Senarai watak One Piece

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siri manga dan anime One Piece mempunyai suatu kumpulan watak yang banyak direka oleh Eiichiro Oda. Siri ini berlatarkan sebuah dunia fiksyen yang mempunyai banyak lanun, askar, revolutioner dan pengembara lain bertarung sesama sendiri, menggunakan pelbagai kuasa luar biasa. Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan sebuah kumpulan lanun mencari harta karun bernama One Piece.

Watak utama dalam ,One Piece ialah Monkey D. Luffy, lanun muda yang bercita-cita untuk mencontohi Gol D. Roger, Raja Lanun yang telah meninggal dunia, dengan mencari harta karun "One Piece". Dalam perkembangan siri ini, Luffy membentuk sebuah kumpulan lanun, dipanggil Lanun Topi Jerami. Ahli-ahlinya ialah seorang pemegang tiga pedang iaitu Roronoa Zoro, pencuri licik dan pakar pengemudi kapal iaitu Nami, penembak yang penakut dan pencipta iaitu Usopp, chef dan ahli mempertahankan diri iaitu Sanji, doktor yang berupa rusa iaitu Tony Tony Chopper, ahli arkeologi Nico Robin, pembuat kapal yang berupa siborg iaitu Franky, tengkorak hidup yang bermain muzik iaitu Brook, dan Jimbei si manusia ikan.

Watak protagonis[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Luffy

Watak protagonis dalam One Piece ialah sebahagian daripada Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates), sebuah kumpulan lanun yang terdiri daripada sembilan orang yang belayar dari East Blue ke Grand Line selepas mendengar tentang sebuah lagenda harta karun One Piece. Namun, semasa mencari harta karun itu, mereka bertembung dengan Kerajaan Dunia (World Government) yang mengganggu perjalanan mereka dan meletakkan ganjaran kepada sesiapa yang menangkap mereka. Asalnya ahli kumpulannya hanya terdiri daripada Monkey D. Luffy seorang, tetapi bilangan ahli kumpulan bertambah kepada sepuluh apabila cerita berjalan. Nama kapal pertama mereka ialah Going Merry; apabila ia rosak dan tidak boleh dibaiki, mereka mendapat kapal baru bernama Thousand Sunny. Tahap kekuatan mereka dalam teknik pertempuran amat tinggi dari orang biasa. Setiap ahli mempunyai ganjaran ke atas kepala mereka diturunkan oleh Kerajaan Dunia , dengan menggunakan mata wang Beri, pada masa ini jumlah keseluruhan ganjaran semua ahli ialah 3.969.000.100.'Beri.

Antara ahli-ahli dalam Lanun Topi Jerami:-

Monkey D. Luffy[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Luffy, yang juga dikenali sebagai Budak Topi Jerami dan Budak Getah, ialah kapten Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates) dan watak utama One Piece. Dalam permulaan cerita, dia secara tidak sengaja makan Buah Getah (Inggeris:Gum-Gum Fruit Jepun:Gomu Gomu No Mi), sebuah Buah Devil yang menyebabkan badannya mempunyai ciri-ciri getah. Selain kebolehan buah devilnya, dia juga mempunyai kuasa tiga jenis Haki. Nilai ganjaran ialah 500,000,000 beri setelah menewaskan Doflamingo dari Shichibukai. Akibat menjatuhkan perniagaan Doflamingo, menyebabkan dia menjadi buruan salah satu Yonkou, yaitu Kaido.

Setelah menyelamatkan sanji dan keluarganya, mengacau di wilayah Yonkou Big Mom, dan mengalahkan 2 dari 3 komandan manis Yonko Big Mom, Bajak Laut Topi Jerami mendapat kenaikan harga buruan. Sekarang harga buruan Luffy adalah 1.500.000.000. Akibat dari insiden itu ia kini menjadi pusat perhatian bagi para Yonkou lain, Pemerintah Dunia, dan seluruh lautan.

Roronoa Zoro[sunting | sunting sumber]

Roronoa Zoro, atau nama samaran "Pemburu Lanun" Zoro (Inggeris: "Pirate Hunter" Zoro, Jepun: Kaizoku-Gari no Zoro) ialah pemedang yang berlawan dengan tiga pedang, dengan memegang pedang ketiga di mulut. Untuk mengotakan janjinya kepada sahabat lamanya, Kuina, dia berhasrat untuk menjadi pemedang terhebat dunia dengan mengalahkan Dracule Mihawk. Zoro pernah menjadi pemburu lanun untuk menampung perbelanjaan hidup sebelum berjumpa dengan Luffy. Nilai ganjaran ialah 320,000,000 beri.

