of a Thousand Voices"  Tamaa 1:40
Jumlah masa:
34:43

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "Lion King spinoff voice cast includes Rob Lowe, Gabrielle Union, James Earl Jones, and more - EW.com". Entertainment Weekly's EW.com. 
  2. ^ "Mercury Filmworks". 
  3. ^ "Disney's The Lion King to Continue with The Lion Guard". ComingSoon.net. 
  4. ^ Beck, Jerry (9 Oktober 2015). "Disney's "The Lion Guard: Return Of The Roar" Set For Nov. 22 Debut". Animation Scoop. Indiewire. Dicapai 9 Oktober 2015. 
  5. ^ a b c d Wagmeister, Elizabeth (9 Disember 2015). "Disney's 'Lion King' Revival Series 'The Lion Guard' to Premiere in January". Variety. Dicapai 10 Disember 2015. 
  6. ^ Brett, Susan (8 Februari 2016). "EXCLUSIVE INTERVIEW: Disney's The Lion Guard creator Ford Riley talks new Lion King sequel". TVdaily.com. Dicapai 21 Ogos 2016. 
  7. ^ Steinberg, Brian (4 Mac 2016). "Disney Junior Renews 'Lion Guard,' Orders 'Vampirina,' 'Puppy Dog Tails'". Variety. Dicapai 4 Mac 2016. 
  8. ^ Calvario, Liz (15 Mac 2017). "Disney Junior Renews 'Mickey and the Roadster Racers' & 'The Lion Guard'". Deadline. 
  9. ^ a b c "Lion King spin-off The Lion Guard: Return of the Roar sneak peek - EW.com". Entertainment Weekly's EW.com. 
  10. ^ a b c d McCarthy, Tyler (12 Ogos 2015). "'Lion King' Sequel Series 'The Lion Guard' To Debut On Disney With Several Original Characters Recast". International Business Times. Dicapai 15 September 2015. 
  11. ^ a b c d e f g Beck, Jerry (12 Ogos 2015). "FIRST LOOK: Disney Channel's "The Lion Guard"". Animation Scoop. Indiewire. Dicapai 14 Ogos 2015. 
  12. ^ http://ew.com/tv/2017/06/21/david-oyelowo-scar-the-lion-guard/
  13. ^ "Emma Bunton will star in Disney Junior's The Lion Guard". The List. 23 Ogos 2016. Dicapai 23 Ogos 2016. 
  14. ^ Dickson, Jeremy (8 Januari 2015). "Disney's The Lion Guard gets short-form spinoff". kidscreen.com. Dicapai 27 April 2016. 
  15. ^ "Disney's The Lion Guard: Return Of The Roar Primetime Television Movie Event Premieres Sunday, November 22 on Disney Channel" (Siaran akhbar). Toronto: Corus Entertainment. 9 Oktober 2015. Dicapai 26 Oktober 2015. 
  16. ^ "Disney Junior's The Lion Guard, an Animated Series Featuring the Adventures of Kion — Simba and Nala's Second-Born Cub Debuts Sunday, January 17 at 11:30 a.m. ET/PT" (Siaran akhbar). Toronto: Corus Entertainment. 10 Disember 2015. Dicapai 5 Februari 2016. 
  17. ^ "The Lion Guard: Return of the Roar". TV Guide UK. Dicapai 6 Februari 2016. 
  18. ^ "The Lion Guard debuts 13th April 2016 on Disney Junior". Primary Times. Dicapai 5 Februari 2016. 
  19. ^ "The Lion Guard: the circle of life continues". Foxtel Insider. Foxtel. 4 Februari 2016. Dicapai 5 Februari 2016. 
  20. ^ "The Lion Guard: Return of the Roar". Disney Asia Tenggara. Dicapai 7 April 2016. 
  21. ^ "The Lion Guard: Series Premiere". Disney Asia Tenggara. Dicapai 7 April 2016. 
  22. ^ "'The Lion Guard: Return of the Roar' on DVD with Exclusive Gift on February 23 - Stitch Kingdom". Stitch Kingdom. 
  23. ^ Lambert, David (10 Jun 2016). "The Lion Guard - 'Unleash The Power': Disney's Press Release for the First DVD!". tvshowsondvd.com. Dicapai 12 Jun 2016. 
  24. ^ "The Lion Guard – Life in the Pride Lands on Disney DVD January 10th". dapsmagic.com. 2 November 2016. Dicapai 3 November 2016. 
  25. ^ "The Lion Guard (Music from the TV Series) by Various Artists". iTunes Store. Dicapai 7 Januari 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]