Yen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Yen Jepun)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yen
日本円 (Jepun)
JPY coins 2.png
Duit syiling yen
ISO 4217
Kod JPY
Nombor 392
Eksponen 0
Jenis mata wang
Subunit
1100 sen
11000 rin
Bentuk jamak Bahasa bagi mata wang ini tidak mempunyai perbezaan jamak morfologi.
Simbol mata wang ¥ (antarabangsa)
(Jepun—kini)
(Jepun—dahulu)
Wang kertas ¥1000, ¥2000, ¥5000, ¥10,000
Duit syiling ¥1, ¥5, ¥10, ¥50, ¥100, ¥500
Pengguna rasmi  Jepun
Pengguna tidak rasmi  Zimbabwe[1][2]
Pengeluaran
Bank pusat Bank Jepun
 Laman sesawang www.boj.or.jp
Pihak pencetak Brio Percetakan Jepun
 Laman sesawang www.npb.go.jp
Kilang Japan Mint
 Laman sesawang www.mint.go.jp
Nilai
Inflasi 0.3% pada Januari 2017
 Sumber Statistics Japan,[3] Mac 2016
sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan matawang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro.[4] Matawang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.

Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman matawang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Matawang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen: (1, 圓), sen (1/100, 錢), dan rin (1/1000, 厘), dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. (Unit sen dan rin dikeluarkan dari peredaran pada 1954.) Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy aun (26.956 g) perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Meskipun para penutur bahasa Jepun menyebut matawang ini sebagai "en", nama matawang ini dieja sedemikian dengan huruf 'y' kerana mengikut sebutan zaman Edo yang dituliskan pelawat yang bertutur Inggeris serta mubaligh-mubaligh Krisitian Portugis, di mana fonem /je/ masih wujud dalam bahasa Jepun ketika itu sehingga ia berubah menjadi fonem /e/.[5]

Perkataan 'yen' pada asalnya ditulis sama dengan perkataan 'yuan' daripada unit mata wang China iaitu yuan (Cina tradisional: pinyin: yuán). Kini, perkataan 'yen' ditulis dengan aksara yang diringkaskan iaitu 円.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Meiji Jepun menerima suatu unit wang yang didasarkan kepada perak selepas penggunaan Dolar Sepanyol yang begitu meluas di sepanjang rantau Asia —yang turut didahulukan oleh kerajaan jajahan Hong Kong antara 1866 sehingga 1869— melalui suatu akta yang dikuatkuasakan pada 27 Jun 1871.[6]

Unit sen dan rin dihentikan edarannya pada hujung 1953.[7]

Duit-duit syiling dan kertas yang berada di peredaran adalah seperti berikut: duit syiling 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, dan 500 yen. Duit kertas ialah 1000 yen, 2000 yen, 5000 yen dan 10000 yen.

Pada 21 Oktober 2011, rekod tertinggi Yen adalah pada 75.78 JPY terhadap 1 USD.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zimbabwe Switches to Yuan as Reserve Currency". VOA. 3 Januari 2016. 
  2. ^ "New coins to help ease Zimbabwe cash crunch". Daily Mail. AFP. 5 December 2014. 
  3. ^ "Statistics Bureau Home Page/Consumer Price Index". Stat.go.jp. Dicapai pada 12 Jun 2016. 
  4. ^ "Foreign exchange turnover in April 2013: preliminary global results" (PDF). Bank for International Settlements. Dicapai pada 7 Februari 2015. 
  5. ^ Shinkichi Hashimoto (1950). "国語音韻の変遷" [Sejarah Fonologi Bahasa Jepun] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Iwanami Shoten. 
  6. ^ A. Piatt Andrew, Quarterly Journal of Economics, "The End of the Mexican Dollar", 18:3:321–356, 1904, p. 345
  7. ^ A law of the abolition of currencies in a small denomination and rounding off a fraction, July 15, 1953 Law No.60 (小額通貨の整理及び支払金の端数計算に関する法律 Shōgakutsūka no seiri oyobi shiharaikin no hasūkeisan ni kansuru hōritsu?))
  8. ^ Risk Rally Pummels Dollar, Yen Hits Record High

Pautan luar[sunting | sunting sumber]