Nami[sunting | sunting sumber]

Nami ialah jurumudi dan pencuri dalam Lanun Topi Jerami. Dia mempunyai kebolehan untuk mengesan dan menganalisa perubahan cuaca. Dia juga seorang penyelop saku yang licik. Impiannya ialah untuk melukis peta seluruh dunia. Dalam cerita, Nami berlawan menggunakan kayu unik yang boleh dibengkokkan. Nilai ganjaran ialah 66,000,000 beri.

Usopp[sunting | sunting sumber]

Usopp yang mempunyai samaran Dewa Usopp (Inggeris:God Usopp) ialah penembak dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang pembohong tetapi hampir kesemuanya menjadi kenyataan, pencipta berbakat dan pelukis yang berkebolehan. Senjata utamanya ialah lastik diberi nama Kuro Kabuto, yang dia gunakan untuk tembak menggunakan peluru pop green. Nilai ganjaran ialah 200,000,000 beri kerana gambar buruan digerunkan kerajaan dunia.

Sanji[sunting | sunting sumber]

Sanji ialah seorang chef dalam Lanun Topi Jerami. Dia tahu tentang bagaimana rasanya kelaparan daripada pengalamannya sendiri, jadi dia tidak akan menolak makanan yang diberi. Dia juga seorang yang sangat hormat terhadap wanita, baik kawan mahupun musuh. Impiannya ialah untuk mencari All Blue, sebuah laut lagenda, yang mempunyai semua spesies ikan di dalamnya. Sanji hanya menggunakan tendangan apabila berlawan. Dia memberitahu bahawa tangan seorang chef amat berharga dan tidak harus digunakan apabila berlawan. Nilai ganjaran ialah 177,000,000 beri. Gambar buruan mengguanakan gambar dirinya, bukan gambar lukisan yang digunakan sebelum ini. Sanji hanya boleh tangkap hidup-hidup oleh kerajaan dunia dan askar laut kerana ada sebab-sebab tertentu. Setelah insiden di Whole Cake Island, ia memiliki nilai buruan sebesar 330.000.000.

Tony Tony Chopper[sunting | sunting sumber]

Tony Tony Chopper ialah doktor dalam Lanun Topi Jerami. Dia ialah seekor rusa kutub dan bertemu dengan Luffy semasa Lanun Topi Jerami singgah di Drum untuk mencari doktor bagi menyelamatkan Nami. Dia telah memakan Buah Hito Hito (Jepun: ヒトヒトの実, Hepburn: Hito Hito no Mi) yang menukar pemakannya menjadi orang. Nilai ganjaran ialah 100,000,000,0 beri.

Nico Robin[sunting | sunting sumber]

Nico Robin ialah ahli arkeologi dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang yang dikehendaki oleh Kerajaan Dunia sejak dia berumur 8 tahun. Robin telah memakan Buah Hana Hana (Jepun: ハナハナの実) yang membolehkan mana-mana bahagian badannya tumbuh pada mana-mana benda hidup lain. Nilai ganjaran ialah 130,000,000 beri.

Franky[sunting | sunting sumber]

Franky ialah seorang cyborg yang merupakan tukang kapal bagi Lanun Topi Jerami. Dua tahun kemudian, hampir seluruh badannya diubahsuai menjadi cyborg bersenjata canggih. Nilai ganjaran ialah 94,000,000 beri.

Brook[sunting | sunting sumber]

Brook seorang lanun dan juga pemuzik yang telah memakan Buah Yomi Yomi (Jepun: ヨミヨミの実, Hepburn: Yomi Yomi no Mi), buah syaitan jenis Paramecia yang membolehkan pemakannya hidup semula setelah mati sekali dan rohnya tinggal pada jasadnya. Di samping itu, Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal. Dua tahun selepas Perang Terhebat, Brook telah berjaya mempelajari kuasa baru bagi Buah Yomi Yomi yang membolehkan rohnya meninggalkan jasad. Nilai ganjaran ialah 83,000,000 beri.

jimbei[sunting | sunting sumber]

Jimbei (juga Jinbe; ジンベエ Jinbē? ) adalah seorang manusia ikan spesies jerung paus, bekas seorang Shichibukai dan kapten kedua kelompok lanun Matahari setelah Fisher Tiger. Gelar Shichibukainya dicabut kerana menolak mengikut serta dalam perang melawan "Si Janggut Hitam, serta secara terang-terangan membantu Monkey D. Luffy dan lanun "Si Janggut Putih". Namanya disebutkan pertama kali oleh Yosaku setelah Cerita Baratie Chapter 69 sebagai seorang Shichibukai, namun penampakannya baru muncul dalam Cerita Impel Down Chapter 528 sebagai Shichibukai terakhir yang diperkenalkan. Ia kemudian bersekutu dengan Luffy dan kru topi jerami melawan pemberontakan lanun Manusia Ikan Baru dan Vander Decken IX terhadap Kerajaan Ryugu. Jimbei bahkan diajak bergabung dengan kru topi jerami, namun menolak kerana masih memiliki urusan yang belum selesai dengan Big Mom. Menurut anggota kru lanun Manusia Ikan Baru, ia memiliki nilai buruan lebih dari 400.000.000. setelah kejadian di Pulau Whole Cake, dia telah menyertai laun topi jerami, menyebabkan dia menjadi ahli kesepuluh dalam lanun topi jerami,iaitu setelah Brook.

