Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail
Tunku Gedong
KeputeraanTunku Maimunah binti Tunku Ismail
12 Februari 1939
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, British Malaya
Kemangkatan13 Januari 2012(2012-01-13) (umur 72)
Istana Bukit Gedong, Johor Bahru, Johor
PemakamanMakam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
PasanganYAM Tunku Tan Sri Osman ibni Almarhum Tunku Temenggong Ahmad
Anakanda
  • Tunku Abdul Jalil
  • Tunku Fatimah
  • Tunku Zahrah
  • Tunku Ahmad
Nama penuh
Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail
KerabatIstana Bukit Gedong, Johor Bahru, Johor
AyahandaSultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim
BondaSultanah Aminah binti Ungku Ahmad
AgamaIslam Sunni

Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail (12 Februari 1939 – 13 Januari 2012) merupakan anakanda bongsu kepada Sultan Johor, Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Sultanah Aminah binti Almarhum Ungku Ahmad. Beliau merupakan adinda kepada Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang merupakan Sultan Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010.[1] Beliau juga dikenali sebagai Tunku Gedong.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Tunku Maimunah telah berkahwin dengan sepupunya, YAM Tunku Tan Sri Osman Ibni Almarhum Tunku Temenggong Ahmad dan dikurniakan dengan dua orang putera dan dua orang puteri bernama Tunku Abdul Jalil, Tunku Fatimah, Tunku Zahrah dan Tunku Ahmad.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Tunku Maimunah telah mangkat pada 13 Januari 2012 di Istana Bukit Gedong, Johor Bahru, Johor.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]