Pergi ke kandungan

Ubian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ubian
Kawasan ramai penduduk
Bangsamoro , Malaysia (Sabah)
Bahasa
Bahasa Bajau Ubian, Melayu
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Bajau

Kaum Bajau Ubian merupakan sub-etnik dalam rumpun Bajau (Bajao). Di Malaysia dikenali sebagai bangsa Ubian. Manakala di Filifina dikenali sebagai Bangsa Sama.

Majoriti, suku kaum Bajau Ubian tinggal di pesisir pantai dan pulau negeri Sabah. Bermula dari utara negeri Sabah iaitu Kudat, Pulau Banggi, Pulau Gaya, (Kawasan Pantai Barat), Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna (Kawasan Pantai Timur Sabah).

Di daerah Kudat, penduduk berbangsa Ubian boleh di temui di kawasan pesisir pantai seperti di Kampung Tanjung Kapor Kudat, Kampung Pengaraban, Kampung Pantai Bahagia (Tempat Kelahiran Pelawak asal Sabah Kumpulan Zero), dan Kampung Muhibbah ( Batu 3- Kawasan Kem Askar).

Kegiatan ekonomi mereka berorientasikan kelautan, seperti memancing, memukat, menyelam dan sebagainya. Kini kegiatan ekonomi mereka semakin berkembang seiring dengan peredaran masa. Kegiatan ekonomi tidak lagi terhad pada kegiatan laut, tetapi menjalar ke bahagian perniagaan kecil-kecilan dan juga perusahaan-perusahaan makro.

Orang Ubian berasal dari Pulau Ubian, Bangsamoro yang terletak di selatan Filipina yang mula berhijrah ke Sabah sebelum Perang Dunia Kedua.[1]

  1. ^ Haji Mahali, Saidatul Nornis (2018). "Cerakinan Bahasa Ubian Mantanani: Satu Rungkasan Awal" (PDF). International Journal of the Malay World and Civilisation. doi:10.17576/jatma-2018-0602-07. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]