Tom Hardy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tom Hardy
Tom Hardy TIFF 2014.jpg
Hardy pada tahun 2014
KelahiranEdward Thomas Hardy
(1977-09-15) 15 September 1977 (umur 42)
Hammersmith, London, England
PekerjaanPelakon, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif2001–sekarang
PasanganSarah Ward (k. 1999; c. 2004)
Charlotte Riley (k. 2014)
PasanganRachael Speed (2004–2009)
Anak2

Edward Thomas "Tom" Hardy[1] (born 15 September 1977)[2] ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Inggeris. Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam filem 2001, Black Hawk Down. Antara filem-filem Hardy yang lain termasuk Star Trek: Nemesis (2002), RocknRolla (2008), Bronson (2008), Inception (2010), Warrior (2011), Tinker Tailor Soldier Spy (2011), Lawless (2012), Locke (2013), The Drop (2014) dan The Revenant (2015) dimana untuk itu beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Beliau juga melakonkan watak Bane dalam The Dark Knight Rises (2012), "Mad" Max Rockatansky dalam Mad Max: Fury Road (2015), kembar Kray dalam Legend (2015).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hardy dilahirkan di Hammersmith, London,[3] satu-satunya anak kepada Anne (née Barrett)[4] dan Edward "Chips" Hardy.[5] Beliau dibesarkan di Sheen Timur, London.[6] Beliau belajar di Sekolah Tower House dan Sekolah Reed, kemudiannya di Sekolah Drama Richmond Drama disusuli dengan Pusat Drama London.[7]

Karier[sunting | sunting sumber]

1998–2009[sunting | sunting sumber]

Hardy menyertai Pusat Drama London pada bulan September 1998 dan dikeluarkan lebih awal selepas mendapat watak John Janovec dalam minisiri HBO-BBC, Band of Brothers.[8] Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam filem 2001, Black Hawk Down.[9] Pada tahun 2003, Hardy muncul dalam filem dot the i dan kemudiannya pergi ke Afrika Utara untuk Simon: An English Legionnaire. Pada tahun yang sama, beliau muncul sebagai Shinzon dalam Star Trek: Nemesis.[10] Beliau kembali ke England untuk tampil dalam filem 2003, LD 50 Lethal Dose.[11]

Hardy muncul dalam minisiri BBC 2005 BBC, The Virgin Queen sebagai Robert Dudley.[12] Hardy juga muncul dalam A for Andromeda.[13] Pada tahun 2007, beliau muncul dalam drama BBC Two, Stuart: A Life Backwards sebagai Stuart Shorter.[14] Pada bulan Februari 2008, beliau mempunyai peranan dalam filem British, WΔZ.[15] Pada bulan September 2008, beliau muncul dalam RocknRolla sebagai Handsome Bob.[16] Pada awal tahun 2009, Hardy membintangi Bronson. Pada bulan Jun 2009, Hardy membintangi The Take. Pada bulan Ogos 2009, beliau muncul dalam siri ITV, Wuthering Heights sebagai Heathcliff.[17][18]

2010–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, beliau membintangi sebagai Eames dalam filem sains fiksyen Christopher Nolan, Inception dimana beliau memenangi anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA. Hardy menggantikan Michael Fassbender dalam Tinker Tailor Soldier Spy.[19] Hardy membintangi sebagai Tommy Riordan dalam Warrior. Filem ini ditayangkan pada 9 September 2011 oleh Lionsgate Films. Hardy juga membintangi This Means War, sebuah filem romantik komedi 2012. Beliau melakonkan watak Bane dalam The Dark Knight Rises. Beliau juga mempunyai peranan dalam Lawless (2012).[20] Hardy telah menandatangani untuk melakonkan watak Sam Fisher dalam filem adaptasi siri permainan video, Tom Clancy's Splinter Cell.[21][22] Beliau juga muncul dalam video muzik Riz Mc untuk lagu "Sour Times".[23]

Hardy melakonkan watak Max Rockatansky dalam filem 2015, Mad Max: Fury Road.[24] Lakonannya dipuji oleh pengkritik[25][26] dan filem ini menerima pujian meluas serta mencapai kejayaan box office.[27]

