Touriya Haoud
Penampilan
Touriya Haoud-Vaughan | |
---|---|
Kelahiran | Touriya Haoud 1 Oktober 1977 |
Tahun aktif | 2001-kini |
Pasangan | Greg Vaughan (2006-kini) |
Anak-anak | Jathan James (2007) Cavan Thomas (2010) Landan Reid (2012) |
Touriya Haoud (Bahasa Arab: ثريا مهاود ; Bahasa Macedonia: Турија Хауд; lahir 1 Oktober, 1977) ialah seorang pelakon, model, dan penyanyi Amerika/Belanda, yang berketurunan Maghribi dan Macedonian. Beliau kini menetap di Los Angeles, California.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Haoud dilahirkan di Rhenen, Utrecht, Belanda.
Pada 4 Jun, 2006, beliau berkahwin dengan pelakon Amerika Syarikat, Greg Vaughan. Pada 4 Mei, 2007, Touriya melahirkan seorang anak lelaki, yang diberi nama Jathan James Vaughan. Pada 19 Januari, 2010, Touriya melahirkan anak lelaki kedua mereka, Cavan Thomas Vaughan. Pada 6 Mac, 2012, Touriya melahirkan anak lelaki ketiga mereka, Landan Reid.[1][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Baby #3 On The Way For GH Alum! Diarkibkan 2011-10-05 di Wayback Machine ABC Soaps in Depth
- ^ Greg Vaughan Welcomes Son Cavan Thomas, People.com