Tokyo Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokyo Raya
Lokasi Tokyo Raya
Atas ke bawah: Pencakar langit di Shinjuku; lintasan jalan di Shibuya; kawasan sekitar Ginza
Atas ke bawah: Pencakar langit di Shinjuku; lintasan jalan di Shibuya; kawasan sekitar Ginza
Negara Jepun
Bandaraya UtamaTokyo (23 wad istimewa)
Yokohama
Kawasaki
Sagamihara
Saitama
Chiba
Keluasan
 • Metro
13,754 km2 (5,310 batu persegi)
Penduduk
 (Banci Kependudukan Jepun 2000)[1]
 • Metro
34,607,069
 • Kepadatan metro2,516/km2 (6,516/batu persegi)
KDNKanggaran 2005
Nominal[2]$1.488 trilion (¥164.02 trilion, Satu Metropolis dan Tiga Wilayah)
PPP$1.479 trilion[3] (1st)

Tokyo Raya ialah sebuah kawasan metropolitan besar yang terletak di kawasan Kantō, Jepun. Tokyo Raya terdiri daripada kebanyakan kawasan wilayah-wilayah Chiba, Kanagawa, Saitama, dan Tokyo (di tengah-tengah). Dalam bahasa Jepun, Tokyo Raya banyak gelarannya, termasuk Tōkyō-ken (Jepun: 東京圏, Rantau Tokyo), Shuto-ken (Jepun: 首都圏, Rantau Ibu Negara), Itto Sanken (Jepun: 一都三県, Satu Metropolis, Tiga Wilayah), dan lain-lain.

Pada tahun 2007, PBB menganggarkan jumlah penduduknya seramai 35,676,000 orang,[4] menjadikannya kawasan metropolitan yang paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo Raya meliputi kawasan seluas kira-kira 13,500 kilometer persegi (5,200 bt2),[5] menjadikan ketumpatan penduduknya pada 2,642 orang/km². Tokyo Raya ialah kawasan kedua terbesar di dunia dari segi jisim bumi terbina atau berfungsi bandar iaitu pada keluasan 7,800 kilometer persegi (3,000 bt2),[6] hanya mengekori kawasan bandar keliling Bandaraya New York pada 8,700 kilometer persegi (3,400 bt2).

Kawasan ini memiliki ekonomi metropolitan terbesar di dunia. Satu Metropolis, Tiga Wilayah, salah satu takrifan bagi kawasan Tokyo Raya ini, mencatat jumlah KDNK (nominal) lebih kurang AS$1.5 trilion (164 trilion yen[7]) pada tahun 2005. Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, pengelompokan Tokyo ini mencatat jumlah KDNK pada AS$1.479 trilion pada tahun 2008 (mengikut pariti kuasa beli), menjadikannya KDNK pengelompokan bandar terbesar di dunia.[3]

Bandaraya[sunting | sunting sumber]

(populasi melebihi 300,000 dinyatakan)

Bandaraya dalam Tokyo[sunting | sunting sumber]

Mengikut undang-undang, Tokyo dikelaskan sebagai to (Jepun: ), atau diterjemahkan sebagai "metropolis," dan juga dilayan seperti salah satu daripada 47 wilayah Jepun. Tokyo tidak ditadbir seperti bandaraya tunggal.

Tokyo

Metropolis Tokyo Timur[sunting | sunting sumber]

Pusat Bandaraya Tokyo yang terletak di kawasan timur Metropolis Tokyo, pernah sekali diperbadankan sebagai Bandaraya Tokyo yang dibubarkan ketika Perang Dunia Kedua. Subbahagiannya telah digolongkan semula sebagai wad istimewa (Jepun: 特別区, Hepburn: tokubetsu-ku). 23 wad istimewa ini kini menikmati sah menikmati status bandaraya dengan datuk bandar dan majlis bandar tersendiri, sehingga menggelar diri sebagai "bandaraya". Namun begitu, dalam senarai bandaraya terbesar di Jepun, jumlah 23 wad istimewa Tokyo ini sering dikira sekali sebagai sebuah bandaraya.

Metropolis Tokyo Barat[sunting | sunting sumber]

Hachiōji

Tokyo Barat, atau juga dikenali sebagai Kawasan Tama (Jepun: 多摩地域, Hepburn: Tama-chiiki) merangkumi sebilangan kawasan perbandaran, termasuk kawasan subbandar berikut:

Bandaraya luar Tokyo[sunting | sunting sumber]

Chiba
Kawasaki
Saitama
Yokohama

Bandaraya-bandaraya teras di luar Metropolis Tokyo dalam lingkungan Tokyo Raya ialah:

Bandaraya lain di Wilayah Chiba, Kanagawa dan Saitama termasuk:

Sumber: Banci Kependudukan Jepun 2005

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biro Statistik Jepun
  2. ^ 都道府県 平成 92,269,424'
  3. ^ a b "Global city GDP rankings 2008-2025". Pricewaterhouse Coopers. Dicapai pada 27 November 2009.
  4. ^ "World Urbanization Prospects, 2007 revision (online data)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada 2010-03-11.
  5. ^ "Japan Statistics Bureau - Keihin'yō Major Metropolitan Area". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-10. Dicapai pada 2010-03-11.
  6. ^ demographia.com - World urban areas
  7. ^ 都道府県 平成 92,269,424'