Liga Pro Belgium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liga Pro Belgium
Belgianproleague.png
Negara  Belgium
Konfederasi UEFA
Ditubuhkan 1895
Jumlah pasukan 16
Disingkirkan ke Divisyen Kedua Belgium
Aras Tahap 1
Piala domestik Piala Belgium
Piala Super Belgium
Piala antarabangsa Liga Juara-Juara
Liga Europa UEFA
Juara semasa AA Gent (2014–15)
Kelab paling berjaya Anderlecht (33 gelaran)
Tapak sesawang jupilerproleague.be
Soccerball current event.svg Liga Pro Belgium 2014–15

Liga Pro Belgium (ataupun dikenali sebagai Liga Pro Jupiler [Sebutan Belanda: [ˈʒypɪlɛr ˈpro ˈlik]]) merupakan liga teratas untuk bola sepak di Belgium. Dengan mempunyai 16 kelab, ia mempunyai sistem penyingkiran ke Divisyen Kedua Belgium atau layak ke liga teratas. Liga Pro Belgium ini selalunya bermulap ada bulan Julai sehingga awal bulan Mei, di mana semua kelab bermain sebanyak 30 perlawanan, dan kemudian memasuki perlawanan play-off 1, play-off 2 atau perlawanan play-off penurunan liga. Perlawanan play-off 1 ialah untuk 6 kelab teratas semasa musim tamat. Perlawanan play-off 2 ialah untuk kelab yang berkedudukan 7 hingga 14 dengan dibahagikan dua kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai empat pasukan. Perlawanan penurunan play-off pula ialah yang berkedudukan ke-15 dan ke-16. Liga ini telah ditaja oleh syarikat bir Jupiler, dan kemudian ia dikenali sebagai Liga Pro Jupiler.

Liga ini telah ditubuhkan pada 1895 oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (KBVB) dan pertama kali dimenangi oleh FC Liégeois. 74 kelab telah bertanding sejak penubuhan divisyen ini dan 15 kelab telah menjuarai divisyen ini. RSC Anderlecht menjadi kelab paling berjaya dengan memenangi 33 gelaran diikuti Club Brugge KV (13), Union Saint-Gilloise (11) dan Standard Liège (10). Divisyen ini kini berkedudukan ke-19 oleh UEFA berdasarkan aksi dalam kejohanan Eropah dalam tempoh lima tahun.[1] Divisyen ini berada di tempat ketiga ketika UEFA baru ditubuhkan pada 1979 dan pada tahun seterusnya pada 1980, divisyen ini menjadi divisyen teratas UEFA.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Divisyen pertama Belgium telah bermula pada musim 1895–96 dengan mempunyai 7 pasukan: Antwerp FC, FC Brugeois, FC Liégeois, RC de Bruxelles, Léopold Club de Bruxelles, SC de Bruxelles dan Union F.C. d'Ixelles. FC Liégeois menjadi juara pertama Belgium. 8 gelaran dalam divisyen ini telah dimenangi oleh FC Liégeois dan RC de Bruxelles. Pada masa itu, tiada penurunan liga tetapi dua kelab ini iaitu FC Brugeois dan Union d'Ixelles telah menubuhkan kelab baru (Athletic and Running Club de Bruxelles) dan memasuki divisyen ini. Ketika musim 1896–97, SC de Bruxelles terkeluar jadi musim 1897–98 hanya mempunyai 5 kelab. Dalam musim 1898–99 dan 1899–1900, persatuan bola sepak telah memperkenalkan format baru dengan dua liga dalam peringkat teratas dan sebuah perlawanan akhir dengan dua perlawanan. Format itu ditukar semula kepada satu liga bersama 9 kelab pada musim 1900–01 dan kemudian ditukar semula kepada sembilan liga dari musim 1901–02 sehingga musim 1903–04. Dalam musim 1904–05, divisyen ini diperkenalkan hanya satu liga dengan 11 pasukan. Athletic and Running Club de Bruxelles telah keluar dari musim sejak musim 1906. Sistem penurunan dan penaikan liga telah diperkenalkan kepada pemenang divisyen kedua yang menggantikan tempat terakhir divisyen pertama.

