Yusof Haslam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yusof Haslam

يوسف حسلام
Datuk Yusof Haslam pada 2013
Kelahiran
Mohd Yusof bin Md Haslam Khan

(1954-04-24) 24 April 1954 (umur 70)
Nama lainDYH (singkatan kepada Datuk Yusof Haslam)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1972–kini
PasanganRaja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980)
Datin Fatimah Ismail (k. 1982)
Anak-anak4 (termasuk Syamsul dan Syafiq)
IbuBahyah Talib
BapaMd. Haslam Khan

(ACP) Datuk (Dr.) Mohd Yusof Md Haslam Khan PJN, AMN (Jawi: محمد يوسف محمد حسلام خان; lahir 24 April 1954)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia.[2] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1985.[3]

Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1972, beliau memegang watak tambahan sebagai Penonton perlawanan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005.[4] Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas.[5] Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul[6] dan Syafiq.[7]

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kepada suri rumah Bahyah Talib dan pemandu lori Md. Haslam Khan. Beliau merupakan anak keempat daripada kalangan tujuh beradik yang bersama-sama tinggal di sebuah rumah di penempatan setinggan.[8] Beliau menerima pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Beliau terpikat dengan filem melalui pengalamannya menonton filem barat Hollywood dan filem-filem Bollywood—dengan yang kedua, beliau menjadikan bintang Bollywood Shashi Kapoor sebagai idola beliau dalam bidang lakonan. Oleh itu, Yusof memutuskan bahawa beliau akan menjadi pelakon, meskipun tidak direstui oleh bapanya yang percaya bahawa industri hiburan tidak mempunyai jaminan masa depan.[8] Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yusof mengambil pekerjaan sebagai konduktor tiket bas Sri Jaya, tetapi beliau juga diam-diam menghadiri ujibakat lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yusof (tengah), bersama dua anaknya, Syamsul (kanan) dan Syafiq (kiri).

Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1972, sebagai penonton perlawanan. Ia hanya pada tahun 1975 beliau mengambil peranan utama menerusi filem Permintaan Terakhir sebagai "Idham" berdampingan dengan aktres utama yang juga merupakan rakan seperjuangannya, Uji Rashid.[8][2]

Yusof membintangi tiga filem sepanjang tahun 1976, iaitu filem Loceng Maut arahan Nas Achnas dan serta dua filem arahan Dato' Jamil Sulong, Sayang Anakku Sayang dan Cinta dan Lagu. Tiga tahun kemudian, beliau membintangi filem Detik 12 Malam arahan S. Sudarmaji serta filem Tiada Esok Bagimu arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Pada 1981, beliau memegang watak sebagai MM Jaafar Hassan dalam filem sejarah peperangan Bukit Kepong arahan Jins yang mana sebahagian besar dari jalan cerita filem ini ialah berdasarkan daripada peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950.[9] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.7 juta, sekaligus memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 pada 1982.

Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1991 dengan filem pertamanya Bayangan Maut, sebuah filem thriller aksi misteri yang dibintangi penyanyi rock Ella. Ini kemudian diikuti oleh Pemburu Bayang pada tahun 1993, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster terlaris, Maria Mariana pada tahun 1996 serta sekuelnya dua tahun selepas antara lain.[10] Pada 1999, beliau menerbitkan Bara gandingan Awie dan Nasha Aziz yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Yusof.[2]

Pada 8 Januari 2000, beliau mengarahkan filem drama romantik, Pasrah yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Norman Hakim yang berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.[11][12][13] Setahun kemudian, beliau mengarahkan filem Gerak Khas The Movie yang ditayangkan pada 1 Mac 2001 dan dibintangi oleh sebahagian besar daripada pelakon utama drama Gerak Khas.[14] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungan menerusi filem kedua (2002)[15] dan ketiga (2004).[16]

Pada 24 Mac 2005, beliau mengarahkan filem terakhirnya, Sembilu 2005 yang dibintangi oleh Vince dan Hetty Sarlene. Filem cinta remaja ini mengisahkan tetang percintaan Salina dan Vince mendapat tentangan hebat daripada keluarga mereka masing-masing.[17] Selepas bersara dari mengarah filem, Yusof lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugas sebagai penerbit untuk filem dan televisyen terbitan Skop Productions yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.

