Liyana Jasmay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liyana Jasmay
LiyanaJasmay.jpg
Liyana Jasmay pada majlis pelancaran filem Bella & Jamie di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 16 April 2015.
Kelahiran 28 Mac 1988 (28 tahun)
Kuantan, Pahang Pahang, Malaysia Malaysia
Warganegara  Malaysia
Nama lain Liyana Jasmay, LJ
Pendidikan Diploma Seni Persembahan
Pusat pendidikan Universiti Sunway
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, duta produk
Tahun aktif 1997–kini
Terkenal kerana Phim dalam Castello
Lyn dalam KAMI - The Series
Anna dalam Frozen
Pasangan Fathuddin Mazlan (k. 2013)
Anak Sofiah Arissa Fathuddin
Selena Fathuddin
Ibu bapa Jasmay Md Shah (bapa)
Habibah Simpon (ibu)
Saudara Adriana Jasmay (kakak)
Laman web Tapak sesawang rasmi
Kerjaya muzik
Latar belakang
Genre
Alat muzik Vokal
Tahun aktif 2009 – kini
Syarikat rakaman Alibi Music (2010-2012)
Mermaid Studio (2012-kini)

Liyana binti Jasmay (lahir 28 Mac 1988 [kaki 1]) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang, dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak perempuan bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Jasmay Md Shah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau berpengalaman dalam bidang lakonan sejak berusia 9 tahun[1]. Wajah Liyana disifatkan oleh media dengan daya penarik kegadisan, senyuman manis, mata yang penuh perasaan dan bibir bermuncung, berpadanan dengan keyakinan yang ditonjolkan apabila menyentuh mengenai lakonan.[1] Sewaktu mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Liyana hanya berlakon dalam siri televisyen.[1] Pada tahun 2006, barulah Liyana melangkah ke layar besar dengan memegang watak utama Phim dalam filem Castello. Peranan ini yang memberi pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun yang sama.

Pada awal tahun 2007, Liyana ditampilkan dalam filem Syaitan, tetapi cuma memegang watak sampingan. Pada tahun yang sama Liyana kembali ke layar kecil dengan memegang watak Lyn dalam KAMI. Beliau juga muncul dalam video muzik lagu Salahku oleh kumpulan Sofaz.[2]

Pada tahun 2009, Liyana menceburi bidang nyanyian pula dengan mengeluarkan album Aku Tak Percaya Cinta[3] pada 18 November 2009[4], menampilkan lagu-lagu seperti "Aku Tak Percaya Cinta". Pada tahun yang sama, beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Papadom di Festival Filem Malaysia ke-22, dan Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk KAMI The Movie di Anugerah Skrin 2009.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Liyana berkahwin dengan pasangannya, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013. Beliau selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada 12 Mei 2014 yang diberi nama Sofia Arissa, anak keduanya, Selena dilahirkan pada Januari 2016.

Pendidikan akademik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, beliau telah pergi ke Manhattan, New York, Amerika Syarikat bagi menjalani kursus lakonan, pengarahan dan penulisan skrip di New York Film Academy selama 6 bulan, ditemani oleh ibunya. Beliau adalah graduan Diploma Seni Persembahan dan Media dari Sunway University.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Melakonkan watak sebagai Aishah dalam filem Khurafat, bersama Syamsul Yusof (Johan).
Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2006 Castello

