Riezman Khuzaimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Riezman Khuzaimi
Nama lahir Mohd Rizman Bin Mohd Khuzaimi
Juga dikenali sebagai Riezman Khuzaimi
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Dangdut
Pekerjaan pelakon, pengarah, penerbit TV

Mohd Rizman Bin Mohd Khuzaimi atau juga dikenali sebagai Riezman Khuzaimi merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit TV di Malaysia. Beliau dilahirkan di Taiping, Perak dan telah berkahwin dengan Kartina Ayub. Pada 2012 memiliki dua orang anak.

Sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon beliau telahpun berlakon dalam filem dalam dan luar negara seperti filem Scarline Cruisers (Hong Kong), KL Universiti (KLU), Impian, Adventure 96, Tragedi Oktober, Baik Punya Cilok, Waris Jari Hantu, Sepi dan Congkak.

Selain itu beliau turut berlakon dalam drama tv seperti Di Sebalik Awan, Serakah, Cinderella, Tarantula.

  1. Tragedi Oktober - (Pelakon Pembantu) (1996)
  2. Impian - (Pelakon Pembantu) (1996)
  3. Kembara - (Pelakon Pembantu) (1998)
  4. Bara - (Pelakon Pembantu) (1999)
  5. Embun - (Pelakon Pembantu) (2002)
  6. Buli - (Artis Jemputan) (2004)
  7. Baik Punya Cilok - (Pelakon Pembantu) (2005)
  8. Buli Balik - (Pelakon Pembantu) (2006)
  9. Waris Jari Hantu - (Pelakon Pembantu) (2007)
  10. Sepi - (Pelakon Utama) (2008)
  11. Congkak - (Pelakon Utama) (2008)
  12. Santau - (Pelakon Utama) (2009)
  13. Senario The Movie Episode 2: Beach Boys - (Pelakon Pembantu) (2009)
  14. Aku Masih Dara - (Pelakon Pembantu) (2010)
  15. Aku Tak Bodoh - (Pelakon Utama) (2010)
  16. Zaiton Ceritaku - (Pelakon Pembantu) (2012)
  17. Berani Punya Budak - (Pelakon Pembantu) (2012)
  18. Mencari Cinta - (Pelakon Utama) (2013)
  19. Tanda Putera - (Pelakon Pembantu) (2013)
  20. Jengka (2015)

Pada 2012 Beliau turut menjadi pembantu pengarah bagi filem Mencari Cinta yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 2013.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]