Pada 2008, beliau menerbitkan filem Evolusi KL Drift arahan anak lelakinya, Mohd Syamsul yang ditayangkan pada 3 April hingga kejayaan kewangan dan kritis.[18] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungannya yang ditayangkan pada 25 Mac 2010[19] dan turut mencetuskan siri TV adaptasi filem yang disiarkan di TV2 pada 2012.[20]

Pada 2012, beliau dan pelakon bertukar pengarah, Ahmad Idham mengumumkan akan bekerjasama menerusi sebuah filem aksi komedi hasil kerjasama Skop Productions milik Yusof dan Excellent Pictures milik Idham. Filem itu yang bertajuk Gangster Celop yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 merupakan gabungan dari filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, dibintangi oleh Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha. Di dalam filem ini, Idham sebagai pengarah dan Yusof sebagai penerbit.[21]

Beliau bersama-sama dengan komposer Datuk Ramli M. S. dan penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap rancangan TV realiti, Gegar Vaganza musim keempat yang mula bersiaran pada 29 Oktober 2017 di Astro Ria.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Ogos 2013, filem terbitannya, KL Gangster 2 bocor di internet secara haram, dua bulan sebelum keluaran tayangan rasminya, iaitu pada 3 Oktober 2013. Ekoran kes ini, beliau membuat laporan polis dan mengadakan satu sidang media berhubung penyebaran filem itu secara haram.[22] Beliau juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.[23][24][25]

Pada 17 Februari 2016, Yusof dan anaknya Syamsul dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[26] Elias yang menggunakan nama pena ‘Anne Natasha Nita’ telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[27][28][29]

Pada September 2017, beliau mengecam tindakan pengkritik filem kontroversi, Mansor Puteh yang melabel karyanya sebagai bahan tong sampah. Bahkan, Syamsul dan Syafiq turut menjadi sasaran.[30]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Yusof berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 dan bercerai pada 1980, pasangan ini tidak dikurniakan anak; Raja Noor Saadah meninggal dunia pada 19 Disember 2017. Perkahwinan kedua beliau ialah bersama Datin Fatimah Ismail pada 1982 dan dikurniakan empat anak serta lima cucu. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal (lahir 1983), Mohd Syamsul (lahir 1984), Nursyamin (lahir 1988) dan Mohd Syafiq (lahir 1992).[31] Anak sulungnya, Faizal berkahwin dengan Nazariah Harun dan mempunyai 3 anak. Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014,[32][33][34] manakala Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.[35][36]

Pada 7 Julai 2014, jam 2:30 pagi kediaman beliau yang diberi nama Darul Haslam telah dipecah masuk di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Menyedari rumahnya dipecah masuk, beliau melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri. Beliau yang ketika itu sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya dan terus mencapai pistol Glock miliknya dan melepas tiga das tembakan.[37]

Pada 13 Oktober 2017, beliau dimasukkan ke Hospital Tawakkal akibat muntah-muntah, selepas disyaki mengalami keracunan makanan. Keadaannya dilaporkan stabil dan dibenarkan bertugas seperti biasa.[38][39][40]

Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Yusof mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. A. Galak dan Erra Fazira ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam 9 filem, sementara Awie dan Shaharon Anuar muncul dalam 6 filem, manakala Deen Maidin masing-masing muncul dalam 7 filem.

