Titik tigaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam termodinamik, titik tigaan (triple point) sesuatu bahan ialah suhu dan tekanan di mana ketiga-tiga fasa (gas, cecair dan pepejal) bahan tersebut boleh wujud bersama-sama dalam keseimbangan termodinamik.[1] Misalnya, titik tigaan raksa berlaku pada suhu −38.8344 °C dan tekanan 0.2 mPa. Selain titik tigaan antara pepejal, cecair dan gas, terdapat juga titik tigaan yang melibatkan lebih daripada satu fasa pepejal bagi bahan-bahan dengan banyak polimorf. Helium-4 ialah keadaan istimewa yang menunjukkan titik tigaan yang melibatkan dua fasa bendalir berbeza (lihat titik lambda). Secara umumnya, bagi satu sistem dengan p fasa berkemungkinan, terdapat titik tigaan.[1]

Titik tigaan air digunakan untuk menakrifkan unit kelvin, unit asas SI bagi suhu termodinamik.[2] Angka yang diberikan bagi suhu titik tigaan air ialah takrifan tepat dan bukannya kuantiti yang diukur. Titik tigaan beberapa bahan digunakan untuk menakrifkan titik-titik dalam skala suhu antarabangsa ITS-90, daripada titik tigaan hidrogen (13.8033 K) hingga ke titik tigaan air (273.16 K).

Rujukan[sunting | sunting sumber]