Selepas Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Ketika Perang Dunia Pertama, kejohanan bola sepak ini dihentikan. Ia dimulakan semula pada musim 1919–20 di mana FC Brugeois akhirnya memenangi di mana ditempat kedua sebanyak 5 kali. Ketika pengakhiran musim 1920–21, jumlah pasukan semakin bertambah dari 12 hingga 14, Uccle Sport telah tersingkir ke divisyen kedua manakala 3 pasukan baru telah naik ke divisyen satu iaitu Standard Club Liégeois, FC Malinois dan RSC Anderlechtois. Dari 1921–22 sehingga 1931–32, semua kejohanan ini telah didominasi oleh pasukan dari Antwerp: Beerschot AC (dibantu oleh pemain veteran Belgium, Raymond Braine), Antwerp FC dan kelab kecil Liersche SK. Bermula pada 25 Disember 1932, Union Saint-Gilloise telah memecah rekod dengan rekod tanpa kalah dalam 60 perlawanan (sebanyak 3 musim), memenangi musim 1932–33, 1933–34 dan 1934–35. Pesaing Union pada masa itu ialah Daring Club de Bruxelles. Kedua-dua pasukan itu merebut gelaran dua musim seterusnya. Berikutan kembali pemain Raymond Braine ke Beerschot, kelab Antwerp itu memenangi dua gelaran sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada 10 Mei 1940, tentera Jerman telah menyerang Belgium dan musim 1939–40 dan 1940–41 terpaksa diberhentikan. Divisyen ini diteruskan pada September 1941 dan Liersche SK memenangi buat kali kedua. Pada pengakhiran musim, tiada kelab yang turun dan jumlah kelab bertambah dari 14 hingga 16. Pada musim seterusnya, Liersche SK kehilangan tiga pemain utama mereka (dua dari mereka maut akibat serangan bom dan satu cedera di padang) dan mereka menduduki tempat ketiga manakala jirannya, KV Mechelen menjadi juara buat pertama kali dalam sejarah. Dalam musim 1943–44, Antwerp FC memenangi musim itu. Divisyen ini terpaksa dihentikan sekali lagi 1944–45 akibat Perang Dunia Kedua.

Selepas Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Divisyen ini diteruskan lagi pada musim 1945–46 yang dimenangi oleh KV Mechelen. Pada permulaan musim, jumlah kelab bertambah dari 16 hingga 19 di mana 3 kelab baru dan tiada kelab tersingkir. Penjaring terbanyak telah dianugerahkan kepada Bert De Cleyn dari KV Mechelen. Dua musim kemudian, 5 kelab telah tersingkir dan dua kelab telah naik ke divisyen satu. Pada musim 1946–47, RSC Anderlechtois memenangi kejohanan pertama mereka di mana pemain Jef Mermans menjadi pemain utama Anderlecht dan mereka mendominasi bola sepak Belgium dalam masa 9 tahun dengan lebih 6 gelaran bersama KV Mechelen (pada musim 1947–48) dan FC Liégeois (pada musim 1951–52 dan 1952–53). Kasut Emas Belgium telah diperkenalkan pada tahun 1954.

Pada lewat 1950an, Standard telah menjulang trofi buat pertama kali pada musim 1957–58 dan menjadi pencabar terbesar Anderlecht di liga (sehingga gelaran ke-8 pada musim 1982–83). Pemenang lain pada 1950an dimenangi oleh Antwerp FC dan Anderlecht. Pada 1960an, Paul Van Himst ketika bersama Anderlecht berjaya merebut 6 gelaran juara manakala Standard sebanyak 3 kali dan Lierse sekali. Standard bersama pemain utama Wilfried Van Moer berjaya merebut dua gelaran pada 1970an. Anderlecht memainkan aksi terbaik di pentas Eropah dengan memenangi Piala Juara-Juara UEFA 1975-76 menentang West Ham manakala Club Brugge tewas kepada Liverpool dalam Piala UEFA 1975-76. Dalam musim berikutnya, Anderlecht tewas kepada Hamburger SV dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara UEFA 1976-77 dan pada musim 1977–78, Anderlecht memenangi kejohanan itu sekali lagi selepas menundukkan Austria Wien manakala Club Brugge tewas dalam perlawanan akhir Piala Eropah kepada Liverpool. Dalam Divisyen Pertama Belgium, Club Brugge telah memenangi sebanyak empat gelaran manakala Anderlecht dua kali juara dan R White Daring Molenbeek dan KSK Beveren memenangi divisyen itu buat kali pertama.

Kini[sunting | sunting sumber]

Pada lewat 1980an, kelab Belgium menampilkan aksi terbaik di pentas Eropah apabila Standard berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Juara-Juara UEFA 1981-82, Anderlecht memenangi Piala UEFA 1982-83 dan naib juara pada edisi seterusnya dan KV Mechelen memenangi Piala Juara-Juara UEFA 1987-88. Dalam liga domestik, Anderlecht memenangi divisyen itu buat kali ke-20 pada musim 1986–87. Club Brugge dan Standard memenangi sebanyak 2 kali pada 1980an dan KSK Beveren dengan KV Mechelen hanya sekali.