Pelakon Bayangan Maut (1991) Pemburu Bayang (1993) Sembilu (1994) Sembilu II (1995) Maria Mariana (1996) Gemilang (1997) Maria Mariana II (1998) Bara (1999) Pasrah (2000) Gerak Khas The Movie (2001) Gerak Khas The Movie II (2002) Janji Diana (2003) GK3 The Movie (2005) Sembilu 2005 (2005) Jumlah
Noorkumalasari X markN 1
Sabree Fadzil X markN 1
Ella X markN X markN 2
Faizal Hussein X markN X markN X markN X markN 4
Osman Zailani X markN 1
A. Galak X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 9
A. Rahim X markN 1
Sidi Oraza X markN 1
Kuswadinata X markN X markN 2
Salih Yaacob X markN X markN 2
Noorizan X markN 1
Mahyon Ismail X markN X markN 2
Malek Noor X markN X markN 2
Shaharuddin Thamby X markN 1
Erma Fatima X markN X markN 2
Awie X markN X markN X markN X markN X markN X markN 6
Raja Azura X markN 1
Izi Yahya X markN 1
Roy Azman X markN X markN X markN X markN X markN 5
Shaharon Anuar X markN X markN X markN X markN X markN X markN 6
Ziana Zain X markN X markN X markN X markN X markN 5
Erra Fazira X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 9
Noraini Hashim X markN X markN X markN X markN 4
Mustapha Kamal X markN X markN 2
Khairil Anwar Aman X markN X markN X markN 3
Roslan Saleh X markN X markN 2
Aziz Singah X markN X markN 2
Edika Yusof X markN 1
Yank Kassim X markN X markN X markN X markN X markN 5
Deen Maidin X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 7
Kenji Sawahi X markN 1
Hans Isaac X markN 1
Jalaluddin Hassan X markN X markN 2
Ning Baizura X markN X markN X markN 3
Radhi Khalid X markN X markN 2
Latiff Borgiba X markN 1
Rosyam Nor X markN X markN X markN X markN 4
Zulkifli Ismail X markN X markN X markN 3
Farid Amirul X markN X markN X markN X markN X markN 5
AC Mizal X markN X markN X markN X markN 4
Nasha Aziz X markN X markN 2
Zamani Slam X markN 1
Azza Elite X markN X markN 2
Riezman Khuzaimi X markN 1
Abby Abadi X markN X markN X markN X markN X markN 5
Norman Hakim X markN X markN X markN 3
Wilma Muhammad X markN 1
Rosnah Johari X markN 1
Latif Ibrahim X markN 1
Kartina Aziz X markN 1
Lan Pet Pet X markN X markN X markN 3
Normala Samsudin X markN X markN 2
Zul Yahya X markN 1
Johan Abdullah X markN X markN 2
Fazley Yaakob X markN X markN 2
Ida Nerina X markN 1
Azri Iskandar X markN 1
Juliana Banos X markN X markN 2
Afdlin Shauki X markN 1
Yusry KRU X markN 1
Shukery Hashim X markN 1
Elly Mazlein X markN X markN 2
Sarimah Ibrahim X markN X markN 2
Zack Kool X markN X markN 2
Intan Sarafina X markN 1
Lando Zawawi X markN 1
Zul Handy Black X markN 1
Marissa Yasmin X markN X markN 2
Adam Corrie X markN 1
Saiful Apek X markN 1
Aqasha X markN 1
Misha Omar X markN 1
Julia Hana X markN 1
Ezany Nizariff X markN 1
Memey Suhaiza X markN 1
Vince Chong X markN 1
Hetty Sarlene X markN 1
Zed Zaidi X markN 1
Khai Wahi X markN 1
Buzen Hashim X markN 1
Diana Johor X markN 1
Pushpa Narayan X markN 1
Angeline Tan X markN 1
Sheera Iskandar X markN 1

