Tony Tony Chopper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tony Tony Chopper
Watak One Piece
Tony Tony Chopper.jpg
Kemunculan pertama

Manga Bab #134
Anime Episod #81
Dicipta oleh

Eiichiro Oda
Profil
Nama panggilanPenggemar gula-gula kapas
SpesiesRusa kutub
JantinaJantan/lelaki
SaudaraDr Hirluk (bapa angkat)
Ganjaran

50 Beli
Buah Syaitan
Nama

Hito Hito no Mi
Jenis

Zoan
Kuasa

Menukar bentuk kepada manusia serta mendapat kecerdasan manusia.

Tony Tony Chopper (トニートニー・チョッパー, Tonī Tonī Choppā) merupakan watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan ahli kelima dan doktor Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Tony Tony Chopper merupakan ahli yang pertama dari kalangan haiwan yang dijemput menyertai Luffy setelah mereka menjejakkan kaki ke laut Grand Line. Chopper berasal dari spesis rusa kutub tetapi memiliki kelainan kerana lahir dengan hidung berwarna biru. Dia memakai seluar pendek dengan topi merah dan seringkali menggalas beg sandang yang diisi dengan buku perubatan, kelengkapan kecemasan dah ubat ubatan.

Chopper berasal dari kerajaan Drum di sebuah pulau yang dituruni salji sepanjang masa. Warna hidungnya yang berlainan menyebabkan dia dipulaukan oleh kumpulan rusa sejenisnya. Setelah memakan buah syaitan jenis manusia, dia mula memiliki ciri-ciri manusia, berjalan dengan 2 kaki dan bertutur bahasa manusia, namun perubahannya tidak lengkap sepenuh. Walaupun tanduknya telah hilang, dia masih lagi dilitupi bulu rusa dan hidung birunya masih kekal kelihatan menjadikan rupanya ganjil dan disalah anggap makhluk raksasa yang menakutan walaupun hakikatnya dia sangat peramah. Dia seringkali menjadi buruan manusia yang takutkan rupanya.

Chopper melalui kisah silam yang agak menyayat hati, setelah disisihkan dari kaum sejenisnya, dia mula menghampiri kelompok manusia dengan penampilan manusianya yang tidak sempurna, akibatnya dia telah diburu oleh mereka, dalam pelarian dia telah mengalami kecederaan yang serius daripadan kesan tembakan, semenjak itu dia mula tidak mempercayai sesiapa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SBS:One Piece Manga - Vol.16 - Chapter 140, Fan question: What are Vivi-chan and Chopper's birthdays? Are they February 2nd for Vivi and December 24th for Chopper?((JP) ISBN 4-08-873045-3 (US) ISBN 1-4215-1093-6 )

Pautan luar[sunting | sunting sumber]