Pada 1990an, aksi kelab Belgium di pentas Eropah semakin hambar apabila hanya Anderlecht dan FC Antwerp melangkah ke perlawanan akhir Piala Juara-Juara UEFA. Dalam liga domestik, RSC Anderlecht menjuarai sebanyak empat kali manakala Club Brugge juga sama seperti Anderlecht sebanyak 4 kali. Dua selebihnya dimenangi oleh Lierse SK dan penubuhan Racing Genk. Pada era 2000an, Anderlecht melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2000-01 tetapi ia menampilkan aksi tidak memuaskan di pentas Eropah. Dalam liga domestik, RSC Anderlecht memenangi 5 gelaran bersama Club Brugge yang memenangi dua kali dan Racing Genk menjuarai divisyen itu buat kali kedua. Pada penghujung dekad, Standard Liège akhirnya menjuarai sejak 25 tahun tidak menjuarai divisyen itu pada musim 1982–83. Pada pengakhiran era 2000an, peringkat tertinggi Belgium telah diperkenalkan perlawanan play-off untuk ke Liga Juara-Juara. RSC Anderlecht menjadi juara pertama dalam format baru sambil menyambut kemenangan kali ke-30.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Juara[sunting | sunting sumber]

Kelab Juara Naib juara Tahun juara
RSC Anderlecht
33
20
1946–47, 1948–49, 1949–50, 1950–51, 1953–54, 1954–55, 1955–56, 1958–59, 1961–62, 1963–64, 1964–65, 1965–66, 1966–67, 1967–68, 1971–72, 1973–74, 1980–81, 1984–85, 1985–86, 1986–87, 1990–91, 1992–93, 1993–94, 1994–95, 1999–2000, 2000–01, 2003–04, 2005–06, 2006–07, 2009–10, 2011–12, 2012–13, 2013–14
Club Brugge KV
13
20
1919–20, 1972–73, 1975–76, 1976–77, 1977–78, 1979–80, 1987–88, 1989–90, 1991–92, 1995–96, 1997–98, 2002–03, 2004–05
R Union Saint-Gilloise
11
8
1903–04, 1904–05, 1905–06, 1906–07, 1908–09, 1909–10, 1912–13, 1922–23, 1932–33, 1933–34, 1934–35
R Standard Liege
10
12
1957–58, 1960–61, 1962–63, 1968–69, 1969–70, 1970–71, 1981–82, 1982–83, 2007–08, 2008–09
K Beerschot VAC
7
7
1921–22, 1923–24, 1924–25, 1925–26, 1927–28, 1937–38, 1938–39
Racing de Bruxelles
6
4
1896–97, 1899–1900, 1900–01, 1901–02, 1902–03, 1907–08
RFC Liege
5
3
1895–96, 1897–98, 1898–99, 1951–52, 1952–53
Daring de Bruxelles
5
4
1911–12, 1913–14, 1920–21, 1935–36, 1936–37
R Antwerp FC
4
11
1928–29, 1930–31, 1943–44, 1956–57
KV Mechelen
4
5
1942–43, 1945–46, 1947–48, 1988–89
K Lierse SK
4
2
1931–32, 1941–42, 1959–60, 1996–97
KRC Genk
3
2
1998–99, 2001–02, 2010–11
Cercle Brugge KSV
3
0
1910–11, 1926–27, 1929–30
KSK Beveren
2
0
1978–79, 1983–84
KAA Gent
1
2
2014–15
RWD Molenbeek
1
0
1974–75
R Charleroi SC
0
1
KSC Lokeren
0
1
K Sint-Truiden VV
0
1
Léopold Club
0
1
ROC de Charleroi
0
1
RC Mechelen
0
1
K Beringen FC
0
1
Zulte Waregem
0
1
  • kelab yang dihitamkam masih bermain diperingkat tertinggi liga
  • kelab yang italik dibubarkan atau bergabung

Kelab terkini[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2014–15, sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian seperti ditunjukkan di bawah.

Kelab Bandar Kedudukan
terakhir
musim
Anderlecht Brussels 1
Cercle Brugge Bruges Ke-11
Charleroi Charleroi Ke-10
Club Brugge Bruges Ke-3
Genk Genk Ke-6
Gent Ghent Ke-7
Kortrijk Kortrijk Ke-8
Lierse Lier Ke-12
Lokeren Lokeren Ke-5
Mechelen Mechelen Ke-13
Mouscron-Péruwelz Mouscron Ke-4 (D2)
Oostende Ostend Ke-9
Standard Liège Liège Ke-2
Waasland-Beveren Beveren Ke-14
Westerlo Westerlo 1 (D2)
Zulte Waregem Waregem Ke-4

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]