Long Besar
Long Bahar | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Negeri Kelantan | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Raja Kelantan - | |||||||||||||
Pemerintahan | jun 1721 - Oktober 1733 | ||||||||||||
Kemahkotaan | December 1721 | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Umar | ||||||||||||
Diikuti oleh | Long Sulaiman | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | Long Bhahhar bin Wan Daim - - | ||||||||||||
Kemangkatan | 1733 - | ||||||||||||
Pemakaman | - - | ||||||||||||
Pasangan | - | ||||||||||||
Isteri | |||||||||||||
Anakanda | 1.Sultan Long Sulaiman II - (Sultan Kelantan) 2.Sultan Long Yunnus I - (Sultan Pattani) | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | - | ||||||||||||
Wangsa | Iskandar Yang Agung | ||||||||||||
Ayahanda | Datu Pengkalan Tua Wan Daim bin Daeng Ali | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Long Bahar |
Long Baha atau masyhur bergelar sebagai Raja Tuan Besar, adalah pemerintah kerajaan Kelantan yang berpusat di Kota Jembal (Kedai Lalat sekarang) dari 1721 hingga 1733.[1]
Asal
[sunting | sunting sumber]Baginda berasal dari Patani yakni anak Datu Pengkalan Tua yang menjadi Raja Jambu, Patani. Baginda kemudiannya merantau ke Kelantan serta telah berkahwin dengan Raja Pah puteri Sultan Umar yang memerintah Kelantan ketika itu yang berpusat di Kota Jembal. Hasil perkahwinan antara Long Bahar dan Raja Pah telah beroleh lima orang putera iaitu Tuan Kundur yang berpangkat Raja Muda (Raja Muda Kota Seneng), Tuan Nik Junuh (Sultan Haji Yunus Patani), Tun Raja Ali, Tuan Che Wook (Raja Neng Hitam Kota Seribung), Long Nik Halus (Raja Bongsu) serta seorang puteri iaitu Tuan Lipoh bergelar Tuan Puteri Balai Kuning (isteri kepada Sultan Along Yunus Patani).
Sebelum itu, baginda telah pun mempunyai seorang isteri di Patani (sesetengah sumber menyebut isterinya adalah raja perempuan Patani bernama Raja Mas Jayam) dan beroleh dua orang anak dengan seorang puteri bernama Tuan Melor (Tuan Puteri Kembang Bunga) dan seorang Putera bernama Long Nik (Long Sulaiman).
Menaiki Takhta
[sunting | sunting sumber]Baginda memerintah Kelantan berpusat di Kota Jembal selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 1721 hingga kepada mangkat pada tahun 1733. Baginda menjadi Raja pemerintah Kelantan bergelar Raja Tuan Besar dengan isteri baginda iaitu Raja Pah sebagai Permaisurinya. Kenaikan baginda sebagai Raja pemerintah Kelantan adalah berikutan kemangkatan Sultan Umar dan penyerahan takhta kerajaan oleh Raja Kecil Sulung putera kepada Sultan Umar pada tahun 1721.
Namun, menjelang tahun 1725, berikutan kemangkatan Raja Kecil Sulung, berlaku perebutan kuasa pula di antara baginda dengan Raja Abdul Rahman yang merupakan putera kepada Raja Kecil Sulung yang menuntut hak keatas takhta pemerintahan Kelantan. Kesudahannya, isteri baginda iaitu Raja Pah telah berjaya memperoleh sokongan kuat dengan mempengaruhi para pembesar negeri melalui komplot bersama besannya iaitu Bendahara Tuan Dagang.
Sebelum itu, pada tahun 1684, baginda membina Istana Seneng (terletak di sebelah hulu berhampiran dengan Kota Jembal) dan tinggal di sana. Kemudian, pada tahun 1702, baginda membina pula sebuah kota di Kubang Labu (Wakaf Bharu kini), dikenali sebagai Kota Kubang Labu. Apabila baginda dilantik sebagai raja pemerintah Kelantan di Kota Jembal, Kota Kubang Labu diserahkan baginda kepada Long Sulaiman, anakanda baginda dengan isteri baginda di Patani.[2] manakala Kota Seneng pula diserahkan kepada Raja Muda Tuan Kundur, anakanda baginda dengan Raja Pah di Jembal sebagai Raja Muda Kota Seneng.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat pada tahun 1733 dan dipercayai dimakamkan di Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Kota Bharu.[3] Namun terdapat sumber yang lebih tua mengatakan baginda telah dimakamkan di Langgar Buruk sebelah hilir Lorong Gajah Mati Kota Bharu yang mana bentuk binaan makamnya menyamai dengan makam anakndanya Long Sulaiman bin Long Bahar.[perlu rujukan]
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 1 Februari 2010.
- ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
- ^ "Makam (Tomb of) To Ku Long Bahar". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.
Penyandang Terdahulu | Sultan Kelantan 1721 – 1733 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Umar | Raja Long Sulaiman |