Tuan Danial (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Danial
Umum
PengarangAzizah Ami
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitCute Kreatif
Tarikh penerbitan
2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman416
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670883151

Tuan Danial ialah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Azizah Ami. Novel ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Cute Kreatif. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cinta yang cuba di atur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?

“Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.”

Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya.

"mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?"

"Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is.

Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?"

Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis.

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Tuan Danial dikeluarkan pada 2016 oleh Cute Kreatif. Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Lestary bermula 9 Ogos di TV3, dibintangi oleh Idris Khan dan Intan Najuwa.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tuan Danial by Azizah Ami Goodreads. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  2. ^ Najiy Jefri (22 Ogos 2019). Banyak aksi spontan Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2019.
  3. ^ Mustazah GP (10 Ogos 2019). Info drama Tuan Danial Iluminasi. Dicapai pada 16 September 2019.
  4. ^ Drama Tuan Danial (TV3) MyInfoTaip (10 Ogos 2019). Dicapai pada 16 September 2019.