Tuna wisma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang tuna wisma di Paris
Seorang warga emas tuna wisma di New York

Tuna wisma memaksudkan golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap.[1] Mereka yang tuna wisma biasanya disifatkan sebagai tiada tempat tinggal yang tetap, selamat dan lengkap, tetapi juga memaksudkan mereka yang biasa bermalam di tempat perteduhan, pondok sementara atau kediaman ad hoc yang seumpamanya. Kajian pengiraan tuna wisma kerajaan oleh Amerika Syarikat[2][3] turut mengambil kira mereka yang tidur di tempat awam mahupun persendirian yang tidak direka khas sebagai penginapan bermalam yang tetap untuk manusia.[4][5] Kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia ketiadaan tempat tinggal pada tahun 2005.[6]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Jabatan Ekonomi dan Hal-Ehwal Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu menakrifkan isi rumah yang tuna wisma seperti berikut:

Isi rumah tuna wisma adalah isi rumah tanpa tempat perteduhan yang tergolong dalam skop kawasan kediaman. Mereka membawa harta benda yang serba sedikit sekali, tidur di jalanan, jalan pintu mahupun jeti, ataupun di mana-mana ruang yang lain secara lebih kurang sembarangan.[7]

Pada 2009, Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Sidang Ahli Statistik Eropah (CES) yang diadakan di Geneva, Kumpulan Pakar-Pakar Banci Kependudukan dan Perumahan menakrifkan tuna wisma seperti berikut:[8]

Dalam Syor-Syornya untuk Banci Kependudukan dan Perumah, CES mengecamkan golongan tuna wisma dalam dua kumpulan yang am:
(a) Ketuna wismaan primer (atau ketiadaan bumbung). Kategori ini termasuk mereka yang tinggal di jalanan tanpa tempat untuk berteduh yang tergolong sebagai kawasan kediaman;
(b) Ketuna wismaan sekunder. Kategori ini boleh merangkumi mereka yang ketiadaan tempat kediaman biasa dan kerap berpindah-randah di antara pelbagai jenis penginapan (termasuk kediaman, perteduhan dan institusi untuk tuna wisma atau lain-lain kawasan kediaman). Kategori ini merangkumi mereka yang tinggal di kediaman persendirian tetapi melaporkan ‘tiada alamat tetap’ dalam borang banci mereka.
CES mengakui bahawa pendekatan tersebut tidak menyediakan takrifan yang lengkap bagi ‘tuna wisma’.

Punca[sunting | sunting sumber]

Tuna wisma yang mendiami jalan-jalanan di Mumbai, India.

Sebab-sebab dan punca-punca utama ketuna wismaan yang disuratkan oleh banyak laporan dan kajian termasuklah:[9][10][11][12][13]

  • Keganasan rumahtangga.
  • Keruntuhan hubungan keluarga, terutamanya antara golongan muda dengan ibu bapa.[16]
  • Pembebasan dari penjara untuk menyertai semula masyarakat.
  • Pengusiran paksa  – Di kebanyakan negara, orang ramai kehilangan tempat tinggal setelah diarah oleh kerajaan untuk membuka laluan kepada bangunan tinggi mewah, jalan raya dan lain-lain kehendak kerajaan.[17] Pampasannya mungkin tidak mencukupi, yang mana bekas penduduk tidak boleh mencari perumahan yang baru lalu menjadi tuna wisma.
  • Penutupan gadai janji yang mana pemegang gadai janji mendapati bahawa penyelesaian yang terbaik kepada kegagalan membayar balik pinjaman adalah merampas dan menjual rumah untuk melangsaikan hutang, seperti yang dihebohkan pada tahun 2008.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Tuna wisma' di PRPM, Dewan Bahasa dan Pustaka, dicapai pada 25 Oktober 2012.
  2. ^ Bogard, Cynthia J., "Advocacy and Enumeration: Counting Homeless People in a Suburban Community", American Behavioral Scientist September 2001 vol. 45 no. 1 105-120
  3. ^ Gabbard, W. Jay; et al, "Methodological Issues in Enumerating Homeless Individuals" Diarkibkan 2012-07-13 di archive.today, Journal of Social Distress and the Homeless Volume 16, Number 2 / May 2007 90-103
  4. ^ Office of Applied Studies, United States Department of Health and Human Services,"Terminology" Diarkibkan 2017-12-23 di Wayback Machine
  5. ^ United States Code, Title 42, Chapter 119, Subchapter I, § 11302. United States Code: General Definition of a Homeless Individual.
  6. ^ "Homelessness around the world". Boston.com. December 14, 2011.
  7. ^ "United Nations Demographic Yearbook review: National reporting of household characteristics, living arrangements and homeless households : Implications for international recommendations", United Nations, Department of Economic and Social Affairs, Statistics Division, Demographic and Social Statistics Branch, 14 April 2004
  8. ^ United Nations, "Enumeration of Homeless People", United Nations Economic and Social Council, 18 August 2009; Economic Commission for Europe Conference of European Statisticians, Group of Experts on Population and Housing Censuses, Twelfth Meeting, Geneva, 28–30 October 2009
  9. ^ "Hunger and Homelessness Survey: A Status Report on Hunger and Homelessness in America's Cities: A 27-City Survey December 2009" (PDF). United States Conference of Mayors. 2009. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  10. ^ United States Conference of Mayors, "A Status Report on Hunger and Homelessness in America's Cities: a 27-city survey", December 2001.
  11. ^ United States Conference of Mayors, "US Conference of Mayors/Sodexho Hunger and Homelessness Survey: 2005"PDF (1.19 MB), December 2005, "Main Causes of Homelessness", p.63-64. [1]PDF (62.3 KB) [2] Diarkibkan 2006-11-12 di Wayback Machine
  12. ^ Vanneman, Reeve, "Main Causes of Homelessness", University of Maryland
  13. ^ Cf. Levinson, Encyclopedia of Homelessness, article entry on Causes of Homelessness: Overview by Paul Koegel, pp.50–58.
  14. ^ Segal S. P., Baumohl J. (1980). "Engaging the disengaged: Recommendations on madness and vagrancy" (PDF). Social Work. 25: 358–365.
  15. ^ The Yogyakarta Principles, Principle 11 and 15
  16. ^ Seymour, George "The Young and the Homeless" Online Opinion April 9, 2010
  17. ^ Elder, James, "Helping homeless victims of forced evictions in Zimbabwe", UNICEF, 20 June 2005
  18. ^ Goodman, Peter S., "Foreclosures Force Ex-Homeowners to Turn to Shelters", The New York Times, October 18, 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]