Usopp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Usopp
Watak One Piece
Usopp.jpg
Kemunculan pertama Manga Bab #23[1]
Anime Episod #8
Dicipta oleh Eiichiro Oda
Disuarakan oleh Kappei Yamaguchi
Profil
Gelaran "Raja Penembak Tepat" Sogeking
Spesies Manusia
Jantina Lelaki
Saudara Yasopp (bapa)
Banchina (ibu, telah meninggal)
Ganjaran 30,000,000 Beli (sebagai Sogeking)

Usopp (ウソップ, Usoppu) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan seorang ahli tembak dan anak kapal ketiga yang menyertai Monkey D. Luffy sebagai ahli Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Usopp memiliki sepasang mata yang bulat penuh, berambut kerinting hampir separas bahu dan batang hidung yang memanjang kehadapan.Ia menjadi tanda pengecamannya yang paling ketara dalam banyak keadaan. Seringkali kelihatan memakai bandana dengan sepasang cermin mata unik yang boleh dilaraskan. Dia membawa beg galas yang menyimpan segala macam peralatan untuk kegunaannya di sepanjang pengembaraan.

Usopp berasal dari sebuah kampung kecil yang aman damai di laut timur. Ayah Usopp merupakan seorang lanun yang hebat, anak kapal kepada Shanks berambut merah. Dia dan ibunya telah ditinggalkan oleh ayahnya untuk menyertai angkatan lanun. Usopp bagaimanapun sangat berbangga dengan kerjaya ayahnya dan bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya suatu masa nanti.

Usopp seorang yang licik, seringkali menggunakan tipu helah untuk mengenakan musuhnya, dia juga merupakan penempur jarak jauh yang hebat, kebolehannya dalam menganggar jarak menjadikan apa apa sahaja yang menjadi sasarannya sesuatu yang mustahil dielakkan. Dalam satu insiden, dia telah melepaskan serangan dan mengenai sasarannya dengan tepat walaupun berada di suatu kawasan yang jauh yang mana peluru tembakan juga tidak mampu untuk sampai. Usopp menggunakan hampir apa sahaja sebagai senjata, dia selalunya menggunakan lastik sebagai senjata kegemarannya, peluru lastiknya terdiri daripada seringkas ringkas telur busuk hinggalah bom aneka jenis yang sangat berbahaya. Antara kebolehan lain usopp termasuklah merekacipta pelbagai peralatan rumit untuk pelbagai tujuan.

Usopp mempunyai impian untuk menjadi pahlawan gagah berani di laut sepertimana ayahnya Yasopp

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ One Piece Manga - Vol.3 - Chapter 23 (((JP) ISBN 4-08-872569-7 (US) ISBN 1-59116-184-3 )

Pautan luar[sunting | sunting sumber]