Tragedi Oktober
Tragedi Oktober | |
---|---|
Pengarah | Yusof Kelana |
Penulis | Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam Fetty Ismail Yusof Kelana |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Syarikat penerbitan | ME Communications |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan | 1996 |
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 3.2 juta |
Tragedi Oktober ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 1996 yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Yusof Kelana dan filem ini juga merupakan kesinambungan kisah daripada Sembilu II. Dibintangi Awie, Erra Fazira, Amy Mastura dan Riezman Khuzaimi.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Perkahwinan Wati (Erra Fazira) dan Syamsul (Riezman Khuzaimi) telah menjangkau enam tahun dan mereka dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie. Sementara itu, kebahagiaan Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama dimana suatu tragedi menimpa suaminya. Wati kemudian hidup menjanda bersama anaknya. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di suatu majlis menimbulkan satu nostalgia diantara mereka. Kehadiran Awie tidak dapat diterima oleh Wati kerana dia sudah menggangap Awie sudah tidak ada dalam hidupnya lagi. Pada Awie pula, dia sekadar simpati terhadap nasib Wati dan anaknya, Shamin. Masa berlalu begitu cepat, kemesraan yang berputik diantara mereka menimbulkan ketegangan dalam hubungan diantara Awie dan Farah. Farah menggangap Wati cuba merampas Awie semula daripadanya. Awie mengambil keputusan untuk bertunang dengan Farah, sekaligus memberikan keyakinan dan kejujurannya kepada Farah. Tetapi, segalanya tidak tamat disitu. Farah mahu pastikan Wati tidak mengganggu hidupnya serta tidak wujud diantara dia dan Awie. Akhirnya terjadilah sebuah tragedi yang menyayat hati.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Awie sebagai Awie
- Erra Fazira sebagai Wati
- Amy Mastura sebagai Farah
- Riezman Khuzaimi sebagai Syamsul
- Alice Voon sebagai Alice
- Jojet sebagai Jojet
- Hairie Othman sebagai Razman
- Siti Khadijah sebagai Eja
- Rosnah Mat Aris sebagai Ibu Farah
- Majed Salleh sebagai Pengurus Artis
Sambutan[sunting | sunting sumber]
Filem ini dikeluarkan pada tahun 1996 dan mendapat kutipan sebanyak RM 3.2 juta.
Lagu[sunting | sunting sumber]
- Tragedi Oktober, Nostalgia Cinta dan Ratuku (Awie)
- Meniti Kasih (Amy Mastura)
- Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Faizra)