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
1972 Laksamana Do Re Mi Ya Tidak Tidak Tidak Penonton perlawanan Filem pertama, pelakon tambahan
1975 Permintaan Terakhir Ya Tidak Tidak Tidak Idham
Jiwa Remaja Ya Tidak Tidak Tidak Yusof
1976 Loceng Maut Ya Tidak Tidak Tidak Tok Penghulu
Sayang Anakku Sayang Ya Tidak Tidak Tidak Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat
Cinta dan Lagu Ya Tidak Tidak Tidak Malek
1979 Tiada Esok Bagimu Ya Tidak Tidak Tidak Amir
1980 Detik 12 Malam Ya Tidak Tidak Tidak Remie
1981 Ribut Barat Ya Tidak Tidak Tidak Adnan
Jejak Bertapak Ya Tidak Tidak Tidak
Bukit Kepong Ya Tidak Tidak Tidak MM Jaafar Hassan
1982 Sikit Punya Gila Ya Tidak Tidak Tidak Abang Yusof Pelakon undangan
Senja Merah Ya Tidak Tidak Tidak Anuar
Penentuan Ya Tidak Tidak Tidak Hafsham
1983 Mekanik Ya Tidak Tidak Tidak Ketua Mafia Jahat
1984 Di Ambang Kasih Ya Tidak Tidak Tidak Rusdi
Melati Putih Ya Tidak Tidak Tidak Hisham
Jauh Di Sudut Hati Ya Tidak Tidak Tidak
1987 Rahsia Ya Tidak Tidak Tidak Dato' Karim
Wira Angkasa Ya Tidak Tidak Tidak Leftenan Ridzuan
1990 Driving School Ya Tidak Tidak Tidak Dato' Zahlol
1991 Juara Ya Tidak Tidak Tidak Joe Martino
Bayangan Maut Ya Ya Ya Ya ASP Razlan Filem arahan pertama
Harry Boy Ya Tidak Tidak Tidak
Shakila Ya Tidak Tidak Tidak Zahari Pelakon undangan
1993 Pemburu Bayang Ya Ya Ya Ya Ramon
Balada Ya Tidak Tidak Tidak Sunny
1994 Sembilu Tidak Ya Ya Ya
1995 Sembilu II Tidak Ya Ya Ya
1996 Maria Mariana Tidak Ya Ya Ya
Tragedi Oktober Tidak Tidak Ya Ya
1997 Gemilang Tidak Ya Ya Ya
1998 Maria Mariana II Tidak Ya Ya Ya
1999 Bara Tidak Ya Ya Ya
2000 Pasrah Tidak Ya Ya Ya
2001 Gerak Khas The Movie Ya Ya Ya Ya DSP Helmi
2002 Gerak Khas The Movie II Ya Ya Ya Ya SUPT Helmi
Mr. Cinderella Tidak Tidak Tidak Ya
2003 Gila-Gila Pengantin Tidak Tidak Tidak Ya
Janji Diana Tidak Ya Ya Ya
Mr. Cinderella 2 Tidak Tidak Tidak Ya
2004 Gila-Gila Pengantin Remaja Tidak Tidak Tidak Ya
2005 GK3 The Movie Ya Ya Ya Ya SUPT Helmi
Gila-Gila Pengantin Popular Ya Tidak Tidak Ya Juri ujibakat Penampilan khas
Sembilu 2005 Tidak Ya Ya Ya Filem arahan terakhir
2008 Evolusi KL Drift Tidak Tidak Tidak Ya
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tidak Tidak Tidak Ya
2010 Evolusi KL Drift 2 Tidak Tidak Tidak Ya
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Tidak Tidak Tidak Ya
KL Gangster Tidak Tidak Tidak Ya
Aku Bukan Tomboy Tidak Tidak Cerita Ya
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Tidak Tidak Tidak Ya
SAM: Saya Amat Mencintaimu Tidak Tidak Tidak Ya