Tujuh Panglima Perang Laut[sunting | sunting sumber]

  • Shichibukai (Jepun: 七武海, Hepburn: Shichibukai, bermaksud Tujuh Panglima Laut) yang terdiri daripada Mihawk, Jimbei, Crocodile (diganti oleh Si Janggut Hitam, kemudian meletakkan jawatan semula), Boa Hancock, Gecko Moria, Dolflamingo, Law, Teach, Kuma dan Buggy.

Empat Maharaja[sunting | sunting sumber]

  • Yonkou (Jepun: 四皇, Hepburn: Yonkō, bermaksud Empat Maharaja) yang terdiri daripada Shanks, Newgate, Marshall D. Teach (menggantikan tempat Edward Newgate), Kaidou dan Charlotte Linlin.

Lanun Big Mom[sunting | sunting sumber]

Lanun Binatang Buas[sunting | sunting sumber]

Lanun Si Rambut Merah[sunting | sunting sumber]

Portgas D. Ace[sunting | sunting sumber]

Portgas D. "Penumbuk Berapi" Ace ialah abang angkat Monkey D. Luffy. Dia telah bertarung dengan Marshall D. Teach dan kalah. Marshall D. Teach telah menyerahkannya kepada Kerajaan Dunia (Jepun: 世界政府, Hepburn: Sekai Seifu) bagi mendapatkan habuan dan sebagai tiket untuknya menjadi salah seorang Shichibukai. Ace mendapat hukuman bunuh dan semasa hukuman, Lanun Whitebeard dan Luffy cuba menyelamatkannya namun dia masih mati dibunuh oleh Akainu walaupun Luffy telah berjaya membebaskannya.

Lanun Si Janggut Putih[sunting | sunting sumber]

Lanun Si Janggut Hitam[sunting | sunting sumber]

Lanun lain[sunting | sunting sumber]

Lanun Arlong[sunting | sunting sumber]

Arlong[sunting | sunting sumber]

Arlong ialah kapten Lanun Orang Ikan (Jepun: 魚人海賊団, Hepburn: Gyojin Kaizoku-dan) yang telah menakluk kampung halaman Nami tetapi telah dikalahkan oleh Luffy. Arlong dan Jinbei, bekas Shichibukai, dahulunya dalam kumpulan lanun yang sama dan berkaptenkan Fisher Tiger (Jepun: フィッシャー・タイガー, Hepburn: Fisshā Taigā).

Lanun Bellamy[sunting | sunting sumber]

Lanun Buggy[sunting | sunting sumber]

Buggy[sunting | sunting sumber]

Buggy si Badut Bintang ialah ketua Lanun Buggy. Dia ialah kawan Shanks, juga anak buah Gol D. Roger suatu masa dahulu. Selepas Perang Terhebat, dia senaraikan sebagai Shichibukai oleh Kerajaan Dunia.

Lanun Caribou[sunting | sunting sumber]

Lanun Don Quixote[sunting | sunting sumber]

Lanun Foxy[sunting | sunting sumber]

Lanun Kucing Hitam[sunting | sunting sumber]

Lanun Krieg[sunting | sunting sumber]

Lanun Manusia Ikan Baru[sunting | sunting sumber]

Lanun Matahari[sunting | sunting sumber]

Lanun Roger[sunting | sunting sumber]

Gol D. Roger[sunting | sunting sumber]

Gol D. Roger ialah Raja Lanun yang dihukum bunuh. Sebelum dia dihukum bunuh, dia mengumumkan bahawa segala hartanya, digelar One Piece ada di Grand Line. Tindakannya itu mencetuskan bermulanya Zaman Lanun Terhebat (Jepun: 大海賊時代, Hepburn: Dai Kaizoku Jidai).

Silvers Rayleigh[sunting | sunting sumber]

Silvers Rayleigh (Jepun: シルバーズ・レイリー, Hepburn: Shirubāzu Reirī) yang bergelar Raja Kegelapan (Jepun: 冥王, Hepburn: Mei-Ō) ialah bekas rakan pertama Raja Lanun, Gol D. Roger. Raleigh tidak mempunyai kuasa buah syaitan tetapi seorang pengguna Haki yang mahir, malahan memiliki kuasa Haki Warna Raja Agung (Jepun: 覇王色の覇気, Hepburn: Haō-shoku no Haki). Dialah orang yang telah mengajar Monkey D. Luffy menggunakan kesemua tiga jenis Haki dan menganggap Luffy sebagai perantisnya.