Hardy juga muncul dalam siri BBC One, Taboo. Pada tahun 2015, beliau membintangi sebagai Reggie dan Ronnie Kray dalam filem thriller jenayah, Legend.[28] Pada 7 Disember 2015, Hardy memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filem Bebas British untuk lakonannya sebagai kembar Kray dan pada malam yang sama, beliau menghadiri pembukaan filem thriller, The Revenant di Dataran Leicester, London.[29]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hardy berkahwin dengan Sarah Ward pada tahun 1999 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2004. Beliau mempunyai seorang anak lelaki, Louis Thomas (lahir 2008),[30] bersama teman wanitanya, Rachael Speed, dimana beliau mempunyai hubungan bersama dari tahun 2004 sehingga 2009.[31]

Pada tahun 2009, Hardy memulakan hubungan bersama pelakon, Charlotte Riley. Pasangan ini bertunang pada tahun 2010 dan berkahwin pada bulan Julai 2014.[32][33] Pada bulan Oktober 2015, pasangan ini melahirkan anak pertama mereka.[34][35]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 Black Hawk Down Spc. Lance Twombly Dikredit sebagai Thomas Hardy
2002 Star Trek: Nemesis Shinzon
2003 Reckoning, TheThe Reckoning Straw
2003 dot the i Tom
2003 LD 50 Lethal Dose Matt
2004 Layer Cake Clarkie
2006 Minotaur Theo
2006 Marie Antoinette Raumont
2006 Scenes of a Sexual Nature Noel
2007 Flood Zack
2007 WΔZ Pierre Jackson
2007 Inheritance, TheThe Inheritance Ayah
2008 Sucker Punch Rodders
2008 RocknRolla Handsome Bob
2008 Bronson Charles Bronson/Michael Peterson
2009 Thick as Thieves Det. Michaels
2009 Perfect Doktor Filem pendek
2010 Inception Eames
2011 Sergeant Slaughter, My Big Brother Dan Filem pendek
2011 Tinker Tailor Soldier Spy Ricki Tarr
2011 Warrior Tommy Riordan Conlon
2012 This Means War Tuck Hansen
2012 Dark Knight Rises, TheThe Dark Knight Rises Bane
2012 Lawless Forrest Bondurant
2013 Locke Ivan Locke
2014 The Drop Bob Saginowski
2015 Child 44 Leo Demidov
2015 Mad Max: Fury Road Max Rockatansky
2015 London Road Mark
2015 Legend Ronald Kray / Reginald Kray
2015 The Revenant John Fitzgerald

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 Band of Brothers Pfc. John Janovec 2 episod
2005 Colditz 2nd Lt. Jack Rose 2 episod
2005 Virgin Queen, TheThe Virgin Queen Robert Dudley, Earl of Leicester 3 episod
2005 Gideon's Daughter Andrew Filem televisyen
2006 A for Andromeda John Fleming Filem televisyen
2006 Sweeney Todd Matthew Filem televisyen
2007 Cape Wrath Jack Donnelly 5 episod
2007 Oliver Twist Bill Sikes 5 episod[36]
2007 Stuart: A Life Backwards Stuart Shorter Filem televisyen
2008 Wuthering Heights Heathcliff 2 episod
2009 Take, TheThe Take Freddie 4 episod
2013 Poaching Wars Diri sendiri 2 episod; juga penerbit eksekutif
2014 Peaky Blinders Alfie Solomons 5 episod
2016 Taboo James Keziah Delaney 8 episod; juga penerbit eksekutif dan penulis

