Thomas Buffel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thomas Buffel
Thomas Buffel Genk.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhThomas Buffel
Tarikh lahir (1981-02-19) 19 Februari 1981 (umur 38)
Tempat lahirBrugge, Belgium
Ketinggian1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainanPemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniGenk
Nombor19
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1999–2005Feyenoord80(34)
2000–2002Excelsior (pinjaman)63(27)
2005–2008Rangers83(16)
2008–2009Cercle Brugge35(5)
2009–Genk197(27)
Pasukan kebangsaan
1995Belgium B152(0)
1995–1998Belgium B1612(1)
1995–1998Belgium B1722(14)
1998–1999Belgium B1811(1)
2000Belgium B191(0)
2002Belgium B212(0)
2002–Belgium36(6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Februari 2013 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 6 September 2013

Thomas Buffel (lahir 19 Februari 1981) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab KRC Genk. Beliau bermain di posisi pemain tengah menyerang ataupun sebagai penyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Buffel memulakan kerjayanya di Ruddervoorde dan Cercle Brugge sebelum berpindah ke Belanda.

Buffel bermain untuk Feyenoord pada musim 1999-2000 sebelum berpindah ke Excelsior Rotterdam dari 2000 hingga 2002. Beliau kembali ke Feyenoord pada musim 2002-03.

Rangers[sunting | sunting sumber]

Buffel berpindah ke kelab Scotland, Rangers pada Januari 2005 dengan bayaran 2.3 juta euro dan menandatangani kontrak empat tahun setengah. Beliau membuat untuk Rangers pada perlawanan Piala Scotland menentang Celtic, tewas 2-1. Beliau kemudian berjaya menjulang gelaran liga ke-51 untuk Rangers. Sebelum itu, beliau telah menjuarai Piala Liga Scotland selepas mengalahkan Motherwell pada perlawanan akhir, 5-1.

Buffel tampil dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah serta membantu Rangers melangkah ke pusingan 15 kejohanan tetapi mereka tewas kepada Villarreal pada agregat 3-3 lalu tersingkir mengikut kepada gol lawan. Beliau menjaringkan tujuh gol dalam 38 kemunculan ketika musim 2005-06.

Pada jendela perpindahan 2007, Hannover 96 dilaporkan berminat untuk menggunakan khidmat beliau dan pengurus Rangers mengatakan Buffel dibenarkan untuk berpindah. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal apabila Buffel tidak bersetuju terma dan syarat yang dikemukakan oleh Bundesliga.

Pada 9 Februari 2007, Buffel mengalami kecederaan lutut berpanjangan dan tidak bermain sebarang perlawanan untuk Rangers pada musim 2006-07. Beliau kembali semula pada 26 Fisember pada perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Motherwell tetapi sejak itu, beliau tidak bermain lagi.

Cercle Brugge[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Buffel di Rangers tamat apabila beliau menyertai kelab lamanya, Cercle Brugge pada 1 Julai 2008.

Genk[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2009, Cercle Brugge dan Genk mencapai persetujuan iaitu Buffel dijual ke Genk manakala Jelle Vossen dipinjam dan Hans Cornelis berpindah ke Brugge. Pada musim 2009-10, beliau dianugerahkan pemain paling berharga. Anugerah ini diberikan kepada pemain yang mempamerkan aksi terbaik pada musim sebelumnya. Ia berdasarkan undian oleh peminat Genk. Pada musim 2010-11, Buffel menjuarai kejuaraan liga keduanya selepas menewaskan Standard Liege pada perlawanan terakhir musim.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Buffel menjalani latihan bersama Belgium pada 2006

Buffel membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belgium pada perlawanan menentang Andorra pada Oktober 2002 dan skuad Belgium menang 1-0. Beliau kemudian berjaya mengumpul 35 kaps dan menjaringkan tujuh gol. Pada masa kini, beliau masih di gambar pemain-pemain terkini pasukan kebangsaan Belgium.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 30 April 2003 Brussels, Belgium  Poland 2–0 3–1 Persahabatan
2 11 Oktober 2003 Liège, Belgium  Estonia 2–0 2–0 Kelayakan Euro 2004
3 18 Ogos 2004 Oslo, Norway  Norway 1–0 2–2 Persahabatan
4 2–1
5 26 Mac 2005 Brussels, Belgium  Bosnia dan Herzegovina 4–1 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2006
6 7 September 2005 Antwerp, Belgium  San Marino 3–0 8–0 Kelayakan Piala Dunia 2006

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rangers
Genk

Pautan luar[sunting | sunting sumber]