Titik Bermula (album Raja Ema)
Titik Bermula | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1988 | |||
Dirakamkan pada | 1987 | |||
Genre | Pop, Electropop, Balada | |||
Syarikat | EMI Music Malaysia | |||
Penerbit | Jenny Chin, Aman Shah, Billy Budiarjo & Fauzi Marzuki | |||
Kronologi Raja Ema | ||||
| ||||
Single daripada Titik Bermula | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Titik Bermula merupakan album ketiga Raja Ema yang diedarkan pada tahun 1988. Sepanjang tahun 1987, Raja Ema amat sibuk dalam dunia lakonan, kerana itu ia mengambil masa lebih satu tahun setengah untuk beliau kembali dengan album terbaru. Tetapi pada tahun 1988, pada usia 19 tahun Raja Ema mengambil masa bulan ramadan untuk merakamkan album, mungkin kerana itu di dalam kulit album yang bertajuk Titik Bermula ini Raja Ema kelihatan agak kurus.
Maklumat Album
[sunting | sunting sumber]Album ini merupakan satu anjakan permulaan kepada Raja Ema untuk beralih kepada musik dan lirik yang lebih matang, tetapi ia juga album terakhir Raja Ema bersama syarikat EMI Music (kontrak 5 tahun dari 1985-1989).
Album ini boleh dianggap album terbaik daripada album sebelumnya. Album ini mendapat sentuhan penerbit daripada Jenny Chin, Aman Shah, Billy Budiarjo dan Fauzi Marzuki, manakala lirik ditulis oleh Johan Nawawi dan Amran Omar. Vokal beliau juga lebih mantap dan penuh emosi seperti yang ditunjukkan daripada lagu Jawapan Pasti dan Naungan Sepi. Namun, seperti juga album terdahulu, lagu yang popular ialah lagu rancak berbanding lagu balada. Lagu Mentari Korea, sangatlah popular bukan sahaja kepada masyarakat Melayu tetapi juga Cina dan India. Ini dibantu oleh klip videonya yang dimainkan di kaca TV sepanjang bulan Olimpik Seoul 1988. Justeru, Raja Ema menjadi ambassador kepada atlet-atlet Malaysia yang bertanding di sukan tersebut.
Selain Mentari Korea, lagu lain yang turut mendapat tempat di hati pendengar ialah Naungan Sepi dan Pertemuan Seribu Kenangan. Raja Ema mencuba untuk kali terakhir mengikuti pertandingan Muzik-Muzik 1988 dengan lagu Naungan Sepi tetapi tidak berjaya. Secara peribadi Naungan Sepi adalah lagu balada terbaik Raja Ema. Album Titik Bemula memperdengarkan perubahan yang ketara dari segi muziknya, ini kerana penerbitnya ialah Jenny Chin yang banyak bertanggungjawab dengan album Sheila Majid. Lagu Pertemuan Seribu Kenangan menggunakan pendekatan muzik yang lebih moden dan mempunyai rentak jazz, manakala lagu Jawapan Pasti disemarakkan lagi dengan bunyi okestra. Sememangnya album ini merupakan pelaburan besar syarikat EMI kepada Raja Ema. Namun entah mengapa EMI tidak memperbaharui kontraknya, kerana tiada satu pun album Raja Ema yang kurang mendapat sambutan.
Mengecewakan Peminat
[sunting | sunting sumber]Sebagaimana Raja Ema mengecewakan peminatnya dengan tidak bertanding dalam Juara Lagu, Raja Ema sekali lagi berbuat demikian dengan tidak menyanyikan lagu Mentari Korea di upacara pembukaan Olimpik Seoul 1988, tetapi degantikan oleh kumpulan luar yang menyanyikan lagu tersebut dalam versi Inggeris.
Senarai Runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Titik Bermula" | ||
2. | "Oh Sayangku" | ||
3. | "Gelita Pandangan" | ||
4. | "Pertemuan Seribu Kenangan" | ||
5. | "Warna Cinta Pertama" | ||
6. | "Mentari Korea" | ||
7. | "Tika Mendungnya Impian" | ||
8. | "Jawapan Pasti" | ||
9. | "Kebebasan" | ||
10. | "Naungan Sepi" | ||
Carta Album
[sunting | sunting sumber]Carta (1988) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Album RIM | 1 |
Carta Single
[sunting | sunting sumber]Lagu | |
---|---|
Carta Muzik-Muzik (1988) | |
"Naungan Sepi" | 5 |