Tim Burton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tim Burton
Burton pada tahun 2012
Kelahiran
Timothy Walter Burton

25 Ogos 1958 (64 Tahun) Burbank, California, U.S.
PendidikanBurbank High School
Pusat pendidikanCalifornia Institue of the Arts
PekerjaanPengarah filem

Penerbit Filem Penulis Skrip Juruanimasi

Artis
Tahun aktif1971-sekarang
PasanganLena Gieseke (Kah;1987- Cer;1991)
Rakan kongsi domestikLisa Marie (1991-2001) Helena Bonham Carter (2001-2014)
Anak-anak2

Timothy Walter Burton [a] (lahir pada Ogos 25, 1958) ialah seorang pembuat filem dan artis yang berwarga Amerika. Beliau terkenal dengan filem fantasi gotik dan seram seperti Beetlejuice (1988), Edward Scissorhands (1990), The Night Before Christmas (1993), Ed Wood (1994), Sleepy Hollow (1999), Corpse Bride (2005), Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2007), dan Dark Shadows (2012). Burton juga pernah mengarahkan 'superhero', seperti Batman (1989) dan Batman Returns (1992), filem yang bercereka sains fiksyen seperti, Planet of the Apes (2001), filem drama fantasi yang bernama Big Fish (2003), Charlie and the Chocolate Factory ( 2005), dan filem fantasi Alice in Wonderland (2010) serta Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (2016).

Antara para pelakon yang pernah bekerja dengan Burton dalam penghasilan filem ialah Winona Ryder, Johnny Depp, Lisa Marie (bekas teman wanita), Helena Bonham Carter (bekas teman wanita ) dan komposer Danny Elfman, yang pernah menghasikan skor muzik untuk semua filem milik Burton kecuali tiga filem. Burton juga menulis dan melakukan ilustrasi buku puisi The Melancholy Death of Oyster Boy & Other Stories, yang diterbitkan pada tahun 1997 oleh syarika penerbitan British yang bernama Faber and Faber, dan kompolisasi lukisan, lakaran dan karya seninya yang lain, bertajuk The Art of Tim Burton,sudah dikeluarkan pada tahun 2009. Susulan itu, beliau telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Napkin Art of Tim Burton:Things You Think About in a Bar, yang mengandungi lakaran yang dibuat oleh Burton pada sehelai serbet di bar dan restoran yang dilawatinya, telah dikeluarkan pada tahun 2015. Antara penghargaannya termasuklah pencalonan untuk dua Anugerah Akademi dan tiga Anugerah BAFTA, dan menang untuk Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama tengah Tim Burton dirujuk sebagai Walter oleh Muzium Seni Moden dalam penampilan webnya bagi pameran karya Burton pada 2009[1] serta sebuah buku[2] tentang kerjaya seniman Burton, tetapi juga diiktiraf sebagai William oleh sumber lain seperti Tim Burton Collective.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Museum of Modern Art (MoMA) web appearance for a 2009 exhibition on Tim Burton's art work.
  2. ^ Magliozzi, Ronald S.; He, Jenny (2009). Tim Burton (dalam bahasa Inggeris). The Museum of Modern Art. ISBN 9780870707605.
  3. ^ "Biography". The Tim Burton Collective. December 15, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada December 19, 2008.