2013 Gangster Celop Tidak Tidak Tidak Ya
KL Gangster 2 Tidak Tidak Tidak Ya
2014 Abang Long Fadil Tidak Tidak Tidak Ya
2015 Villa Nabila Tidak Tidak Tidak Ya
2016 Mat Moto Tidak Tidak Tidak Ya
Munafik Tidak Tidak Tidak Ya
Desolasi Tidak Tidak Tidak Ya
2017 Abang Long Fadil 2 Ya Tidak Tidak Ya Dirinya sendiri Penampilan khas
KL Wangan Ya Tidak Tidak Tidak Ketua Polis
2018 KL Special Force Tidak Tidak Tidak Ya
Munafik 2 Tidak Tidak Tidak Ya
Tangisan Akinabalu Ya Tidak Tidak Tidak DSP Ranau Penampilan khas
Operasi X Ya Tidak Tidak Tidak SAC Dato' Mokhtar
2019 Misteri Dilaila Tidak Tidak Tidak Ya
Rise to Power: KLGU Tidak Tidak Tidak Ya Juga sebagai penerbit eksekutif
Banglo No. 99 Ya Tidak Tidak Tidak Tengku Izzuddin Shah
2020 Bulan dan Pria Terhebat Tidak Tidak Tidak Ya Penerbit bersekutu
2021 Penunggang Agama Tidak Tidak Tidak Ya
Mat Bond Malaya Ya Tidak Tidak Tidak Ejen 1 Penampilan khas
Penunggang Agama 2 Tidak Tidak Tidak Ya
Siapa Tutup Lampu? Ya Tidak Tidak Tidak Dr. Ali Penampilan khas
Tarantula X Ya Tidak Tidak Tidak Dr. Yusof Enstein
2022 Abang Long Fadil 3 Ya Tidak Tidak Ya Pengarah filem
2023 Harum Malam Tidak Tidak Tidak Ya Penerbit eksekutif
Polis EVO 3 Tidak Tidak Tidak Ya
Budak Flat Tidak Tidak Tidak Ya
2024 Sheriff: Narko Integriti Tidak Tidak Cerita Ya
Telekenisis Tidak Tidak Tidak Ya Pos-produksi
2025 Game Of Life Tidak Tidak Tidak Ya Penerbit eksekutif; Pra-produksi
TBA Sekolahaha Tidak Tidak Tidak Ya Pos-produksi
Munafik 3 Tidak Tidak Tidak Ya Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Pencipta Penerbit
1983–1984 PJ Holdings Ya Tidak Tidak Tidak Jamil TV1 Drama pertama
1985/86 (Musim 1 & 2 ) Remang-Remang Kota Raya Ya Ya Ya Ya ASP Alif Drama arahan pertama
1987/88 (Musim 1 & 2) Harimau Rimba Ya Ya Ya Ya Leftenan Jantan
1988 Disebalik Ombak Ya Ya Ya Ya Inspektor
1989/90/91 (Musim 1,2 & 3) Debu-Debu Kotaraya Ya Ya Ya Ya ASP Jefri
1991 Metro Skuad Ya Ya Ya Ya ACP Osman Salleh
1992 Detik Metropolitan Ya Ya Ya Ya ASP ketua Unit Operasi
1993 Roda Roda Kotaraya (Musim 1) Ya Ya Ya Ya ASP Anuar
1994 Skuad Khas Ya Ya Ya Ya DSP Unit Khas
1995 Roda Roda Kotaraya (Musim 2) Ya Ya Ya Ya DSP Anuar
1998, 2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Tidak Tidak Ya Ya TV1, TV2
1999–2011, 2014–2021 Gerak Khas Ya Ya Ya Ya DCP Datuk Helmi TV1, TV2, TV3 Penerbit bersama
2000 Maria Mariana The Series Tidak Ya Ya Ya TV3
2003 Sembilu Tidak Ya Ya Ya TV2
2005 Meniti Bara Tidak Ya Ya Ya
2006 Janji Diana Tidak Ya Ya Ya TV2, Astro Prima
