Train to Busan
Train to Busan | |
---|---|
Pengarah | Yeon Sang-ho |
Penerbit | Lee Dong-ha |
Penulis | Park Joo-suk |
Dibintangi oleh | |
Muzik oleh | Jang Young-gyu |
Sinematografi | Lee Hyung-deok |
Disunting oleh | Yang Jin-mo |
Syarikat penerbitan |
|
Pengedar | Next Entertainment World |
Mula ditayangkan |
|
Tempoh tayangan | 118 minit[1] |
Negara | ![]() |
Bahasa | Korea |
Pecah panggung | $87.5 juta[2] |
Train to Busan (Hangul: 부산행; RR: Busanhaeng) ialah sebuah filem hantu ngeri Korea Selatan tahun 2016 diarahkan oleh Yeon Sang-ho. Filem ini dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi dan Ma Dong-seok.[3] Filem ini dibuka di Festival Filem Cannes 2016 pada 13 Mei.[4][5][6][7] Sebuah filem prekuel animasi, Seoul Station, juga diarahkan oleh Sang-ho ditayangkan tidak sampai sebulan kemudian.
Plot[sunting | sunting sumber]
Seok-Woo ialah seorang pengurus dana yang telah bercerai. Dia obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Untuk harijadinya, Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul. Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut. Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Gong Yoo sebagai Seok-woo
- Jung Yu-mi sebagai Seong-kyeong
- Kim Su-an sebagai Soo-an
- Ma Dong-seok sebagai Sang-hwa
- Kim Eui-sung sebagai Yon-suk
- Choi Woo-shik sebagai Yong-guk
- Ahn So-hee sebagai Jin-hee
- Choi Gwi-hwa sebagai lelaki gelandangan
- Jung Suk-yong sebagai Kapten KTX
- Ye Soo-jung sebagai In-gil
- Park Myung-sin sebagai Jong-gil
- Jang Hyuk-jin sebagai Ki-chul
- Kim Chang-hwan sebagai Kim Jin-mo
- Shim Eun-kyung sebagai wanita yang melarikan diri
Penerimaan[sunting | sunting sumber]
Box office[sunting | sunting sumber]
Train to Busan membuat kutipan sebanyak $87.5 juta di seluruh dunia.[2] Filem ini mencatat rekod sebagai filem Korea dengan kutipan tertinggi di Malaysia.[8] Filem ini juga merekodkan lebih daripada 11 juta penonton di Korea Selatan.[9]
Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]
Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating penerimaan 96% berdasarkan 78 ulasan dengan purata rating 7.6 daripada 10. Metacritic pula memberikan filem ini purata skor 72 berdasarkan 15 ulasan.[10]
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Filem Asia ke–11 | Pelakon Lelaki Terbaik | Gong Yoo | Tercalon |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Ma Dong-seok | Tercalon | |
Penyunting Terbaik | Yang Jin-mo | Tercalon | |
Kesan Visual Terbaik | Jung Hwang-su | Tercalon | |
Pereka Kostum Terbaik | Kwon Yoo-jin, Rim Seung-hee | Tercalon | |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 | Filem Terbaik | Train to Busan | Tercalon |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Kim Eui-sung | Tercalon | |
Ma Dong-seok | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Jung Yu-mi | Tercalon | |
Pengarah Baru Terbaik | Yeon Sang-ho | Tercalon | |
Arahan Seni Terbaik | Lee Mok-won | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Park Joo-seok | Tercalon | |
Suntingan Terbaik | Yang Jin-mo | Tercalon | |
Sinematografi Terbaik | Lee Hyeong-deok | Tercalon | |
Pencahayaan Terbaik | Park Jeong-woo | Tercalon | |
Anugerah Teknikal | Kwak Tae-yong dan Hwang Hyo-gyoon (solekan istimewa) | Menang | |
Anugerah Pilihan Penonton untuk Filem Paling Popular | Train to Busan | Menang | |
Anugerah Filem Buil ke–25 | Filem Terbaik | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Kim Eui-sung | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Jung Yu-mi | Tercalon | |
Sinematografi Terbaik | Lee Hyeong-deok | Tercalon | |
Arahan Seni Terbaik | Lee Mok-won | Tercalon | |
Anugerah Seni Filem Yu Hyun-mok | Yeon Sang-ho | Menang | |
Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Macao Pertama | Filem Blockbuster Asia | Train to Busan | Menang |
Anugerah Fangoria Chainsaw | Filem Bahasa Asing Terbaik | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Gong Yoo | Tercalon | |
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea | Anugerah Teknikal | Train to Busan | Menang |
Anugerah Zuhal ke–43 | Filem Seram Terbaik | Tercalon | |
Anugerah Seni Baeksang ke–53 | Filem Terbaik | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Kim Eui-sung | Menang | |
Ma Dong-seok | Tercalon | ||
Pengarah Baru Lelaki Terbaik | Yeon Sang-ho | Menang | |
Anugerah Filem Chunsa | Anugerah Teknikal | Kwak Tae-yong | Menang |
Anugerah Istimewa Penonton untuk Filem Terbaik | Train to Busan | Menang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Train to Busan (15)". British Board of Film Classification. 20 September 2016. Dicapai pada 8 Disember 2016.
- ^ a b "Train to Busan". Box Office Mojo. Dicapai pada 18 Januari 2017.
- ^ Kay, Jeremy (9 Jun 2016). "Well Go USA Entertainment boards 'Train To Busan'". Screen Daily. Dicapai pada 10 Jun 2016.
- ^ "Cannes 2016: Film Festival Unveils Official Selection Lineup". Variety. Dicapai pada 14 April 2016.
- ^ "'Train to Busan' to screen at Cannes". The Korea Times.
- ^ "Zombies fail to impress in 'Train to Busan'". 19 Julai 2016.
- ^ Chen, Heather (2016-08-03). "Train to Busan: Zombie film takes S Korea by storm". BBC News. Dicapai pada 2016-08-22.
- ^ "With RM21m, 'Train to Busan' is highest grossing S. Korean film in Malaysia ever". The Malay Mail 0nline. Dicapai pada 24 Februari 2017.
- ^ "Zombie Movie 'Train to Busan' Passes 11 Million-Viewer Mark". The Chosun Ilbo. 19 Ogos 2016. Dicapai pada 4 Disember 2016.
- ^ "Train to Busan Reviews". Metacritic. Dicapai pada 5 September 2016.