True Grit (filem 2010)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
True Grit
PengarahJoel Coen
Ethan Coen
Lakon layarJoel Coen
Ethan Coen
BerdasarkanTrue Grit oleh
Charles Portis
Dihasilkan olehJoel Coen
Ethan Coen
Scott Rudin
DibintangiJeff Bridges
Matt Damon
Josh Brolin
Barry Pepper
Hailee Steinfeld
Dikisahkan olehElizabeth Marvel
SinematografiRoger Deakins
Disunting olehJoel Coen
Ethan Coen
(sebagai Roderick Jaynes)
Muzik olehCarter Burwell
Syarikat
penerbitan
Skydance Productions
Mike Zoss Productions
Scott Rudin Productions
Amblin Entertainment
(tidak dikredit)
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 22 Disember 2010 (2010-12-22)
Masa tayangan
110 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$38 juta
Pecah panggung$252.2 juta[1]

True Grit ialah filem Amerika Syarikat 2010 diarahkan, ditulis, dihasilkan dan disunting oleh adik beradik Coen dan merupakan adaptasi kedua novel berjudul sama tahun 1968 karya Charles Portis - ia sebelum ini pernah diadaptasi pada tahun 1969 dibintangi John Wayne. Versi ini dibintangi Hailee Steinfeld sebagai Mattie Ross dan Jeff Bridges sebagai Marshal A.S. Reuben J. "Rooster" Cogburn, bersama-sama Matt Damon, Josh Brolin dan Barry Pepper. Selepas seorang penjenayah yang bernama Tom Chaney membunuh ayahya, gadis ladang berusia 14 tahun Mattie Ross mengupah Rooster Cogburn, untuk membantunya mencari Chaney dan membalas dendam terhadap ayahnya. Duo yang bertelingkah itu tidak keseorangan dalam usaha mereka, seorang renjer Texas bernama LaBouef juga mengesan Chaney atas sebab-sebab sendiri.

Pengambaran bermula pada bulan Mac 2010 dan True Grit secara rasmi ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 22, 2010, selepas tayangan lebih awal pada awal bulan itu.[2] Filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-61 pada Februari 10, 2011.[3] Ia dicalonkan untuk sepuluh Anugerah Akademi: Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama (Bridges), Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan (Steinfeld), Arahan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Campuran Suara Terbaik dan Suntingan Suara Terbaik. Filem ini dikeluarkan dalam Blu-ray dan DVD pada Jun 7, 2011.

Plot[sunting | sunting sumber]

Selepas pembunuhan ayahnya oleh Tom Chaney, gadis ladang berusia 14 tahun Mattie Ross menetapkan untuk menangkap pembunuh itu. Untuk membantunya, dia mengupah marshal A.S. Reuben J. "Rooster" Cogburn. Mattie berkeras untuk mengiringi Cogburn, yang seorang peminum, pemalas dan perangai busuknya tidak menambah kepercayaaan terhadap Mattie. Menentang permintaannya, Mattie menyertainya dalam perjalanan ke Negara-Negara Indian untuk mencari Chaney. Mereka disertai oleh renjer Texas LaBoeuf yang mahukan Chaney untuk sebab sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Menurut Box Office Mojo, True Grit telah mengutip lebih daripada $170 juta di peringkat domestik dan $250 juta di seluruh dunia sehingga bulan Julai 2011.

Filem ini menerima pujian kritis. Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 96% pengkritik memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 260 ulasan dengan purata skor 8.4/10. [4] Metacritic memberi filem ini purata skor 80/100 berdasarkan 41 ulasan.[5] Total Film memberi filem ini ulasan lima bintang.[6] Roger Ebert menganugerahkan filem ini 3.5 daripada 4 bintang.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "True Grit". Boxoffice Mojo. 7 May 2011. Dicapai pada 20 March 2014.
  2. ^ Washington, DC, Film Society website.
  3. ^ "Coen Brothers' True Grit to Open the 61st Berlinale". berlinale.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-29. Dicapai pada 2010-12-15.
  4. ^ "True Grit Movie Reviews, Pictures". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 2010-12-22.
  5. ^ "True Grit Reviews, Ratings, Credits, and More at Metacritic". Metacritic. Dicapai pada December 22, 2010.
  6. ^ "True Grit Review". Total Film. Dicapai pada December 22, 2010.
  7. ^ "True Grit". rogerebert. suntimes.com. December 21, 2010. Dicapai pada December 22, 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]