Tora Sudiro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tora Sudiro
Tora Sudiro.jpg
Kelahiran Taura Danang Sudiro
(1973-05-10) 10 Mei 1973 (umur 45)
Jakarta, Indonesia
Pekerjaan Pelakon, pelawak, pemuzik
Tahun aktif 2001 - kini
Pasangan Meika Amalia
Anak Jenaka Mahila Sudiro
Ibu bapa Tanto Sudiro (bapa)
Pinky Mardikusno (ibu)

Taura Danang Sudiro (lahir 10 Mei 1973) atau dikenali sebagai Tora Sudiro adalah seorang pelakon, pelawak dan pemuzik Indonesia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ia pernah memenangi Piala Citra sebagai Pelakon Utama Terbaik dalam Festival Filem Indonesia (FFI) pada tahun 2004 melalui filem Arisan! yang dibintanginya bersama Surya Saputra, Cut Mini, Aida Nurmala dan Rachel Maryam.

Dalam filem tersebut Tora memegang watak sebagai lelaki Gay. Di dalam filem itu dia disuruh melakukan babak ciuman dengan Surya Saputra. Sebuah babak cium antara lelaki dan lelaki tercatat kali pertama dalam sejarah filem indonesia. Pada tahun 2005 dan 2006 ia memenangi Piala Panasonic Awards sebagai pelakon terfavorite.

Sebelum masuk ke dalam filem, Tora adalah seorang pekerja asuransi sound engineer dan periklanan. Bahkan ia pernah bersekolah di Selandia Baru untuk belajar ilmu Sound Engineer tersebut. Ia pun tidak punya latar belakang dalam filem. Kali pertama lakonannya dalam filem ialah filem Tragedi pada tahun 2001. Tapi filem arahan Rudy Soedjarwo itu belum cukup untuk menaikkan namanya. Namanya mula terkenal setelah berlakon dalam filem Arisan! Pada tahun 2003. Setelah itu, ia pun mendapat tawaran berlakon dalam sinetron. Orang pun akrab dengan wajahnya di acara komedi entertainment iaitu Extravanganza di sebuah stesen television sastra. Dari situlah masyarakat pengemar television mula mengenalinya.

Ketika ini Tora aktif sebagai pengacara Indonesia's Got Talent di indosiar. Selain menjadi Pelakon ia juga pandai menyanyi dan bermain gitar dan telah membentuk kumpulan yang diberi nama "The Cast" bersama dua bekas anggota clubeighties iaitu Deddy Machendra Desta dan Vincent Ryan Rompies serta meriliskan single berjudul Diet.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tora ialah anak pertama daripada dua beradik dari pasangan Tanto Sudiro dengan Pinky Mardikusno. Kedua ibubapanya telah pun bercerai. Selepas itu, Ibunya menikah dengan pembalap Tinto Soeprapto dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Tania Soeprapto dan ibunya telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan kereta di Jawa Tengah.

Tora berstatus sebagai Duda setelah bercerai dengan Anggraini Kadiman pada 7 Ogos 2009. Pada akhir tahun 2009, Tora mengumumkan pernikahannya dengam lawan mainnya di acara Extravaganza iaitu Meike Amalia pada akaun twitter miliknya. Pada tarikh 21 Mac 2012 Tora dikurniakan anak perempuan ketiganya iaitu bernama Jenaka Mahila Sudiro.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Tragedi (2001)
  2. Arisan! (2003)
  3. Janji Joni (2005)
  4. Banyu Biru (2005)
  5. Ekspedisi Madewa (2006)
  6. D'Bijis (2007)
  7. Nagabonar Jadi 2 (2007)
  8. Quickie Express (2007)
  9. Otomatis Romantis (2008)
  10. Namaku Dick (2008)
  11. Tri Mas Getir (2008)
  12. Laskar Pelangi (2008)
  13. Cinlok (2008)
  14. Wakil Rakyat (2009)
  15. Benci Disko (2009)
  16. Krazy Crazy Krezy (2009)
  17. Breman In Love (2009)
  18. The God Babe (2010)
  19. Roman Picison (2010)
  20. Mafia Insyaf (2010)
  21. Perempuan-Perempuan Liar (2011)
  22. Arisan! 2 (2011)
  23. Kita Versus Korupsi (2012)
  24. Get Married (2013)
  25. Setelah 15 Tahun (2013)
  26. Malam Seribu Bulan (2013)
  27. Slank Nggak Ada Matinya (2013)
  28. Princess, Bajak Laut Dan Alien (2014)
  29. Kacaunya Dunia Persilatan (2015)

Sinetron[sunting | sunting sumber]

  • Malam Pertama (2003)
  • Bunda (2004)
  • Extravzaganza (2004)
  • Test Case (2005)
  • Dunia Tanpa Koma (2006)
  • Juni Di Bulan Juli (2006)
  • Para Pencari Tuhan (2008)
  • Udin Bui (2010)
  • Laki-Laki Lasut (2011)
  • Tendangan Si Madun Season 2 (2012)
  • Tukang Bubur Naik Haji The Series (2014)

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Frestea (2002)
  • Mie ABC (2005)
  • Suzuki ADV (2005)
  • Bank BuKopin (2007)
  • Rider (2008)
  • AC LG Hercules (2009)
  • Kia Motors (2010)
  • Biskuat Susu (2011)
  • Indomilk (2012)
  • Markizza (2013)
  • Sozzis (2014)
  • Top Coffee (2014)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Filem Keputusan
2004 Indonesian Film Festival Citra Award for Best Leading Actor Arisan! Menang
2007 Indonesian Film Festival Citra Award for Best Leading Actor Nagabonar Jadi 2 Dicalonkan
2007 Bandung Film Festival Best Leading Role Actor Nagabonar Jadi 2 Menang
2007 MTV Indonesia Movie Awards Most Favorite Actor Nagabonar Jadi 2 Menang
2007 Indonesian Movie Awards Favorite Leading Role Actor D'Bijis Menang
2012 Indonesian Movie Awards Best Leading Role Actor Arisan! 2 Dicalonkan
2012 Indonesian Movie Awards Favorite Leading Role Actor Arisan! 2 Dicalonkan
2012 Maya Cup Omnibus Best Actor Kita Versus Korupsi Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]