Tindakan rerambut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Perbandingan tindakan air menaiki suatu aluran kaca (permukaan yang berkutub) berbanding raksa

Tindakan rerambut atau tindakan kapilari (juga Ind.: kapilaritas, capillary action) merujuk kepada kebolehan sebarang cecair itu mengalir dalam ruang sempit seperti paip[1] tanpa bantuan mahupun tentangan daripada unsur luar lain seperti graviti. Ia berlaku disebabkan daya antara molekul antara cecair tersebut dengn permukaan pejal di sekelilingnya. Jika diameter tiub yang menakung cecair ini cukup kecil, maka tegangan permukaan (hasil kejeleketan dalam cecair) dan rekatan antara cecair dan permukaan bekas akan menarik cecair naik ke atas.[2]

Kesan ini dapat dilihat misalnya dalam penarikan cecair oleh bebulu berus, peresapan oleh bahan berliang seperti kertas atau plaster dan sebagainya.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Fenomena ini disebabkan adanya gaya adhesi dan gaya kohesi yang menentukan tegangan permukaan zarah cecair.[3] Tegangan permukaan ini pengaruh besar terhadap kenaikan atau penurunan zat cair pada aluran bererambut (kapilari atau kapiler)[3] di mana ia bertindak sepanjang keliling permukaan yang menarik zat cair dengan gaya.[3] Dinding akan bertindak balas menarik zat cair ke atas dengan gaya yang sama besar.[3]

Pada keadaan setimbang, komponen vertikal gaya tarik dinding sebanding dengan berat air yang naik.[3] Permukaan air dan permukaan air raksa yang mengalami kenaikan atau penurunan juga merupakan akibat tegangan permukaan.[3]

Kejadian sehari-hari banyak yang memanfaatkan prinsip ini:[3]

  • Menaiknya minyak tanah yang digali melalui sumbu dapur,
  • Peresapan air dan unsur surih oleh tumbuhan melalui jaringan rerambut,
  • peresapan air oleh kertas atau kain mengelap (seperti tuala, juga merupakan peristiwa kapilaritas.[3]

Persamaan umum[sunting | sunting sumber]

Panjang naik atau turunnya zat cair dapat dinyatakan sebagai berikut:

di mana

adalah naik turunnya zat cair dalam rerambut (m)

adalah tegangan permukaan (N/m)

adalah sudut sentuhan atau kontak (°)

adalah jisim jenis cecair (kg/m3)

adalah kelajuan graviti (m/s2)

adalah jari-jari penampang pipa (m)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ruwanto, B. (2007). Asas-Asas Fisika. Jakarta: Yudhistira.
  2. ^ "Capillary Action – Liquid, Water, Force, and Surface – JRank Articles". Science.jrank.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2013. Dicapai pada 18 Jun 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d e f g h Pauliza O. 2008. Fisika Kelompok Teknologi dan Kesehatan. Bandung: Grafindo.