Tukang Roraima (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tukang Roraima
Lukisan oleh Keulemans, 1892
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Setopagis
Spesies:
S. whitelyi
Nama binomial
Setopagis whitelyi
(Salvin, 1885)
Sinonim
  • Anstrotomus whitelyi
  • Caprimulgus whitelyi
  • Hydropsalis whitelyi

Tukang Roraima (Setopagis whitelyi) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Brazil, Guyana, dan Venezuela.[2]

Taksonomi dan sistematik[sunting | sunting sumber]

Ia diperihalkan sebagai Anstrotomus whitelyi dan kemudiannya disusunkan ke dalam genus Caprimulgus. Sejak awal 2010-an, ia telah diletakkan dalam genus terkininya, Setopagis. Ia ialah ekajenis.[3][4][2]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Panjangnya ialah 21 hingga 22.4 cm (8.3 hingga 8.8 in). Jantan mempunyai berat 30 hingga 40 g (1.1 hingga 1.4 oz) dan betina pula 45 hingga 48 g (1.6 hingga 1.7 oz). Bahagian atas jantan berwarna perang kehitaman dengan tompok lelang dan kelabu. Bulu ekornya perang gelap; tiga pasang bulu paling luar mempunyai sorot kuning pucat yang samar tetapi luas dan dua pasang bulu mempunyai tompok putih yang besar di hujungnya. Sayapnya berwarna perang gelap dengan sorot putih nipis berhampiran hujungnya dan tompok putih berhampiran badannya. Dagu dan bahagian atas tekaknya perang gelap, bahagian bawah tekaknya putih, dadanya perang gelap dengan sorot kuning pucat, dan perut serta lambungnya kuning pucat dengan sorot perang. Betina lebih keperangan daripada kehitaman, tompok dan sorot sayapnya lebih kecil dan kuning pucat berbanding putih, dan tompok putih pada ekornya lebih kecil.[4]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Ia ditemui di kawasan tepui di persimpangan tenggara Venezuela, barat daya Guyana, dan paling utara Brazil. Ia mendiami kawasan terbuka seperti savana, kawasan lapang, dan pinggir hutan. Dalam ketinggian, julatnya adalah antara 1,280 dan 1,800 m (4,200 dan 5,900 ka) di Venezuela tetapi telah dirakamkan serendah 850 m (2,790 ka) di Guyana.[4]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Memberi makan[sunting | sunting sumber]

Ia bersifat nokturnal. Sedikit yang diketahui tentang tingkah laku meramunya, samada ia meramu dengan menangkap mangsa dari tanah atau tenggeran rendah dan/atau semasa penerbangan berterusan.[4]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Fenologi pembiakannya tidak diketahui. Ia diandaikan menelurkan satu atau dua biji telur terus ke atas tanah seperti tukang yang lain.[4]

Vokalisasi[sunting | sunting sumber]

Seruannya ialah "deruan hrir, yang menaik kemudian jatuh dalam nada, dan diulang pada selangan 1-2 saat."[4]

Status[sunting | sunting sumber]

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Walaupun populasinya tidak diketahui, ia dipercayai stabil. Ancaman utamanya ialah pengubahsuaian habitat; tumbuh-tumbuhan tepui apabila rosak tidak tumbuh semula tetapi digantikan dengan tumbuh-tumbuhan yang kurang sesuai untuk tukang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Roraiman Nightjar Setopagis whitelyi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. Dicapai pada 8 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IOC11.2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  4. ^ a b c d e f West, M. and T. S. Schulenberg (2020).