Pinus merkusii
| Kayu tusam | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Divisi: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Subgenus: | |
| Spesies: | P. merkusii |
| Nama binomial | |
| Pinus merkusii Jungh. & de Vriese | |
Kayu tusam atau tusam Sumatera (nama botani: Pinus merkusii)[1] merupakan sejenis pokok dalam genus dan keluarga tunggal Pinus; ia terdapat di rantau Asia Tenggara terutamanya di beberapa titik tertentu dalam rantau Indochina termasuk Thailand, Laos, Vietnam dan Myanmar; pulau Mindoro dalam gugusan Filipina, serta gunung-ganang di pulau Sumatera terutamanya di Gunung Kerinci, Gunung Talang dan Pergunungan Bukit Barisan; taburan ia di pergunungan ini merupakan taburan paling selatan mana-mana spesies tumbuhan Pinus mendekati garis lintang 2.10 ° selatan dari Khatulistiwa.[2][3]
Pokok-pokok spesies ini di habitat pergunungan asalnya ditemukan dari serendah 90 meter, banyaknya pada ketinggian purata sekitar 400–1500 meter, sehingga ketinggian 2000 meter dari paras laut.[4]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Getah dari ini dijadikan bahan utama menghasilkan turpentin dan gondorukem; banyak kawasan habitat setempat di Sumatera mengusahakan getah sadapan ini sebagai sumber pencarian.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Pinus merkusii". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 14 Jun 2013.
- 1 2 "Pinus merkusii / Sumatran pine". Conifer Species (dalam bahasa Inggeris). American Conifer Society. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
- ↑ "Pinus merkusii (Thông nhua) description". The Gymnosperm Database. Dicapai pada 25 Julai 2026.
- ↑ Critchfield, William (1966). Geographic Distribution of the Pines of the World. U.S. Department of Agriculture, Forest Service. m/s. 15.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Conifer Specialist Group (2000). Pinus merkusii. 2006. Spesies Terancam Senarai Merah IUCN. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Capaian 9 Mei 2006. Disenaraikan sebagai Terdedah (VU B1+2cde v2.3)