Twickheads

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Twickheads
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreIndie
Laman sesawang
http://www.facebook.com/twickheads]

Twickheads adalah sebuah band projek untuk filem KAMI The Movie. Mempunyai sebuah lagu bertajuk Guris soundtrack untuk filem KAMI The Movie. Dikenali sebagai The Disaster dalam KAMI The Movie yang dianggotai oleh Syarul Ezani sebagai Vocalist / Guitarist dan Sheamz sebagai Bassist. Twickheads ditubuhkan melalui drama KAMI The Series apabila Ali (Syarul Ezani) ingin menubuhkan sebuah kugiran untuk menyertai pertandingan disekolahnya tetapi Ali gagal untuk mencari rakan yang berminat. Akhirnya Ali (Syarul Ezani) menerima tawaran daripada seorang pelajar dari sekolahnya yang sedang mencari pemain gitar yang baru kerana pemain gitar mereka yang asal telah mengalami kecederaan. Pelajar tersebut dilakonkan oleh Sheamz. Babak ini boleh ditonton dalam KAMI The Series episod 2. Untuk KAMI The Movie mereka merakamkan sebuah lagu bertajuk Guris untuk menjadi lagu tema filem KAMI The Movie. Di dalam filem KAMI The Movie, mereka pula dikenali sebagai The Disaster yang dianggotai oleh Ali (Syarul Ezani) sebagai pemain gitar dan Sheamz sebagai bassist. Didalam filem KAMI The Movie The Disaster mencari seorang vokalis yang baru kerana vokalis mereka yang lama tidak mempunyai bakat. Idea untuk menukar vokalis ini adalah daripada kawan baik Ali iaitu Abu (Nas T Muammar Zar). Akhirnya mereka tidak berjaya dan Ali mengambil keputusan untuk menjadi pemain gitar dan penyanyi untuk The Disaster / Twickheads. Diakhir cerita Twickheads atau dikenali The Disaster dalam filem KAMI The Movie mendendangkan lagu Guris didalam sebuah gig yang dihadiri oleh rakan-rakan ali iaitu Sofie (Juliana Evans), Lynn (Liyana Jasmay) dan Adii (Ani Zayanah Ibrahim).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Guris

Album[sunting | sunting sumber]

KAMI Vol. II

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]