Suhan Movies

Phim Solo

Watak Utama

  • (Pencalonan) Aktres Harapan Festival Filem Malaysia ke 19
2007 Syaitan

Tayangan Unggul

Ana Adam

Watak Pembantu

2008 KAMI The Movie

Redfilms & Grand Brilliance

Lynn

Watak Utama

(Menang) Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2009
Histeria

Tayangan Unggul

Murni

Watak Utama

2009 Maut

Tayangan Unggul

Lina

Watak Utama

Papadom

Tayangan Unggul

Mia Sara Saadom

Watak Utama

(Menang) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22
Pisau Cukur

Redfilms

Suri Datuk Zakaria Hitam

Watak Pembantu

Duhai Si Pari-Pari

Tayangan Unggul

Pari

Watak Utama

  • Hero: Que Haidar
2010 Niyang Rapik
  • Ahmad Idham

Excellent Pictures

Laila

Watak Utama

2011 Khurafat

Skop Productions & Grand Brilliance

Aishah

Watak Utama

  • Hero: Syamsul Yusof
Senjakala

Excellent Pictures

Khalisa

Watak Utama

Tolong Awek Aku Pontianak
  • James Lee

Tayangan Unggul

Liyana

Watak Pembantu

Misteri Jalan Lama

Tayangan Unggul

Puteri Botak

Watak Undangan

2013 Papadom 2

Astro Shaw Sdn. Bhd./ Ismail Holdings Sdn. Bhd.

Mia Sara Saadom

Watak Utama

Tokan
  • Ghaz Abu Bakar

Pencil Pictures Sdn. Bhd.

Suri

Watak Utama

2015 Isyarat Cinta
  • Bade Hj Azmi

RK Screen

Dhia

Watak Utama

TBA Bella & Jamie

Fairul Nizam Ablah

  • Mermaid Studios
Jamie

Watak Utama

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Saluran Peranan
2016 Aku Dan Adik (telefilem) TV3 (Slot Carekarama) Pelakon utama
2015 Mama Zoomba Astro Ria Lena
2014 Bila Kau Datang Astro Ria
2013 Cik Diva Paris Cik Kampung Astro Prima
2013 Sahabat Astro Ria
2012 3 Janji TV3 Dahlia
2011 Si Tudung Tweet TV3 Pelakon utama (Zubaidah)
2010 Ponti Anak Remaja: Miniseries Astro Ria Ponti
2010 Ponti Anak Remaja Astro Ria Siti Nur Ponti
2009 Zati & Mawas TV3 Zati
2009 Laila Sari (telefilem) ASTRO (Astro Ria) Pelakon utama (Laila)
2008 Puaka Niyang Rapik TV3 (Slot Seram) Pelakon utama
2007 KAMI 8TV Pelakon utama (Lynn)
2007 Cinta Si Rempit (cerekarama) TV3 Pelakon utama

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Anugerah & Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Castello Dicalonkan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Wanita Terbaik Papadom Menang
Shout Awards 2009 Best On the Screen Chemistry (bersama Zahiril Adzim) KAMI the Movie Dicalonkan
Anugerah Skrin 2009 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Menang
Shout Awards 2010 Best On the Screen Chemistry (bersama Afdlin Shauki) Papadom Menang
Anugerah Skrin 2010 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Wanita Terbaik Senjakala Dicalonkan
2015 Anugerah Skrin 2015 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Isyarat Cinta Dicalonkan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Fasha Sandha yang empat tahun lebih tua daripadanya. Ini kerana, Fasha lahir pada 28 Mac 1984 manakala Liyana lahir pada 28 Mac 1988.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Youth2 : No plastic". the Star. 2007. Dicapai pada 2007-10-26. 
  2. Sofaz - Salahku di YouTube.
  3. Siti Azira Abdul Aziz (4 Ogos 2009). "Liyana Jasmay elak bercakap pasal Aizat kerana takut dikutuk". mStar Online. Dicapai pada 31 Ogos 2009.  Semak nilai tarikh dalam: |access-date=, |date= (bantuan)
  4. "Liyana Jasmay: Saya Boleh Nyanyi". gua.com.my. 19 November. Dicapai pada 27 November 2009. Ditemui selepas majlis pelancaran album itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang semalam, Nana memberitahu dia sangat gembira kerana akhirnya album itu dapat dilancarkan setelah beberapa lama tertangguh.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  5. Li Ee Kee. "Tuah Liyana Jasmay". gua.com.my.  Parameter |= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Semak nilai tarikh dalam: |access-date= (bantuan);

Pautan luar[sunting | sunting sumber]