2005–2007 Sembilu Kasih Tidak Ya Ya Ya TV3
2007 Airmata Maria Tidak Ya Tidak Ya
2008 Farah Syakira Tidak Ya Tidak Ya TV2
2009–2011 Si Capik Tidak Ya Ya Ya
2011 Serapah Darah Bulan Madu Tidak Tidak Tidak Ya Astro Prima
Khurafat The Series Tidak Tidak Tidak Ya Astro Ria
2012–2013 Metro Skuad Tidak Tidak Ya Ya TV2
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Tidak Tidak Tidak Ya
2013 Sopi Sekuriti Tidak Ya Tidak Ya Astro Warna
2014 Jalan Kembali Tidak Ya Tidak Ya TV2 Adaptasi dari filem Jalan Kembali: Bohsia 2. Lakonan pertama Hafiz Hamidun.
Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) Tidak Ya Tidak Ya Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 9) Ya Tidak Tidak Tidak Pak Kamil Astro Oasis Episod: "Qasaf"
Tanah Kubur (Musim 13) Ya Tidak Tidak Tidak Johan Episod: "Jangan Ceraikan Kamu, Kamu, Kamu"
2015 Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2) Tidak Ya Tidak Ya Astro Prima
2015–2016 Cinta Dari Marikh Tidak Tidak Tidak Ya TV2
2017 Dia Bidadariku Tidak Tidak Tidak Ya Astro Ria
My Darling, Inspektor Daniel Tidak Tidak Tidak Ya
2018 Sejadah Untuk Dia Tidak Tidak Tidak Ya Astro Oasis
KL Gangster: Underworld Tidak Tidak Tidak Ya Iflix Penerbit eksekutif
Mata Ketiga Tidak Tidak Tidak Ya Tonton
2020 KL Gangster: Underworld 2 Tidak Tidak Tidak Ya Iflix, WeTV Penerbit eksekutif
2021 Single Terlalu Lama Ya Tidak Tidak Tidak Datuk TV3 Penampilan khas
Diva Popular Ya Tidak Tidak Tidak Awesome TV
2021–2022 Gerak Khas Undercover Tidak Tidak Tidak Ya TV3
2022 Kuasa Tidak Tidak Tidak Ya Astro Citra
2023 Special Force: Anarchy Tidak Tidak Tidak Ya Disney+ Hotstar Penerbit eksekutif
Persepsi Tidak Tidak Tidak Ya Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah Penerbit
1976 Madu Beracun Ya Tidak Tidak Shamsul TV1
1986 Rumah Maut Ya Tidak Tidak
1998 Tirai Kasih Tidak Tidak Ya Astro Ria
2000 Sebalik Bayangan Ya Tidak Tidak TV3
2012 Asmara Beijing Tidak Ya Ya Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Juri Astro Warna
2014 Hlive: Apa Khabar Malaysia Tetamu undangan Astro Ria
2015 Projek Komedi Warna Juri Astro Warna
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Juri Jemputan Astro Ria
2017 Gegar Vaganza (musim 4)
2019 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Lelaki Kiriman"
Gegar Vaganza (musim 6) Juri Jemputan Astro Ria
2022 Sepahtu Reunion Al-Raya Kameo Astro Warna Episod: "Guntingkan Kesedihanmu"
Master in the House Malaysia Master TV3
Fit for Action Ketua juri
2023 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Kerana Aku Manusia Biasa"

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk. Pada September 2017, beliau dianugerahkan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-29 atas sumbangannya.

Penghargaan Malaysia
Ijazah kehormat

Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 22 September 2018.[43]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Yusof Haslam". Defarhano. Julai 2011. Dicapai pada 17 November 2011.
  2. ^ a b c Melati Pusaka (14 November 2010). "Dari pelakon crook jadi pengarah filem". Free Malaysia Today. Dicapai pada 15 November 2010. Yusof Haslam dikenali sebagai pelakon crook dalam filem pertamanya Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong
  3. ^ Angelin Yeoh (4 October 2013). "Yusof Haslam knows best". The Star Online. Dicapai pada 11 November 2013. The prominent filmmaker and actor has not spoken to his son, KL Gangster director Syamsul, in over a month.
  4. ^ Siti Juliana Mohd Johar (28 September 2012). "Yusof Haslam: 'Kejayaan tidak datang bergolek'". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  5. ^ Charles Ramendran (7 July 2014). "Yusof Haslam turns real crimebuster, foils robbery". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 15 November 2014.
  6. ^ Farahanim (23 Oktober 2012). ""Kejayaan Syamsul kepuasan berganda saya" - Datuk Yusof Haslam". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 17 November 2012.
  7. ^ "Bapa dan anak kaki kritik". Kosmo!. 14 November 2010. Dicapai pada 15 November 2010.
  8. ^ a b c Bissme (31 October 2017). "A life in films". The Sun. m/s. 18. Dicapai pada 4 November 2017.
  9. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 September 2015). "Yusof Haslam akui pernah skeptikal dengan 'Bukit Kepong'". The Rakyat Post. Dicapai pada 22 Disember 2015. Mengakui pernah bersikap skeptikal terhadap penghasilan filem 'Bukit Kepong', namun, pandangan Datuk Yusof Haslam itu terhapus sama sekali apabila melihat kejayaan yang dikecapi menerusi inisatif Tan Sri Jins Shamsudin menghasilkan filem klasik itu.
  10. ^ "Maria Mariana II pertahankan kesinambungan". Utusan Malaysia. 3 April 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  11. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  12. ^ "Pasrah filem terbaru Yusof Haslam". Utusan Malaysia. 1 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  13. ^ A. Wahab Hamzah (14 Januari 2000). "Pasrah mentaliti pembikin atau penonton?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  14. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  15. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 Mei 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  16. ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.
  17. ^ Abd Aziz Itar (15 Mac 2005). "Sembilu 2005 - Mampukah ulangi kejayaan lalu?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 15 April 2010.
  18. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  19. ^ Abd Aziz Itar (9 Mac 2010). "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 15 April 2010.
  20. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Diarkibkan 2017-11-10 di Wayback Machine Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  21. ^ Ahmad Idham & Yusof Haslam Bergabung, Arah Filem Bertajuk “Gangster Celop” Oh Bulan!. 13 Julai 2012.
  22. ^ Nor Atieyah Yusoff (28 Ogos 2013). "KL Gangster 2 bocor di pawagam, pawagam jadi dalang". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2013.
  23. ^ "Seven cases of pirating KL Gangster 2 film being investigated so far". The Borneo Post. 14 September 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
  24. ^ "Tujuh kes cetak rompak filem KL Gangster 2 disiasat". Malaysiakini. 14 September 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
  25. ^ KL Gangster 2 dimuat naik sebelum ditayangkan. Astro Awani. 30 Ogos 2013. Dicapai pada 15 September 2013.
  26. ^ Ashraf Nasser (17 Februari 2016). "Syamsul Yusof menang kes saman penulis novel "Aku Bohsia"". Cinema Online. Dicapai pada 18 May 2016.
  27. ^ "Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul". mSTAR Online. 19 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  28. ^ "Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia". Agenda Daily. 19 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  29. ^ "Syamsul Yusof wins suit against "Aku Bohsia" author". Yahoo! Singapore. 17 Februari 2016. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  30. ^ Mohd Al Qayum Azizi (29 September 2017). ""Jangan Hina Anak Saya Mansor!" – Marahnya Yusof Haslam". mSTAR Online. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  31. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Ogos 2011). "Skeptikal Yusof terhadap anak-anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2011.[pautan mati kekal]
  32. ^ "Datuk Yusof Haslam restui hajat Syamsul kahwin Puteri Sarah". Malaysian Review. 13 Januari 2014. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  33. ^ Rahman, Ifqdar (10 March 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 May 2016.
  34. ^ "Saat indah dua hati bersatu". Harian Metro. Dicapai pada 18 May 2016.
  35. ^ Hanan Mansor (20 April 2014). "Majlis resepsi sederhana tapi meriah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-04. Dicapai pada 21 April 2014.
  36. ^ "SYAFIQ YUSOF KINI SUAMI AEISHA". Media Hiburan. 5 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-22. Dicapai pada 21 April 2014.
  37. ^ "Datuk Yusof Haslam lepaskan tembakan selepas rumahnya dipecah masuk". Berita Harian Singapura. 7 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014.
  38. ^ Rozdan Mazalan (13 Oktober 2017). "Yusof Haslam masuk hospital". Berita Harian. Dicapai pada 10 November 2017.
  39. ^ Kemalia Othman (13 Oktober 2017). ""Jangan Risau, Saya Dah Okey" - Yusof Haslam". mSTAR Online. Dicapai pada 10 November 2017.
  40. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (12 Oktober 2017). "Yusof Haslam dimasukkan ke hospital". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 November 2017.
  41. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
  42. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
  43. ^ Yusof Haslam terima gelaran Doktor

Pautan luar[sunting | sunting sumber]