Pentas[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2003 In Arabia We'd All Be Kings Skank Teater Hampstead[37]
2003 Blood Luca Teater Royal Court[38]
2007 The Man of Mode Dorimant Teater Kebangsaan[39]
2010 The Long Red Road Sammy Teater Goodman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hadfield, Tom (2011-08-25). "Tom Hardy timeline". Telegraph. Dicapai 2014-01-15. 
  2. ^ "Tom Hardy biography - Celebrity A-Zs GLAMOUR.com". Glamour.com UK. Dicapai 30 June 2013. 
  3. ^ Grainger, Lisa (2013-04-18). "Tom Hardy's Travelling Life". Telegraph. Dicapai 2014-01-15. 
  4. ^ "The U.K. movie star and the Vancouver tattoo artist he can't get enough of". The Globe and mail. 23 August 2012. Dicapai 20 June 2015. 
  5. ^ "From misfit to Mad Max". Taipei Times. 2014-01-09. Dicapai 2014-01-15. 
  6. ^ Head, Steve (9 December 2002). "An Interview with Tom Hardy". IGN. Dicapai 4 June 2011. 
  7. ^ "Tom Hardy Biography". Biography.com. Dicapai 25 June 2015. 
  8. ^ "Way Back When: Tom Hardy". screencrush.com. 8 November 2012. Dicapai 25 June 2015. 
  9. ^ "The Strange roles of Tom Hardy". /filmschoolrejects.com. Dicapai 25 June 2015. 
  10. ^ "Is Tom Hardy's 'Star Trek: Nemesis' screen test better than the finished film? -". Entertainment Weekly. 30 July 2012. Dicapai 25 June 2015. 
  11. ^ "An interview with Tom Hardy". ign.com. 9 December 2002. Dicapai 25 June 2015. 
  12. ^ "The Virgin Queen". bbc. Dicapai 25 June 2015. 
  13. ^ "A for Andromeda". bbc. Dicapai 25 June 2015. 
  14. ^ "The weekend's TV: Stuart: A Life Backwards". Guardian. 24 September 2007. Dicapai 25 June 2015. 
  15. ^ "WAZ". Empire. Dicapai 25 June 2015. 
  16. ^ "Handsome Devil". /www.out.com. 30 October 2008. Dicapai 25 June 2015. 
  17. ^ "Wuthering Heights "Is Mr. Heathcliff a Man?"". pbs.org. Dicapai 25 June 2015. 
  18. ^ "Heathcliff in Wuthering Heights". pbs.org. Dicapai 25 June 2015. 
  19. ^ "Tom Hardy Replaces Fassbender in Tinker, Tailor, Soldier, Spy". Comingsoon.net. 2010-09-03. Dicapai 2014-01-15. 
  20. ^ Zeitchik, Steven (7 December 2010). "Shia LaBeouf and Tom Hardy will be bootleggers". Los Angeles Times. Dicapai 10 February 2011. 
  21. ^ "Doug Liman To Helm 'Splinter Cell' With Tom Hardy". Deadline.com. 19 March 2014. Dicapai 20 June 2015. 
  22. ^ Graser, Marc (14 November 2012). "Tom Hardy game for 'Splinter Cell' movie". Variety. Dicapai 8 November 2013. 
  23. ^ "Riz MC - Sour Times". youtube. Dicapai 16 July 2015. 
  24. ^ Rosenberg, Adam. "Tom Hardy landing the starring role in "Mad Max: Fury Road" is an amazing turn of events for that franchise". moviesblog.mtv.com. Dicapai 3 March 2011. 
  25. ^ "Tom Hardy gives new life to 'Mad Max'". USA Today. 14 May 2015. Dicapai 16 July 2015. 
  26. ^ "Review: 'Mad Max: Fury Road' an 'out-of-control reboot'". canadaam.ctvnews.ca. 15 May 2015. Dicapai 16 July 2015. 
  27. ^ "Mad max Fury". rotten tomatoe. Dicapai 16 July 2015. 
  28. ^ "Legend imbd". 
  29. ^ "Tom Hardy wins Best Actor at British Independent Film Awards". Virgin Media. 11 December 2015. 
  30. ^ "Tom Hardy 'wasn't a fan of school'". Belfast Telegraph. March 14, 2014. Dicapai May 3, 2014. 
  31. ^ Davies, Serena (11 June 2009). "Interview: Tom Hardy, from East End gangster to romantic hero". The Daily Telegraph. UK: Telegraph Media Group Limited. 
  32. ^ Katy Forrester (21 September 2014). "Tom Hardy 'secretly married' fiancée Charlotte in France TWO months ago - they kept that quiet". Mirror. Dicapai 21 October 2014. 
  33. ^ Lauren Smith (22 September 2014). "Tom Hardy got married in secret - two months ago". Glamour. Dicapai 21 October 2014. 
  34. ^ Flint, Hannah. "Tom Hardy and Charlotte Riley welcome their first child". 
  35. ^ "Tom Hardy Expecting Second Child!". Dicapai 2015-09-03. 
  36. ^ "An Oliver for our times". The Daily Telegraph. 15 December 2007. Dicapai 25 June 2015. 
  37. ^ Billington, Michael (28 April 2003). "The Guardian: In Arabia, We'd All Be Kings". Guardian. Dicapai August 2, 2012. 
  38. ^ "Blood at the Royal Court Theatre". Royal Court Theatre. 2003. Dicapai May 3, 2014. 
  39. ^ "From rehab to Restoration comedy". The DailyTelegraph. 3 February 2007. Dicapai 20 June 2015. 

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]