Trinity Blood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trinity Blood
Fail:Trinityblood anime.JPG
Some AX members, Abel in Crusnik form, and Esther
GenreDrama, Fantasi, Seram, Fiksyen sains, ghaib
Manga
PengarangSunao Yoshida, Kentaro Yasui
PenerbitJepun Kadokawa Shoten
Kanada Amerika Syarikat TOKYOPOP
Jerman Panini Books
Korea Selatan Daewon C&I
Manga
PengarangKiyo Kūjō
PenerbitJepun Kadokawa Shoten
Penerbit LainKanada Amerika Syarikat TOKYOPOP
Jerman Panini Comics
Finland Sangatsu Manga
Anime
PengarahTomohiro Hirata
StudioGONZO
Penyiaran AsalJepun WOWOW, Animax
Penyiaran LainKanada Razer
Peru Japanimax
Adult Swim
Malaysia NTV7
Portugal SIC Radical
Dikeluarkan pada28 April 20056 Oktober 2005
Portal Anime dan Manga

Trinity Blood (Jepun: トリニティ・ブラッド, Hepburn: Toriniti Buraddo) ialah sebuah siri novel ringan Jepun yang dikarang Sunao Yoshida dengan ilustrasi oleh Thores Shibamoto dan mula-mulanya disirikan dalam The Sneaker. Alkisah, 900 tahun selepas satu peperangan besar di antara manusia dan pontianak, siri ini menumpu pada perang dingin yang berterusan antara pihak Vatican dan Empayar. Yang berjuang di pihak Vatican ialah Abel Nightroad, seorang Crusnik yang menghisap darah pontianak. Maka tercampurnya sains fiksyen, fantasi, dan komplot politik, sementara adanya pihak dalam Vatican dan Empayar cuba mengecapi keamanan, pihak-pihak lain pula cuba menghalangnya.

Trinity Blood telah diadaptasi ke bentuk siri manga dan anime, dengan perbezaan kesinambungan antara ketiga-tiga versi. Setelah Yoshida tiba-tiba meninggal dunia pada 15 Julai 2004, Kentaro Yasui, kawannya dan juga pengarang novel Ragnarok, tampil untuk melengkapkan novel-novel yang tinggal, serta juga siri manganya.[1] Siri anime 24 episod pula diterbit oleh GONZO dan asalnya bersiaran di saluran WOWOW.

Plot[sunting | sunting sumber]

Apabila bilangan penduduk Bumi meningkat secara mendadak, manusia cuba menawan planet Marikh. Ketika menjajah cakerawala itu, mereka menemui dua teknologi serba asing, iaitu nanomesin Bacillus dan Crusnik. Para penjajah ini menerapkan Bacillus ke dalam badan mereka yang menjadikan mereka Methuselah. Mereka menanam Crusnik ke dalam badan empat bayi tabung uji: Seth, Cain, Abel dan Lilith.

Sekembali para penjajah itu ke Bumi, tercetusnya perang antara Methuselah dan manusia yang menetap di Bumi. Abel, Cain, dan Seth berpihak di sisi Methuselah—manakala Lilith menyebelahi manusia. Perang yang berterusan ini akhirnya membawa ke "Armagedon," iaitu peristiwa yang berlaku 900 tahun sbeelum bermulanya cerita. Dalam perang ini, Cain menjadi kurang siuman lalu membunuh Lilith. Abel yang kesedihan mengangkut mayat Lilith ke Vatican untuk dikebumikan. Abel berada di sisinya, berair mata untuknya, selama 900 tahun.

Pada permulaan cerita, puak Methuselah yang kepontianakan dan masih kekal sebagai kuasa politik dna tentera yang utama, terus memerangi puak "Terran", iaitu apa yang mereka memanggil manusia biasa. Gereja Katolik Rom yang bertapak di Vatican ialah sebuah kuasa politik utama yang berhasrat untuk melindungi manusia daripada Methuselah. Puak Methuselah menjadikan Byzantium sebagai ibu negara mereka yang dikelilingi semedan zarah-zarah untuk menapis sinaran ultraungu, demi melindungi puak Methuselah.

Kedua-dua puak menggunakan "teknologi silam" seperti kapal udara, misil, dan komputer, untuk berperang dingin. Sebuah kuasa besar ketiga, iaitu Albion, juga terlibat dalam perang, dengan kilang senjata teknologi silam dan senjata yang canggih serta kebolehan pengilangan tahap lebih tinggi untuk menentang Vatican.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Summoning Armageddon" (Siaran akhbar) (dalam bahasa English). Silver Bullet Comics. 2006-11-01. Dicapai pada 2007-11-14.CS1 maint: unrecognized language (link)