Lanun Rocks[sunting | sunting sumber]

Lanun Thriller Bark[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Dunia[sunting | sunting sumber]

Naga Langit[sunting | sunting sumber]

  • Gorosei (Jepun: 五老星, Hepburn: Gorōsei, bermaksud Lima Bintang Tua) – watak jahat terkuat dalam One Piece.

Angkatan Laut[sunting | sunting sumber]

  • Angkatan Laut Tertinggi - Laksamana Angkatan - Sengoku si Budhha
  • Tiga Laksamana iaitu Aokiji (Camar Biru), Kizaru (Monyet Kuning) dan Akainu (Anjing Merah).

Monkey D. Garp[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Garp ialah datuk kandung Monkey D. Luffy dan datuk angkat Portgas D. Ace. Dia ialah seorang Askar Laut berpangkat Laksamana Madya tetapi selepas Perang Terhebat dia meletakkan jawatan tetapi masih menjadi seorang pengajar bagi Askar-askar Laut yang masih baru.

Smoker[sunting | sunting sumber]

Smoker Si Pemburu Putih (Jepun: 白猟のスモーカー, Hepburn: Hakuryō no Sumōkā) ialah seorang Askar Laut yang memburu Luffy sejak Luffy menjejakkan kaki di Loguetown sehingga kini. Dia dulunya berpangkat Kapten kemudiannya menjadi Komodor dan kini sebagai Laksamana Madya. Dia memakan Buah Moku Moku (Jepun: モクモクの実, Hepburn: Moku Moku no Mi), buah syaitan jenis Logia, yang membolehkan orang yang memakannya bertukar menjadi asap.[1]

Tashigi[sunting | sunting sumber]

Tashigi ialah seorang Askar Laut yang berpangkat Kapten dan juga seorang pemedang. Dia berkhidmat di bawah Smoker Si Pemburu Putih.

Sengoku[sunting | sunting sumber]

Sengoku si Buddha ialah seorang Askar Laut dan merupakan Laksamana Armada bagi Angkatan Laut.

Kumpulan dan organisasi lain[sunting | sunting sumber]

Baroque Work[sunting | sunting sumber]

Sir Crocodile[sunting | sunting sumber]

Sir Crocodile seorang bekas Shibukai dan orang yang ingin menakluki sebuah pulau yang bernama Alabasta tetapi dihalang oleh Monkey D. Luffy. Dia memakan buah syaitan jenis Logia Suna Suna yang membolehkannya bertukar menjadi pasir. Dia ialah bekas ketua bagi Baroque Works yang telah bubar dan nama kodnya pada masa itu ialah Mr. 0. Dia bekerjasama dengan Luffy dalam cubaan mereka untuk membebaskan diri dari Impel Down dan turut serta dalam perang hebat antara Marin dan Lanun Whitebeard.

Nefertari Vivi[sunting | sunting sumber]

Nefertari Vivi ialah seorang puteri dari negara Alabasta yang tidak sengaja berjumpa dengan Monkey D. Luffy dan rakan-rakannya. Dia juga talah meminta Luffy dan rakan-rakannya membantunya menyelamatkan negaranya daripada Crocodile. Semasa mula-mula bertemu dengan Luffy dan anak kapalnya, Vivi sedang dalam penyamaran dan menggunakan nama Miss Wednesday.

Tentera Revolusi[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Dragon[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Dragon ialah ayah kepada Monkey D. Luffy, seorang yang misteri, hanya muncul beberapa kali dan juga merupakan ketua Revolutionary.

sabo[sunting | sunting sumber]

Sabo adalah panglima tentera Revolusi dan kawan masa kecil Monkey D. Luffy dan Portgas D. Ace . Mereka bertiga lalu saling mengangkat saudara satu sama lain.Dia anak seorang bangsawan dari kerajaan Goa, namun lari dari rumah lalu hidup menggelandang di Terminal Grey. Impian Sabo yakni menjadi lanun yang bebas di lautan. Setelah timeskip Ia juga diakui sebagai "Nombor 2" dari seluruh organisasi,menjadikannya orang kedua dalam memerintah setelah Dragon sendiri. walaupun demikian, Sabo memutuskan untuk berlayar sebelum Ace dan Luffy, dan perahu nya dihancurkan oleh Naga Langit saat kemudian. Sabo diyakini telah meninggal akibat peristiwa ini, tapi entah bagaimana selamat dan bergabung dengan pasukan Revolusi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oda, Eiichiro. "Bermulanya sebuah Lagenda". Lagenda telah Bermula. One Piece. 12. Shueisha. Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan)